Alhamdullillah. Baru jek call hubby beberapa minit lepas. Hubby bawa Nurin ke hospital untuk amik blood test. Keputusan blood test Nurin yang ketiga petang ni menggembirakan. Semua nombor-nombor yang tercatit kat keputusan blood test tu menunjukkan keputusan yang normal.

Ni saya nak tunjukkan gambar-gambar Nurin yang sempat saya abadikan ...

JUMAAT




Kuruskan Nurin ? Memang kurus. Berat nyer tak memuaskan dari segi perubatan.

Blood test pertama. Kena cucuk kat tgn kanan. Sedih nyer saya masa Nurin kena cucuk tu. Hubby yang pegang Nurin masa tu. Then, terus ke Melaka Mall belikan Nurin punyer favourite - Char Kue Teow.

SABTU



Kena cucuk tgn kiri pula. This time, bergenang air mata saya waktu menenangkan Nurin lepas kena cucuk. Nurse yang mencucuk tu agak kelam kabut! 2-3 kali Nurin dicucuk di tempat yang sama. Memandangkan Nurin tak berselera makan sjak 4-5 hari dia tak sihat, saya dan hubby bawa Nurin ke Jusco. Beri dia pilih whatever dia nak makan.

AHAD


Semalam petang... Nurin dan Syuhada menyapu laman rumah nenek. Petanda sangat baik --> Nurin da beransur pulih.

"Terima kasih atas doa auntie-auntie semua." - Nurin Nazihah.