Monday, July 13, 2009

KURSUS KAEDAH MENGAJAR | BACALAH ANAKKU

KAEDAH MENGAJAR BACALAH ANAKKU

Suka saya nak cerita bahawa pada hari Sabtu (11 Julai 2009) yg lepas, Aida mengikuti kursus KAEDAH MENGAJAR BACALAH ANAKKU di Ayer Keroh Country Resort dari jam 8:30 pagi hingga 1 ptg. Ramai peserta kursus, but, less than 10% merupakan ibu/bapa. Majoritinya adalah guru-guru taska/tadika.

KAEDAH MENGAJAR BACALAH ANAKKUKAEDAH MENGAJAR BACALAH ANAKKU

Ini adalah panel yang hadir, iaitu penulis BACALAH ANAKKU yang merupakan pasangan suami isteri - En. Othman bin Ahamad dan Puan Nik Eliani binti Nik Nawi.



Memang amat bermanfaat dan berguna kandungan kursus tersebut. Saya amat berpuas hati. Penerangan yang diberikan jelas dan mudah difahami. Semangat pun berkobar-kobar nak mulakan. Saya da lama beli Bacalah Anakku dan Readeasy. Sudah mula mengajar Nurin sejak Nurin sambut birthday ke-3. Cuma tidak brape intensif, tidak formal. Alhamdullillah, Nurin memang tidak bermasalah menyebut bunyi-bunyi huruf. Kebetulan, tadika Nurin juga menggunakan kaedah yang sama - FONETIK.

Memandangkan tadika Nurin memberikan tumpuan kepada bacaan Al-Quran (Qira'ati), saya dan hubby pun concentrate ajar Nurin Qira'ati nyer... Insya'Allah, tak susah untuk Nurin start mengaji Al'Quran kelak.

KAEDAH MENGAJAR BACALAH ANAKKUKAEDAH MENGAJAR BACALAH ANAKKU
Satu booklet asas untuk rujukan bagi para ibu/bapa/guru yang baru nak berkenalan dengan isi kandungan Bacalah Anakku.




"Sesungguhnya literasi (celik huruf) itu bukanlah satu anugerah tetapi ia adalah hak setiap kanak-kanak."

Itulah kata-kata pembuka kursus kami pada hari itu. Amat bermakna. Amat berkesan, di mana ianya adalah suatu amanah untuk didik anak. Tidak boleh TIDAK. Dan, lebih ditekankan adalah merupakan tanggungjawab IBU BAPA untuk mendidik anak, selain dari guru. Guru hanya pembantu. Kerana, para cerdik pandai telah mengkaji dan hasilnya adalah, kanak-kanak yang diberikan didikan awal oleh IBU BAPA, kanak-kanak tersebut lebih cepat faham, lebih lancar pembacaan / pengkiraan mereka dan lebih pandai!

Bacalah Anakku & Readeasy menumpukan kepada kaedah FONETIK. Iaitu satu sistem mengajar bunyi huruf @ bunyi dalam bahasa pertuturan (speech sound). Mudah, kaedah nya :-

1 - kenalkan bunyi huruf, BUKAN nama huruf.
2 - gabungkan bunyi huruf, BUKAN mengeja.

Mesti musykil, takkan la nanti anak kita tak kenal ABC, kan ? Tahu bunyi jer... Bak kata En. Othman, takkan mati anak kita tak kenal ABC. Tapi, susah hidup dia kalau TAK TAHU MEMBACA. KENALKAN NAMA HURUF SELEPAS ANAK KITA FASIH MEMBACA. Sebab, mengetahui nama huruf tu penting juga. Di peringkat sekolah rendah, silibus persekolahan masih dgn sistem lama iaitu MENGEJA. Maka, anak kita perlu tahu nama huruf.

Yang paling suka saya nak kongsi ialah bab TIPS MENGAJAR :-

1 - satu sessi belajar yang singkat : 2-3 minit saje.
2 - adakan sessi belajar tu kerap : 3-4 sessi sehari.
3 - berhenti sebelum anak jemu.
4 - tempat belajar yang sesuai. Anak gembira nak belajar.
5 - ibu / Bapa mesti sabar & tenang fikiran. Jangan paksa anak. Jangan tunjukkan kemarahan.
6 - lebih mujarab, ajar semasa bermain. Terutama anak-anak berumur 3-4 tahun.
7 - banyakkan puji & beri hadiah. Itu beri semangat pada anak utk belajar.

Bab bagi hadiah dan banyakkan puji ni memang saya sentiasa apply kat Nurin & Syuhada. Tepuk tangan dan puji mereka pandai dan cantik, bagi coklat or ice-cream, bawa ke Jusco jalan-jalan. Memang berkesan!

Anak usia 3-4 tahun, ajar dengan cara bermain, memanjat, melompat, melukis, gunting & tampal atau mewarna. Mereka waktu ni masih lagi playful. Jangan nyah kan zaman gemilang kanak-kanak mereka. Apabila mereka da meningkat ke 5-6 tahun, barulah train mereka untuk duduk di meja dan menulis.

Saya belikan hadiah buat Nurin. Walaupun hadiah yang amat kecil dan murah, Nurin tak lengah-lengah... Terus belajar menyanyi.

KAEDAH MENGAJAR BACALAH ANAKKU- Poster lagu ABU ADA AYAM dan CORY CAT -

KAEDAH MENGAJAR BACALAH ANAKKU... da selamat tampal di dinding bilik Nurin & Syuhada ...

KAEDAH MENGAJAR BACALAH ANAKKUNi untuk ibu la... senang nak ada kan sessi mengajar...

9 comments:

  1. Aida!!!!!! wahhh....rupanya kita ada kat tempat yg sama tapi tak jumpa lah ..watie ada perasan banner this thing. Watie ke Johor minggu lepas, ada ceritanya baru masuk dalam blog. sedih & gembira...hehehe..

    masa kat melaka nampak this banner, excited giler time tuh tp nampak sekali lalu sebab masa tuh tgh carik hotel nak tidur semalam kat Melaka. rupanya aida pun ada sama .. bestnya ..if only i know earlier ..heheh.. tq for sharing yang ..

    ReplyDelete
  2. aida, k.nor dah guna kaedah bacalah anakku ni pd Luqman, masa tu dia 5 tahun, belum pun tadika(start tadika 6 tahun). dlm masa 3 bulan dia khatam semua buku, dan boleh membaca dgn lancar. (masa tu cuma ada buku2 tu satu set jer, tak ada poster ke, chart apa2 ke) Masuk tadika, dia sorang jer yg pandai membaca, hinggakan masa story telling, dia yg tukang baca citer utk kawan2 dia yg lain.. alhamdulillahhh..

    ReplyDelete
  3. Bagus Aida!Dedicated mom u are.Selagi ada ilmu boleh dicedok untuk anak2..teruskan...

    ReplyDelete
  4. danish pun baca buku bacalah...
    mmg cepat dia pandai mmbaca...

    ReplyDelete
  5. KAK NOR --> best nyer! camtu la aida nak, kak. Memang menguntungkan Luqman. Dia akan lebih byk masa belajar perkara lain di tadika.

    Aida da beli since Nurin 3 years. but Aida ajar dia tak serius. now, Aida da pun training Nurin semula. alhamdullillah dia still ingat. Aida da set target. if tercapai nanti, aida citer kat sini. sekarang biarlah rahsia chewah!

    ReplyDelete
  6. HANZ --> tq very much. you pun sama, kan ? apa nak dibandingkan harta dunia dgn anak yg kita ada ni ?

    ReplyDelete
  7. mamaD --> maka, kita sama-sama la jadi ibu yg prihatin.

    ReplyDelete
  8. Bgaus lah dpt peluang g kursus mcm ni.
    Tahniah, mana yg baik memang elok kongsi dgn kwn2.. kakyong pun dpt gak tempias sket2...

    ReplyDelete
  9. KAK YONG --> insya'Allah aida kongsi pe je utk semua. mudah2an kawan2 dpt idea & semangat... kita sama2 nak anak cerdik pintar...

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)