Saturday, April 02, 2011

JANGAN JADIKAN IA SATU BENTUK HUKUMAN !

::::: klik ke entri terawal saya ni dulu ekk Smiley tips membaca :::::

nak tanam sikap suka membaca pd anak-anak memang bukan satu keje senang.
sometimes, nak suruh makan pun susah!
inikan pula nak suruh mereka buat sesuatu yg membosankan (hakikat nyer la!).

pengalaman saya sendiri, dengan Nurin, amik masa yg lama...
pelbagai cara lembut saya guna (ada gaks le skit-skit guna kekerasan hi hi)...
just nak tanam kan sikap suka membaca!
nak kena tgk mood dia... keadaan cuaca... program tv pun kena amik kira!
if dia tau waktu tu ada Mr. Bean or Tom & Jerry, hmmmm mana kan nak dia membaca...
nak paksa... and paksa... and paksa dia membaca....
ditakuti dia memusuhi plak MEMBACA tu nanti.
menjadikan MEMBACA itu satu perkara yang negatif plak, kan?

then, saya memang ngaku...
bila time mood saya plak tak brape betul, saya memang ada paksa Nurin.
dia tetap membaca... but, mengalir gaks air mata kat pipi tembam dia tu.
dek takut dgn ibu, membaca la dia...
hmmmm... ibu yg zalim !!!
hukum anak agar membaca tanpa kerelaan... sedang kan anak tu baru umur 4-5 tahun...
but tak selalu la kejadian zalim ni...
ibu akan minta maaf... peluk Nurin... cium Nurin...

alhamdullillah, now dia sendiri da ajak saya membaca.
lagipun, dia da tahu membaca, da tak menyusahkan diri dia sendiri la actually.
ibu pun senyum jek dgr dia membaca...
now sedang busy reading material in English plak.
alhamdullillah juga, bila BM dia da lancar, tak susah nak membaca in English...

Nurin pun slowly da jadi cikgu pada Syuhada plak tau.
Ni yang buat keje saya lebih senang!!!

THE BEST WAY TO LEARN IS TO TEACH


maka saya memang suggest korang beli set ni.
memang menjadik !!!
senang nak ajar... anak-anak senang nak follow...
insya'Allah...


::: klik gambar utk info / beli ye :::

*
*
*
*
*
*

lain-lain produk yg best, yg patut parents zaman sekarang miliki adalah seperti di bawah. berbaloi, insya'Allah...


::: klik gambar utk beli ekk :::


Buku ini memberikan panduan kepada anak-anak perihal tatacara untuk menjadi insan yang mulia dan anak yang soleh. Panduan disampaikan dengan pendekatan mudah dan santai (easy reading) dan dihiasi ilustrasi yang comel dan menarik.

Ibu bapa boleh menggunakan buku ini sebagai panduan dalam merangka aktiviti harian anak-anak kerana ianya dilengkapi dengan jadual harian untuk anak-anak dari terbit Subuh hinggalah ke waktu tidur.

Keistimewaan buku:
- Mengandungi doa harian untuk diamalkan oleh anak-anak
- Setiap aktiviti, adab dan perbuatan disertai dengan penerangan agar anak faham kenapa sesuatu itu perlu dilakukan
- Merangkumi pelbagai aspek kehidupan seharian di rumah, sekolah dan sosial

Antara Topik Menarik:
- Keluarga Saya (pengenalan kepada konsep salasilah, pangkat dan mahram)
- Jadual Hidup Saya (dari Awal Pagi hingga Waktu Tidur)

"PERCUMA... Poster Doa-Doa Harian"




::: klik gambar utk beli ekk :::

Buku Tarbiah Anak-Anak Dengan Zikir & Doa menghimpunkan doa-doa untuk ibu bapa membimbing anak-anak dan diajarkan kepada mereka serta untuk dijadikan amalan dalam mendidik anak.

Buku ini dibahagi kepada 4 aspek termasuk keterangan dan petua beramal:

  • Ketelusan Akhlak & Kemurnian Pekerti seperti mendapat ramai anak soleh dan cemerlang, menghilangkan perasaan marah, menenteramkan jiwa, menghadapi saat-saat getir, memohon kesabaran, meningkat keyakinan diri dan memohon dipenuhi keperluan
  • Kecemerlangan Akademik seperti mudah menghafal pelajaran, mudah menjawab soalan peperiksaan, dikasihi guru, memohon lulus cemerlang dan mudah menghafaz al-Quran
  • Kecergasan Jasmani dan Keafiatan Fizikal seperti memohon perlindungan dari gangguan sihir, luka, demam, bengkak, jauhi daripada zina, stres dan jauhi daripada insomnia
  • Zikir dan Selawat seperti selawat Ibrahimiyyah, memohon kebahagian dan keselamatan, sembuh dari penyakit dan mengelak mimpi ngeri

Sebuah koleksi doa yang mesti dimiliki oleh setiap ibu bapa cemerlang.




::: klik gambar utk beli ekk :::

Set VCD JOM SOLAT BERSAMA USTAZ ZAMRI bermatlamat untuk melahorkan anak-anak Muslim yang berilmu dan sempurna ibadahnya bermula dari usia kecil lagi. Di samping itu VCD ini juga dihasilkan agar dapat membantu pembentukan kanak-kanak beriman, berketerampilan, beramal soleh berdasarkan al-Quran dan al-Sunah.

Solat adalah tiang agama. Kebajikan yang dilakukan tidak bermakna jika solat tidak didirikan. Justeru, VCD ini menerapkan kepentingan mendirikan solat dengan sempurna. Kanak-kanak akan diajar bagaimana untuk mendirikan solat dalam pelbagai situasi dan suasana seperti Solat Berjamaah, Solat ketika sakit, Solat semasa bermusafir dan lain-lain. Setiap pergerakan dalam solat, rukun solat, dan sunat-sunatnya disentuh dengan rapi oleh Ustaz Zamri agar kanak-kanak faham bagaimana solat yang sempurna seharusnya dilakukan.

Moga-moga set VCD ini akan dapat membentuk anak-anak Muslim yang bertakwa dan menjadi khalifah Allah yang cemerlang di masa hadapan.

Set VCD ini mengandungi 5 buah VCD:

  • Solat Fardu
  • Solat Berjemaah
  • Solat Ketika Musafir
  • Solat Ketika Sakit
  • Solat Sunat

"Set VCD Yang Mesti Dimiliki Oleh Setiap Keluarga"

Photobucket

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)