assalamualaikum.
salam sejahtera 😊.
introduction story.
👉 lama sungguh tak dpt bersiaran di alam blogger. update kisah baru ataupun blogwalking. tidak mampu kerana tuntutan di alam hakiki amat mendesak ketika ini. bila ada masa, luangkan sedikit utk pilih gambar dan edit apa perlu. save gambar-gambar yg berkaitan dlm blog. dgn harapan, bila ada masa byk nanti, mudahlah nak mengarang perkataan 😌.
👉 bulan Ramadan, setakat hari ni, tiap hari saya masak tau 😁 (terkecuali 1 hari, Sabtu lepas, berbuka di rumah kakak. mak long mak ngah diorang yg masak). anak-anak tiap hari makan lauk-pauk masakan saya. best rasanya sebab dikurniakan masa utk masak utk berbuka. bulan puasa dpt balik 30 minit awal. so, sebelum 5.30 petang da tiba rumah. tu la faktor kejayaan memasak tiap hari. takut nak jejak bazar Ramadan! tular kan di tiktok dgn harga makanan. tular juga tentang makanan yg indah khabar dari rupa 😒. scary kan tekak dan poket!
👉 Sabtu lepas, saya demam 😓. tu yg langsung tak memasak di rumah kakak. semalam, seharian melepek. puasa + demam = horrible! but still, jam 6 petang tu gagahkan diri masak utk berbuka. mr.Asben da offer berkali-kali utk beli je bazar Ramadan. tak nak la. so masak simple aje, sambal kentang, ayam goreng dan sayur taugeh goreng. potong la kek butter cheese mita dari sarawak. alhamdulillah.
[ entri ni berkait dgn entri yang lepas, sudilah klik dan baca : Sarapan di Saudagar Nanas Agrofarm, Kajang ]
singgah masjid di Sendayan, Negeri Sembilan.
belum lagi dpt dikongsikan kisah kami sekeluarga riadah di Sendayan X-Park. lepas ni ye. so utk 2 hari tu, 22 dan 23 Januari tu, kami singgah solat dan segarkan diri di Masjid Sri Sendayan nan indah.
pagi 22.1.2023 tu, kami bertemu di Restoran Bawang, Sendayan. sarapan. sedap-sedap belaka. lelebih sarapan sambil borak-borak dgn adik-beradik. mengusik-usik sesama sendiri bergelak ketawa. enjoy di pagi hari.
Masjid Sri Sendayan beberapa langkah je dari restoran ni. takkanlah tak singgah, kan. rugi!
bermulalah langkah kami ramai-ramai ke masjid.
cuaca baru lepas hujan.
nyaman 😊.
Allahu 😍 indahnya!
persinggahan kami pagi tu di waktu Dhuha. crowd tidak ramai, alhamdulillah. dpt parking kereta dlm kawasan masjid. bergambar sebagai kenangan tanda hadir.
sebelah kanan ni dewan makan utk majlis perkahwinan.
nice dalamnya. ada pelamin yang indah.
tempat ambil wudhu'.
indahkan? kawasan laman masjid dijaga rapi. pokok bunga mekar memberi warna dan complete kan kehijauan rumput. memang segar suasana. tak salah la kalau masjid ni dikatakan antara masjid yg cantik dlm negara.
yg boleh solat, semua masuk ke ruang solat utk tunaikan solat tahyatul masjid dan solat Dhuha. yg uzur, di luar, menikmati udara segar 😊.
pandangan dari masjid ke arah pintu pagar masuk.
menampakkan dewan makan dan tempat wudhu'.
di hujung kanan dlm gambar merupakan tandas.
sepanjang tu adalah laluan antara masjid dan tandas.
laluan tandas.
tanpa selipar / kasut ye.
itu di luar.
kekaguman kita tu tidak terhenti di situ. sebagai seorang Muslim, masuk rumah Allah, it is something yang amat indah. cantik ukirannya. bersih. marmar berkilat. bau yg harum 💚.
ruang solat wanita.
luas. bersih. harum! 😍
unik.
penghadang pandangan dari ruang solat lelaki.
anakanda saya yg cantik 😍
7 Comments
ms sy lalu sendayan beberapa thn lps masjid ni under reno. lps tu x de daa lalu2 situ lg. mmg teringin nk pegi suatu hari nnt.
ReplyDeletesyabas buat ajk masjid yg jaga masjid ni dgn baik smpi ke hari ni
cantik masjid ni..
ReplyDeleteuntung org Sendayan selain dpt solat kat sini diorg dpt buat mcm2 event...👍👍
ReplyDeleteTahun lepas kami bercuti di Malaya, dan sempat ke Sendayan. Kami menginap di homestay di situ. Tuan punya homestay ada senaraikan tempat menarik di sekitar Sendayan termasuk Masjid Sendayan tapi kami tak sempat ke sana. Rugi pula rasanya tak ziarah ke masjid ini.
ReplyDeletesiang dan malam sama cantiknya. setanding masid di luar negara.
ReplyDeleteCantik sangat.. Tak pernah sampai sini..
ReplyDeleteCantik sgt masjid ni kak... Mcm masjid kat oversea sgt🥰
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.