Friday, June 26, 2009

GIGI SIHAT & CANTIK ...

Memang diakui, melatih anak kita menggosok gigi pastinya sukar dilakukan. Ada yang nak muntah la, sakit gigi la, tu la, ni la...

Namun, biarpun baru 2 batang gigi anak kita yang baru tumbuh, penjagaan gigi perlu dilakukan selalu. Gigi yang bersih dan sihat menambahkan kecantikan paras rupa dan keyakinan diri kanak-kanak. Malah ia juga membantu kanak-kanak bercakap dengan jelas.

Penggunaan berus gigi yang sesuai untuk kanak-kanak juga penting, iaitu saiz yang sesuai dengan mulut, bulu berus gigi yang lembut dan pemegang berus yang selesa. Kemudian, gunakan sepalit atau sedikit ubat gigi berfluorida apabila kanak-kanak sudah biasa memberus gigi.

Masalah pergigian kanak-kanak semasa pertumbuhan gigi susu, mungkin mengalami keradangan gusi, demam, air liur meleleh atau rasa tidak selesa, seperti :

KEGATALAN GUSI : berikan teether atau tuala sejuk untuk memberi rasa keselesaan pada anak anda.

DEMAM : berikan ubat tahan sakit @ ubat demam untuk melegakan anak anda.

GUSI SAKIT : gusi akan kemerah-merahan.


SELERA MAKAN KURANG : pastikan anak anda masih menyusu atau minum air.

KARIES BOTOL SUSU

Ini biasanya dapat dilihat pada gigi kanak-kanak di bawah usia 6 tahun. Gigi yang biasa terlibat adalah gigi di baris hadapan. Gigi yang rosak menjadi mudah rept dan bertukar menjadi warna kehitaman. Keadaan ini ada kaitan dengan situasi kanak-kanak itu menghisap botol susu dalam tempoh masa yang panjang. Maka, setiap kali anak kita sudah pun minum susu, berikan air masak.











BAGAIMANA KARIES BOTOL SUSU BOLEH DIELAKKAN ?

Jangan biarkan kanak-kanak tidur dengan botol susu di mulut.

Jangan salutkan puting dengan gula atau manisan.

Jangan campurkan gula ke dalam susu kanak-kanak atau memberikan minuman manis di dalam botol susu nya.

Hentikan pemberian minuman dalam botol susu apabila umur kanak-kanak meningkat 1 tahun.

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)