Friday, August 07, 2009

MAUT AKIBAT H1N1


Mangsa kedua maut akibat H1N1 di Melaka adalah kanak-kanak berumur 3 tahun - arwah adik IFAH SYAZWINA SAMSUDIN. Hanya berumur 3 tahun... sedih!

Arwah meninggal dunia di Hospital Melaka(HM) akibat pneumonia dan disahkan dijangkiti H1N1. Arwah dikuarantinkan di HM pada 31 Julai, setelah 2 kali mendapatkan rawatan di Hospital Perubatan Pantai (Pantai), Ayer Keroh akibat demam sejak 26 Julai.

Sejak dari Pantai, arwah da pun disahkan dijangkiti H1N1. Dipindahkan ke HM setelah keadaannya bertambah kritikal sehingga terpaksa diberi bantuan pernafasan. Selama 3 hari di HM, paru-paru arwah telah dijangkiti kuman yang kritikal. Menghembuskan nafas terakhir pada 3 ogos jam 4:30 ptg di HM.

Mujurlah Nurin & Syuhada telah pulih dari demam. Syukur ke hadrat Ilahi kerana memakbulkan doa kami. Hati kami sekeluarga TIDAK KERUAN dek kerana masalah kesihatan Nurin yang baru lepas hingga kena amik blood test 3 kali.

Dapat dibayangkan hati keluarga, terutama ibu arwah adik Ifah yang kehilangan anak perempuannya yang tersayang. Lebih-lebih lagi, arwah baru saja meraikan hari kelahiran ketiganya pada 26 Julai yang baru je berlalu...

MORAL OF THE STORY...

1 - badan rasa tak sihat --> terus ke klinik / hospital dpt kan rawatan dan ubat.
2 - kurangkanlah aktiviti luar rumah, terutama anak-anak.
3 - minum air banyak-banyak.
4 - start melabur sikit untuk multi - vitamin, utk diri sendiri dan anak-anak.

CEGAH SEBELUM PARAH...

4 comments:

  1. al-fatihah ...

    adoiiiiiiiiii .. seriau nieza,
    teringat anak2 kat nursery ..
    risaunya ...

    ReplyDelete
  2. bahaya laa skang..risau btol..dah makin mnjadi2 plak..

    ReplyDelete
  3. Budak-budak, wanita mengandung, warga emas, bahaya kalau kena. Minta-minta dijauhkan. Alfatihah untuk adik Ifah, baru 3 tahun. Take care Aida, dan semua kawan-kawan.

    ReplyDelete
  4. tu la. JANGAN bawa anak keluar kalau boleh @ kalau tak perlu. kita yang dewasa ni kuat la sikit imun badan. anak kecik lagi, senang dpt penyakit tau.

    lebih-lebih lagi bulan pose nak tiba. kurang minum air & makan. badan lemah. so, jaga2 la.

    berdoa sentiasa agar kita dijauhkan penyakit berbahaya.

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)