Feb 26, 2010

OVERTIME

3 comments:
Pertama kali dalam diari hidup ku.
Yes, yang pertama!
Aku bekerja di HARI KELEPASAN AM MALAYSIA.
Overtime...

Ikut kan hati, prefer balik Melaka.
Tak brape kisah nak OT.
But pegawai tak cukup.
Lori masuk dari S'pore plak bukan nyer sikit!
Dari semalam, aduhai... Naik letih tgn sign.
Now ni pun, da kul 4.30 ptg, lori masih masuk bay.

Hubby pun ok.
Sesekali OT kata nya.
Tgh mlm karang baru pecut ke Bukit Katil, Melaka.
Moga tak hujan....
Moga tak trafik jem!
Moga Allah clear jalan & cuaca mlm nanti... aminnn!

Next week insya'Allah saya update kisah sambutan bday anak-anak.
Syuhada - 17 januari.
Nurin - 23 februari.
Kalau yg add saya di FB tu, da tau la gambar sempena bday Syuhada ari tu.

Ok... chiow cin chiow...

Selamat bercuti hujung minggu.
Meriahkanlah hari Maulidur Rasul ni dgn berselawat byk2.

"Tidak akan sempurna iman umat ku kiranya mereka tidak menyayangi ku lebih dari apa pun..."

Photobucket

Feb 25, 2010

ABIS SEKSA !!!

3 comments:
Yahoo...
Syukur alhamdullillah...
Da exam pagi tadi.
Hilang serabut kepala...
Relax.
Esok abis keje kul 11 baru pecut balik bukit katil.
Esok O.T...

Sabtu tghari nak buat majlis bday Nurin dan Muhammad (nephew).
Antara kami famili jer...

Sabtu (mlm) ada kenduri kat surau.
Kakak buat akikah Muhammad...

Ahad ptg pecut balik JB plak...
Hadui, penuh timetable ku!


Photobucket

Feb 22, 2010

ULAT BUKU !

7 comments:
Ari ni baru nak start study.
Exam thursday morning.
Peperiksaan perkhidmatan utk Penguasa Kastam...
10 esei...
Kena baca 6 akta.
Peraturan-peraturan... Perintah-perintah tetap kastam... etc...

Adui !!!

Wish me good luck...!

Photobucket

Feb 19, 2010

TERBANTUT

4 comments:
Tiada lagi post tentang HOMESCHOOL anak-anak kat sini, kan?

Terbantut !
Citer nyer gini..........

Start Januari 2010, anak-anak saya da di hantar ke taska / tadika sepenuhnya.
Bukan lagi di tadika lama Nurin yg separuh hari.
Bukan lagi anak-anak tidur petang di rumah babysitter.
Semua suasana baru untuk mereka.

Taska & Tadika Ummie al-Usrah di taman perumahan sebelah.
Mudah untuk hubby anta dan amik.
2 buah rumah teres 1 tingkat lot tepi dijadikan taska & tadika.
Tidak dicampurkan agar kanak-kanak 4-6 tahun dpt belajar dgn aman.

Sepatutnya Syuhada di taska utk kanak-kanak 1-3 tahun.
Nurin pula di tadika utk kanak-kanak 4-6 tahun.
Kedua-dua mereka patutnya di tempat yg berlainan.
Tapi, Syuhada tak bleh tanpa kakaknya.
Dia dok menangis di taska.
Hingga di rumah pun dia jadi pendiam dan merengek.
Terganggu emosi dia!!! Dah la saya tiada di sisi. Babysitter pun takde tempat dia tumpang bermanja.
At last, cikgu besar terpaksa pindahkan Syuhada ke tadika.
Barulah dia aman tenteram ceria gembira.

Yang best nya, kalau saya tanya Nurin, "Adik buat apa kalau kakak sedang belajar?"
Jawapan Nurin, "Dia dok dapur..."
Kelakar! Teman makcik memasak la anak bongsu aku ni hah.
Daripada belajar silibus kanak-kanak 3 tahun di taska, dia dok dapur plak!!

Tiap malam Nurin buat homework dgn ayahnya.
Saya jauh di JB.
Weekend pula masa amat limited bagi saya nak uruskan semua, nak manjakan semua, nak bawa mereka lepak mall or jogging di taman.
Sesekali je saya revise dgn Nurin.
Tak dpt saya rakamkan moment tu.
Sedih, kan?

Namun, saya percaya Nurin terang hati.
Cepat belajar.
Bak kata hubby, "Nurin ikut you (saya la tu), cepat ingat..."
Alhamdullillah...

Hmmm... Banyak saya kena top up dgn Nurin.
Next week ada exam jabatan pula.
Maka weekend ni nak study.

Terbantut program homeschool di No. 13, Lorong 1, Jalan M2A, Taman ....... !!!

Photobucket

Feb 10, 2010

LONG HOLIDAY... YAHOO!

6 comments:
Yahoooooooo...
Lusa malam abis keje kul 11.
Then terus memecutkan viva 850 ku ke Bukit Katil yg dirindui.
Yang penting, akan drive penuh hati-hati.

Long holiday hingga Tuesday.
Nak balik Seremban, jumpa MIL yg da 2 bulan tak jumpa.
Nak jengah mak abah kat kg.
Asyik mereka je turun Bukit Katil, kita kena la balas ziarah.
Nanti kena sound plak... hi hi hi!!!

Alhamdullillah, hubby inform that kesihatan Nurin da beransur pulih.
Call Nurin last night, masih sengau suara dia.


Antara dialog saya dgn Nurin mlm tadi.....


Nurin : "Syuhada da tido, Win main sorang-sorang."

Ibu : "Win gi la tido, now da nak kul 11 malam. Tomorrow kan nak school."

Nurin : "Mata tak ngantuk lagi la bu. Nurin nak main dulu."

Ibu : "Ok. Nanti bila da abis main, go to sleep, ok? Jangan lewat, nanti esok nak bangun pagi. Gi sekolah."

Nurin : "Tu la ibu. Gi keje tak balik-balik. Nurin main sorang-sorang."

Dulu, dia beregu dgn saya tido lambat.
Dia teman saya gosok baju la, kemas umah la, sulam reben la, cross-stitch la, ...
Now, Nurin terasa la dia sorang diri...



p/s : nak kena gi Jusco beli fancy paper, paper yg kedut-kedut tu... ada projek besar punyer!!!


Photobucket

Feb 8, 2010

DEMAM !

7 comments:
Sejak saya berhijrah & mencari rezeki di JB, hanya 1 weekend anak-anak dara saya sihat walafiat. Sehingga weekend yang baru lepas ni, Nurin masih lagi demam. Pagi tadi cikgu tadika dia call saya. Inform suhu badan dia 38.2.
Hadui! Anak-anakku. Plan nak bawa mereka tgk wayang pun terbantut! Maklumlah, dlm panggung kan sejuk!
Hubby da bawa mereka ke klinik & amik ubat2 serta antibiotik.
Demam mereka berulang-ulang... Sedih & risau hati ni. Tak dpt membela mereka yang demam, selsema & batuk... Hmmm...
"Maafkan ibu..."

Photobucket

Feb 4, 2010

HIDUP KU

5 comments:
Nak kata tak seronok, tak patut la kan.
Dok sini mencari rezeki, bekerja...
Ada la keseronokan dari segi pengetahuan & pengalaman baru dlm pekerjaan.
Tidak sebosan dulu...
Seronok berjumpa rakan sekerja baru yg BEST!

Keje 2 waktu, kalau tak pagi, keje ptg.
Merasa la keluar rumah seawal kul 6:30 pagi.
Merasa la balik kerja kul 11 malam.
Merasa la bekerja turun naik lori cek brg.
Merasa la bekerja dgn driver lori, lori bawak brg or kontena.
Setakat bunyi hon lori, da semakin biasa.
Kenal brg dagangan yg dok keluar masuk Malaysia ke S'pore.
Seronok...
BEST!

Da tak serabut kepala pikir nak pakai baju apa nak gi keje.
Pakai uniform jer.
BEST!

Balik rumah sekadar...
1- tido
2- tgk tv
3- buat cross-stitch
4- makan
5- mandi
6- menunggu masa nak gi keje!!!

Yang paling best, bila tiba hari JUMAAT.
Tak sabar tunggu waktu keje abis.
BALIK BUKIT KATIL... BEST!!!

Photobucket

Feb 3, 2010

ANAK KU SAYANG

5 comments:
Semalam... Hubby call...
Kata nya, Syuhada da 2 malam mengigau...
Panggil "Ibu... Ibu..."
Terpaksa tgh mlm tu ayah nyer tido bersama dia.

Hmmm... Sedih! Sayu hati mendengar...
Nak tunggu Jumaat ni terasa begitu lambat.
Da pun beli tiket transnasional kul 4 ptg dari JB.
Dijangka tiba Melaka kul 7 mlm...

Rindu!!!

Photobucket

Feb 2, 2010

SERONOK

7 comments:
Seronok bekerja.
Waktu anjal. Minggu ni aku kul 7 pagi - 3 ptg.
Import lengang sekarang ni.
Al-maklum... baru kul 8 pagi.
Semua lori tgh beratur kat port S'pore lagi tu...

Last night for the very first time since pindah Larkin Idaman, rumah kami ada tv.
Import tv dari Melaka and my friend beli antena last night.
hua hua hua...
Alhamdullillah syukur nikmat.
Petang karang balik rumah bleh layan tv...

Hmmm... nak anta uniform dry cleaning ptg nanti.
Then, rasa nyer mcm nak layan kacang phool la kat medan selera.
Sedap nyer...

Photobucket