Friday, February 19, 2010

TERBANTUT

Tiada lagi post tentang HOMESCHOOL anak-anak kat sini, kan?

Terbantut !
Citer nyer gini..........

Start Januari 2010, anak-anak saya da di hantar ke taska / tadika sepenuhnya.
Bukan lagi di tadika lama Nurin yg separuh hari.
Bukan lagi anak-anak tidur petang di rumah babysitter.
Semua suasana baru untuk mereka.

Taska & Tadika Ummie al-Usrah di taman perumahan sebelah.
Mudah untuk hubby anta dan amik.
2 buah rumah teres 1 tingkat lot tepi dijadikan taska & tadika.
Tidak dicampurkan agar kanak-kanak 4-6 tahun dpt belajar dgn aman.

Sepatutnya Syuhada di taska utk kanak-kanak 1-3 tahun.
Nurin pula di tadika utk kanak-kanak 4-6 tahun.
Kedua-dua mereka patutnya di tempat yg berlainan.
Tapi, Syuhada tak bleh tanpa kakaknya.
Dia dok menangis di taska.
Hingga di rumah pun dia jadi pendiam dan merengek.
Terganggu emosi dia!!! Dah la saya tiada di sisi. Babysitter pun takde tempat dia tumpang bermanja.
At last, cikgu besar terpaksa pindahkan Syuhada ke tadika.
Barulah dia aman tenteram ceria gembira.

Yang best nya, kalau saya tanya Nurin, "Adik buat apa kalau kakak sedang belajar?"
Jawapan Nurin, "Dia dok dapur..."
Kelakar! Teman makcik memasak la anak bongsu aku ni hah.
Daripada belajar silibus kanak-kanak 3 tahun di taska, dia dok dapur plak!!

Tiap malam Nurin buat homework dgn ayahnya.
Saya jauh di JB.
Weekend pula masa amat limited bagi saya nak uruskan semua, nak manjakan semua, nak bawa mereka lepak mall or jogging di taman.
Sesekali je saya revise dgn Nurin.
Tak dpt saya rakamkan moment tu.
Sedih, kan?

Namun, saya percaya Nurin terang hati.
Cepat belajar.
Bak kata hubby, "Nurin ikut you (saya la tu), cepat ingat..."
Alhamdullillah...

Hmmm... Banyak saya kena top up dgn Nurin.
Next week ada exam jabatan pula.
Maka weekend ni nak study.

Terbantut program homeschool di No. 13, Lorong 1, Jalan M2A, Taman ....... !!!

Photobucket

4 comments:

  1. sebbaik cikgu bsr bg klonggaran gak. kalau tak.. sian c adik...

    ReplyDelete
  2. alahai ciannya u aida .. memang kena berkorban yerk... takper yang ...nanti cuti habiskan masa puas2 ngan both of them kay ..:)

    wah ..adik leh jadi tukang masak camnih! hehehe

    ReplyDelete
  3. nsb baik la cikgu besar tu nak bagi 22 sekali duk sama kan

    ReplyDelete
  4. wahh.. lepas ni sure syuhada pandai masak :)
    nurin pulak cepat tangkap ilmu, sejuk perut aida kan

    p/s: masa gi cameron hari tu kitorg tido kat equatorial. ok jugak la hotel dia. memang dekat dgn tempat jual bunga2 n sayur2 fresh. tapi kalau nak dekat dgn town, kena cari yg kat tanah rata la. town tak best sgt

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)