Wednesday, February 21, 2018

Bila Anak Da Sama Besar...

No comments:
assalamualaikum...

satu hari di hari raya cina 😃😃 kami jalan-jalan di Mahkota Parade...
tiada plan nak ke mana pun last friday. mengenangkan sabtu - ahad nanti ada program, so memang niat nak dok rumah aje.
tapi tu la, bila da namanya cuti, kaki ni tak boleh nak dok dia-diam kat rumah 😅.
lepas solat jumaat, terus kami sekeluarga bergerak dgn gembiranya ke Mahkota Parade.
apa aje ada kat Melaka ni kan. tu aje la mall yg paling havoc. yg paling ada macam-macam hi hi hi...

and as usual, kami ke sana surely akan makan di restoran black canyon.
and amik set menu yg sama setiap kali ke restoran ni. harga berpatutan. mengenyangkan. sedap 😋.

Bila Anak Da Sama Besar...
wajib la bergambar bersama-sama 😍


Bila Anak Da Sama Besar...
the 💝 💝 of my life...

on the way to black canyon, lobby dataran pahlawan dihiasi dgn suasana Chines New Year.
meriah... cantik... merah!

Bila Anak Da Sama Besar...
and Izzat memang menepati tema. merah kaler uolls...

Bila Anak Da Sama Besar...
kak Syuhada 😉

Bila Anak Da Sama Besar...
😍

Bila Anak Da Sama Besar...
😄

earlier... di rumah. nak bersiap... as usual anak-anak dara saya berdua tu akan ambil baju dan tudung yg matching.
sekarang, both of them share baju. sebab da sama besar.
amat menyenangkan saya beli baju utk diorang berdua. tak perlu dah beli 2 saiz tau. yeszaaaa...
cuma, problem yg ada is tudung.
boleh jadi perang dunia ke3 tau bila diorang berdua berebut kan tudung.
kesemua koleksi tudung awning saya, dah pun saya serah kesemuanya. pepandai la diorang nak pakai yg mana.
tapi tak dpt la nak fulfil utk wujudkan semua warna tudung.
salah sorang surely kena beralah...

raya aidilfitri last year, saya da belikan diorang lebih dari 15 helai shawl.
berhari raya dgn shawl. atas permintaan diorang jugak. tapi, nak tau tak??? diorang tak minat pakai shawl la plak skang. sebab agak menyusahkan. 
as for nurin, shawl yg saya beli tu agak singkat utk dia. and dia tak minat dah nak pakai.

ending up with... "ibu, kitorang nak pakai tudung bawal boleh?
and ibu was 😳😳...

dlm beberapa ketika, beberapa saat... "ok la. jap ibu pilih ye..."

Bila Anak Da Sama Besar...

iye la korang. kena ler tgk tag. mana boleh ibu dan anak sama 😄😄😄.
dah le anak dara 2 org. karang hilang la plak seri si ibu 😱 kuang kuang kuang...

bila difikir-fikirkan, dgn jelas saya buat kesimpulan... lepas ni saya kena melabur beli tudung bawal utk diorang berdua ni.
bagi peluang utk prektis dulu... jgn jadik mcm shawl, sebakul kita beli kan, then tak nak pakai 😡!
terutamanya, raya aidilfitri dah dekat ni... wajib dah nak kena cari sedondon hi hi hi...

itu la... bil anak da sama besar dgn ibu, slowly ibu turunkan brg...
pakaian...
kelengkapan...
tips...
maklumat kewanitaan...
identiti 😆.
apa la sgt nak sharing tudung dgn anak kan... nak tutup aurat.
jgn tetiba minta beli kan mini skirt dah ler 😣😣😣.

alahai... besar dah baby girls saya hu hu hu 😔. sedih plak bila kenang kan. korang ibu-ibu sure faham ler perasaan ni...

ok... itu sharing saya ari ni.
da nak bersiap amik kak Syuhada balik skola agama...
bye!