Tuesday, April 28, 2009

PERBEZAAN ANAK LELAKI & ANAK PEREMPUAN

ANAK LELAKI

  1. lebih berat & tinggi.
  2. kurang tisu otot lemak.
  3. lebih cepat mengembangkan kemahiran yang menggunakan OTAK KIRI [menyelesaikan masalah, mahir matematik, membina objek, kemahiran logik dan daya tanggapan yang tajam].
  4. suka dengan permainan blok yang boleh dimanipulasi.
  5. gemar perlakuan yang kasar & lebih agresif.
  6. suka bersendiri.
  7. suka berbincang tentang sesuatu objek atau aktiviti.
  8. tidak suka bertanya kerana menganggap akan memaparkan kelemahan diri.
  9. lebih logikal, analitikal dan rasional.
  10. lebih berdikari.
  11. keras hati.
ANAK PEREMPUAN

  1. lebih ringan, kecil & rendah.
  2. lebih tisu otot lemak.
  3. lebih cepat mengembangkan kemahiran menggunakan OTAK KANAN [bercakap, perbendaharaan kata, sebutan, cepat membaca, ingatan yang lebih baik].
  4. minat dengan permainan yang mempunyai wajah seperti anak patung atau haiwan mainan.
  5. suka dibelai & diusap.
  6. suka berkawan.
  7. suka bercakap tentang orang lain dan perasaan.
  8. suka mempertahankan sesuatu perkara atau isu.
  9. banyak bercakap dan bertanya.
  10. lebih suka mengikut gerak hati, holistik, kreatif dan integratif.
  11. sukar bergerak sendiri.
  12. sensitif & mudah tersentuh.
Terima kelahiran anak tanpa syarat. Jangan mementingkan jantina... Kerana setiap anak lahir dengan rezeki masing-masing.

"Sebagai suami isteri yang beragama Islam [atau beragama lain], terapkan unsur keagamaan setiap kali berhadapan dengan masalah. Redha kan dan terimalah apa juga yang telah ditakdirkan tanpa sebarang syarat." Hj. Hushim Hj. Salleh, kaunselor.

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)