assalamualaikum & salam sejahtera 😊
a'ah, bersawang yg amat blog ni 😄 ha ha ha...
diberi kesempatan mlm ni utk update. diizinkan Allah utk terus blogging, meskipun sendu! ha ha ha ha... now era TikTok, namun, tetap nakkan blog ni terus wujud. jika bukan utk orang lain, cukuplah sekadar untuk tatapan diri sendiri in shaa Allah.
kita mulakan dgn kisah Izzat, anak bongsu saya yg skit masa lagi akan genap umurnya 12 tahun. satu-satunya anakanda lelaki yg semakin tinggi melepasi ketinggian saya! yg semakin dewasa tapi bila berada bersama saya, dia masih lagi baby boy saya 💗.
alhamdulillah. bangga saya nak kongsi yg Izzat cemerlang dlm UPKK ari tu. straight As. alhamdullillah... 1 - 2 bulan sebelum UPKK, sememangnya Izzat tak cukup rehat. kebetulan, dia terlibat dgn sukan olahraya peringkat kebangsaan di Perak. abis je sukan, tak berlengah walau seminit, saya terus 'paksa' dia belajar utk UPKK.
tuisyen di hari Ahad. kelas tambahan petang bersama pihak sekolah. ada juga kelas tambahan di hari Sabtu. ulangkaji di rumah samada membaca buku, buat latihan ataupun layan kelas UPKK di TikTok. bukan sahaja dia, saya dan ahli keluarga yang lain turut belajar bersama dia 😄. kelakar kalau dikenang semula.
sesungguhnya, jika kita kerja keras dan usaha, hasilnya pasti sesuatu yang menggembirakan dan membanggakan. Tahniah Izzat 💗.
Pelantikan Pemimpin Kecil SRITI
orait, mengakhiri kisah Izzat, saya paparkan gambar Izzat bersama kawan-kawan baik di sekolah. di tahun akhir ni, saya memang dah mula mik gambar Izzat bersama kawan-kawan dia. menjadi kenangan kelak bila mereka berpisah ke sekolah menengah.
selepas merentas desa 😃
majlis hari raya Aidilfitri di sekolah 😊
😎 bye...
4 Comments
Alhamdulillah. Tahniah, Izzat. Tahniah juga buat Aida seisi keluarga yang turut usaha belajar sama. 😊 Moga anakanda Izzat akan terus cemerlang dunia akhirat.
ReplyDeleteSelamat kembali berblogging, Aida. Saya pun lama juga aktiviti blogging tergendala. Ini baru hendak panas enjin semula.
ReplyDeletealhamdulillah.. tahniah utk izzat dan maknya jugak! =)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Tahniah Izzat.. Semoga terus cemerlang..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.