assalamualaikum & salam sejahtera semua 😊

semoga semua readers, today, while u are reading, sihat-sihat hendaknya ye. maklumlah, now angka positif covid amat tinggi. negeri Melaka yg kecil ni, angkanya beribu! Allahu 😔... saya sendiri sekarang ni dlm proses pemulihan dari batuk yg amat teruk. ubat dah abis berapa botol. skit-skit lagi saki-baki batuk ada ni hah. masih lagi pakai facemask sepanjang berinteraksi dgn rakan sepejabat.

lama tak mencoret kisah di blog ni. sibuk kerja. sibuk rumahtangga. badan tak sihat pulak tu. semua tu biasa la. tapi bukan tu sebabnya. sendiri yang malas nak mengorek idea di celah-celah sel otak, nak mengarang bukannya mudah! cerita holiday banyak. cerita kerja banyak. cerita anak-anak lagi la banyak. penyakit M.A.L.A.S blogging melampau 😂.

now, kalau free, dok layan drama turki di TikTok ha ha ha ha... berhantu jugak ye drama turki ni. saya first time terjebak! hadoi lah...

November & Rain. Now, December & Random Stories
jom baca random stories saya.

💜 2024 💜
perancangan percutian keluarga, kewangan keluarga dan perjalanan pendidikan anak-anak bertiga. tiga perkara ni seiring nak merancang. tahun depan :
  • Nurin da selesai sekolah dgn cemerlang. perjalanan dia di UiTM dah pun bermula dan bakal diteruskan selama 5 semester. in shaa Allah.
  • Syuhada bakal duduki SPM 2024. Disember ni da start gear silibus Form 5 in shaa Allah.
  • Izzat pula darjah 6. final year sekolah rendah. in shaa Allah.
so for Syuhada dan Izzat, saya perlu beri tumpuan seimbang dengan serius. tahun yang paling penting utk kesinambungan pelajaran mereka. hu hu hu hu 😀 another tough year for me hu hu hu... moga kuat!

💚 boikot for Pales_tin 💗
nak berperang, tak mampu. maka, kita kongsi semangat dgn melakukan sedikit jihad secara boikot. ini adalah pilihan, bukan paksaan. saya happy bila anak-anak saya tahu tujuan boikot ni. di sekolah mereka juga didedahkan dgn tujuan utama boikot. di samping tu, secara tak langsung, kami lebih giat menyokong industri tempatan. selagi mana boleh support tempatan, kita support.

nampak kecil jihad kami. takpe. niat tu penting. selebihnya, biar Allah yang tentukan. melihatkan saudara-mara seagama dizalimi, sedih rasa hati. mengenangkan anak-anak kecil perlu hidup tanpa ibu ayah, sebak rasa diri ni 😔. moga kami istiqomah. yang baik utk mereka, baik juga Allah balas utk kami.

random stories
now, kita baling belakang seketika. beberapa kisah keluarga yang penting dan menarik utk ditampal di laman blog ni. moga nanti-nanti, bila sehelai demi sehelai muka surat di selak, boleh la dijadikan bahan untuk tersenyum.

November & Rain. Now, December & Random Stories
kisah Nurin Nazihah 💜

alhamdulillah, 23.9.2023 lepas, Nurin telah mendaftar di UiTM (Diploma Accounting). anak sulung saya sudah menjejakkan kaki di menara gading, sgt bersyukur. da la Uni nya dekat dengan rumah, dpt pula course idaman. double happiness for us.

memandangkan Uni dekat dgn rumah, tidak byk barang yg dibawa ke asrama. dlm tak byk tu, 3 luggage jugak angkut dari rumah 😂 ha ha ha... 

November & Rain. Now, December & Random Stories
kisah Ain Syuhada 💙

tahun ni, 2 kali masuk hospital. kerana masalah hb yang amat rendah disebabkan kekurangan zat besi. aduhai anak... merasalah saya tidur hospital, berulang dari ofis ke hospital 2-3 kali sehari dan debar tiap kali doktor datang nak jumpa hu hu hu...

alhamdulillah, last week, temujanji dgn doktor, hb Syuhada mencanak ke 12.6. happy lah saya. doktor terus stop kan temujanji di KK. tapi kalau rasa badan tak sihat, doktor suruh Syuhada cecepat datang ke hospital, cek hb.

ikhtiar saya, beri dia makan seimbang dan sihat. ada bekalan ubat utk zat besi yg harus ditelan sebiji sehari. tu pun culas anak bertuah tu! 😡

November & Rain. Now, December & Random Stories
kisah Muhammad Izzat 💚

sorang bujang saya ni, Allah kurniakan dia lari laju. dpt la saya merasa menjadi ibu seorang atlet olahraga sekolah, alhamdulillah. dah pun terpilih mewakili negeri. minggu depan akan ke Perak utk beraksi. in shaa Allah.

Januari nanti, duduki UPKK pula. so, lepaskan dia dgn sukan peringkat kebangsaan dulu. then, barulah halakan dia kpd satu tujuan ke arah UPKK. takde dah pening mana nak bersukan, mana nak belajar, mana nak tidur 😄.

November & Rain. Now, December & Random Stories
kisah saya 😏

tu la tu, pertama kali dlm hidup join perarakan sempena Maulidur Rasul tahun ni. alhamdulillah. last minute join, ofismet ajak bagi memenuhkan kuota peserta perarakan jabatan. bila difikir-fikirkan dpt baju sepasang free, terus la kata yes ha ha ha ha ha...

berjaya la saya bertahan sehingga ke akhirnya. meskipun di langkah-langkah terakhir tu dah terasa nak tercabut segala anggota badan. jauh! lebih 10 kilometer 😖. namun, berjalan santai dgn ofismet, gelak ketawa dan bersuka ria, penat tu tak la terasa sgt sebab dilitupi dgn perasaan gembira dan puas hati.

tahun depan dah deal dah dgn diorang, saya akan join lagi. takde aral melintang, kesihatan mengizinkan, saksikanlah saya sekali lagi berjalan-jalan berarak berselawat ke atas Nabi s.a.w. in shaa Allah 😌.

November & Rain. Now, December & Random Stories
my beloved husband's surprise 💗

random story terakhir, sempena birthday saya ke 45 yg lepas, seperti biasa dpt surprise gift from mr.Asben. kali ni, gift nya extra 💜💛. seutas jam tgn idaman kalbu. double triple happiness! saya punya la suka hingga tak terkata!

kotak jam kami laki bini dah hampir penuh. berdua memang sukakan jam tgn. aksesori wajib di pakai ke mana-mana. nak kena beli kotak jam baharu la nampaknya.


November & Rain. Now, December & Random Stories

hmmm lega hati saya bila berjaya menaip hingga ke perkataan ni. skit lagi nak klik PUBLISH di hujung kanan tu hi hi hi... memang penuh dugaan nak publish. menghasilkan entri pun berhari-hari 😄 h ah aha ha ha...

till then, bye for now!