Wednesday, July 15, 2009

3 DALAM MASA 25 MINIT ??!

Memang ekspres kan ? 3 subjek dalam tempoh masa 25 minit... Percaya tak ? Tapi itulah hakikat nya. Apa lagi ? Kisah Nurin dan homeschool.

Bermula 7:25 pm, semalam, saya mulakan dengan Qira'ati. Memandangkan ianya waktu maghrib, saya rasa elok sangat la mula dengan Qira'ati.























Nampak kan ada kayu petunjuk tu ? Tu la saya - "Ibu tunjuk, Nurin baca ye."













Niat dihati saya nak buat revision Qira'ati saje, at least hingga bunyi huruf 'ra'. But, Nurin da sibuk nak belajar flashcard pula... Saya pun ikutkan saje la. Maka, Qira'ati terhenti setakat huruf 'sa'. Jadila, lagipun Nurin sebut dengan lancar da pun.

2 - 3 round belajar flashcard shapes & colour, Nurin da kata - "Ibu, belajar a i u pulak la." Saya dengan tenang - "ok." Dah dia nak belajar, ok la jawapannya. Better than nothing.

Ni gambar dia belajar sendiri tanpa saya.
Dia lihat, tunjuk dengan jari dan sebut.
Lepas tu, dia dan saya dok balik kat meja belajar.
Belajar sampai bunyi 'n'.

Then, tepat jam 7:50 pm, saya buat keputusan untuk tutup kelas - "Ibu nak mandi, nanti lepas makan kita sambung ye kalau Nurin nak belajar lagi." Nurin dengan cara terpaksa, akur juga la. Ibu Nurin ni hah da seharian tak mandi. Nak sambung kelas pun da tak selesa... hi hi hi...

Saya da bertekad untuk WAJIB meluangkan masa untuk homeschool Nurin SETIAP MALAM. Tak kira la di mana. Sebelum ni, saya yang ngelat banyak! Aduhai, salah sendiri... Saya da pun set satu target khas untuk Nurin sebelum akhir tahun 2009 ni. Harap sangat berjaya mencapainya - "Suami ku tercinta, kalau you baca ni, please help me ye. Remind i untuk buka kelas Nurin tiap hari... Tq!"

4 comments:

  1. Good luck Aida! Homeschool ni disiplin kena kuat. :)

    ReplyDelete
  2. Aida,
    bagus tu, usaha yg baik, semoga berjaya..

    kakyong mengajar fikri pun mcm tu lah..
    ikut akal dia jer, kdg2 baca ABC sambil tgk slide powerpoint (ni kakyong dl dr intenet) tak sampai 5 minit pun.. dia lebih suka layan CD ABC.. kdg2 tgk berulang kali, sampai 1 jam lebih.. Alhamdulillah, berbaloi lah jugak drp tgk citer kartun yg tak tentu kan..

    ReplyDelete
  3. YATI --> betul tu. ibu ayah kena disiplin kuat dulu. baru mendisiplinkan anak. aida ni cuba sedaya upaya. start from last last sunday hingga last night aida dpt la buka kelas nurin tiap malam.

    ReplyDelete
  4. KAK YONG --> nak paksa memang tak bleh kak dgn anak2 umur gini. nanti hilang mood dia. lagi teruk, dia langsung tak nak belajar pe pun.

    kita la kuatkan semangat. antara rajin dan tak rajin je layan kerenah dia.

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)