Pertama sekali, kebanyakan maid di Malaysia yg diupah diragui kesahihan umur mereka. Berkemungkinan golongan remaja atau lebih tua dari majikan. Maka, setiap teguran yang hendak diberikan perlulah mengikut umur setiap maid [yg kita ketahui la...].

Paling utama, setiap teguran perlulah bersifat penerangan dan bukannya satu ARAHAN. Kalau ia berbau arahan, tentu sahaja maid akan melenting dalam diam di dalam hati.

Kemudian, teguran tersebut lebih elok dilakukan di dalam keadaan yang santai.

FAKTOR-FAKTOR TAMBAHAN PERLU DITITIKBERATKAN SEWAKTU MENEGUR MAID :

  1. WAKTU - jangan tegur ketika waktu makan ataupun maid sedang sibuk bekerja. Dikhuatiri, maid akan hilang mood dan timbul perasaan marah!!! Maka, maid tidak mahu menerima teguran secara positif.
  2. TEMPAT - mesti di dalam rumah sendiri, bukan di rumah orang lain. Tempat tertutup atau privasi.
  3. ORANG SEKELILING - elakkan tegur maid di depan anak atau ahli keluarga yang lain. Ini mungkin akan mengaibkannya. Berkemungkinan besar perasaan geram, marah atau dendam akan timbul terutama terhadap anak. Ditakuti menjuruskannya kepada PENDERAAN.
Sekadar berkongsi maklumat berdasarkan pembacaan...