assalamualaikum & salam sejahtera 😊

petang Ramadan ke-19. dan hari ni hari ke-3 saya tak sihat. sakit tekak, selsema dan sedikit demam. badan rasa tak sedap 😓. makan ubat di malam hari dan sebelum azan subuh. kekal berpuasa. mujurlah, Sabtu lepas tu, keadaan saya teruk bila dah tiba rumah kakak di Bangi. tidaklah risau sgt diri ni apa utk berbuka puasa. kakak dan adik saya ada 😄.

masak lauk ringkas saje. apa yang istimewa adalah ada sagu gula melaka dan roti jala 👇. warna-warni. pemikat selera.

Berbuka puasa dengan keluarga | Makanan berwarna-warni!

sebenarnya, bab menjala roti tu, sayalah yang dipertanggungjawabkan. tapi, bila nak angkat mata sendiri pun tak larat, tugas tu diberikan kepada anak-anak. ini la yang istimewanya, air tangan anak-anak 💛.

[ klik 👉 resipi roti jala gerenti jadik ]

bazar Ramadan.
jom la borak-borak. di tempat korang, harga makanan ok? bukannya apa, di tempat saya, harga agak mendadaklah naiknya dari dulu kala. contohnya :
  1. roti john : RM6 - RM7
  2. murtabak : RM6 - RM7 
  3. kuih-muih : sekeping / seketul 70sen - RM1.50
  4. lauk-pauk : 1 senduk RM5
  5. nasi lemak : 1 bungkus RM3
...dan byk lagi. 

3 kali saje saya ke bazar Ramadan. tu pun sebab mr.Asben ajak, buat tambah-tambah menu utk berbuka puasa. saya beli, buat rasa-rasa. seriously speaking, kuih-kuih melayu seperti kuih koci, badak berendam, puteri mandi, popia, semuanya fail! bila makan, the first bite tu dah rasa kesal! 😖😠

saya tak kisah jika harga mahal tapi rasa makanan tu sedap. kita faham kenaikan harga bahan mentah. namun, apa kes kalau harga jual mahal tapi bahan dikurangkan. camne tu? adil ke? ini yg menjadikan ramai tidak ke bazar Ramadan. ada byk sharing di TikTok yg bazar Ramadan dan bazar Raya takde pengunjung. nak salahkan siapa dlm hal ni ye? bila kuasa membeli da mengecil, harga jualan pulak tinggi melambung, gitu la jadiknya.

biskut raya? 
ini paling menarik dlm pemerhatian saya. ramai kawan-kawan saya yg gotong-royong buat biskut raya sendiri adik-beradik. sabtu dan ahad, dpt 3 hingga 4 jenis biskut raya. saya tak buat. kakak sulung saya buat. RM50 modal, dpt 2 jenis biskut. cukuplah utk serumah 😄.

saya oder 1 jenis kuih je dari ofismet. kuih mazola. yg lain, saya rancang nak beli kerepek je di ayer hitam nanti. rancangan saya lagi, utk tetamu, saya nak buat puding roti, burnt cheesecake, cheesekut bersama-sama makanan berat sebagai hidangan. ni la gunanya anak dara saya berdua tu, diorang da setuju dah nak bantu saya 😉.

ok ok la. cukup sekadar itu la borak-borak kosong. borak-borak Ramadan katanya...

moga rezeki kita-kita ni semua dimurahkan dari pelbagai sudut, kan. mendapat berkat dari Ilahi.