assalamualaikum & salam sejahtera 😊

5 hari saya di Bangi, sejak Rabu. berhari raya Aidil Adha bersama Abah & Emak. tghari ni barulah nak gerak balik Melaka. cuti lama skit kali ni.

rezeki kakak-kakak saya, kak Na dan kak Nim, menjadi tetamu Allah di tanah suci menunaikan haji tahun ni. mereka pergi berdua atas tiket rayuan. alhamdulillah, diterima dan skit hari lagi, bakal kembali ke pangkuan kami dan bergelar Hajjah Enna dan Hajjah Noor Hanim. in shaa Allah.

kerana itulah saya lama di Bangi 😊. menyantuni Abah & Emak di rumah kak Na ni.

Salam Aidil Adha 1444H dari kami
kami sekeluarga.
tema raya warna-warni 😄.

Salam Aidil Adha 1444H dari kami

Salam Aidil Adha 1444H dari kami
kami 3 beradik je kali raya Aidil Adha kali ni.

Salam Aidil Adha 1444H dari kami
gambar 3 beradik bersama Abah & Emak lagi...

Salam Aidil Adha 1444H dari kami
Abah & Emak bersama anak & menantu 💜

Salam Aidil Adha 1444H dari kami
all of us di pagi raya Aidil Adha 👍

Salam Aidil Adha 1444H dari kami
my two big sisters di tanah suci.
moga dikurniakan haji mabrur.
aamiinn...

ramai juga sabahat-sahabat saya yg juga dpt giliran tunaikan haji tahun ni. mereka update facebook dgn gambar-gambar di sana yg indah-indah. memang amat menjemput kerinduan di hati saya utk jejaki tanah suci. happy for them 😍.

teringat kata-kata ustaz di tv AlHijrah kelmarin. tanda-tanda seseorang itu dikurniakan haji yg mabrur, ketika mereka balik nanti, selepas itu, mereka menjadi seorang yg amat sabar, berkata yg baik-baik, buat yg baik-baik dan berubah menjadi orang yang penuh hikmah.

Allahu, indahnya, kan 😊.

tapi tu la, tak perlu tunggu nak gi umrah atau haji barulah nak berubah, kan. sekarang ni da boleh start dah berubah ke arah yg baik-baik. latih diri. kerana sebenarnya yg baik itu dtg dari diri kita sendiri. berusaha ke arahnya. pasti yg baik-baik juga dtg kepada kita pula.