Monday, April 04, 2011

HOT ! HOT ! HOT !

harap maklum bahawa RON 97 da up 20 sen lagi pada 2/4/2011...
saya baru sedar pagi ni !!!



setakat 2-3 hari lepas jer, pelbagai jenis akhbar telah pun buat liputan.
tahniah S*PR*M dan L*HD*N malaysia.
hingga buat kami rasa terh*ina... sedih!
sayang jabatan ler katakan...
benci pada mereka-mereka yg tak de iman!
nyampah pada mereka-mereka yg tamak kan dunia!
hingga buat arang pun terpalit ke muka kami yg innocent berbakti kutip cukai utk negara!!!



maka, saya nak melaporkan ikut kronologi fenomena ka*st*am setakat ari ni.
sumber : UTU*SA*AN M*ALA*YS*IA



1/4/2011 : Reman pegawai kanan kast*am dilanjut

"Pasangan suami isteri itu ditahan dalam serbuan besar-besaran pada pagi Isnin lalu oleh satu Pasukan Tindakan Khas yang diketuai S*PRM.

Serbuan turut dilakukan terhadap 84 ejen penghantaran, sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis KDRM di seluruh negara.

Memetik laporan akhbar, Pengarah Sia*satan SPR*M Datuk Mu*stafar Ali berkata, dalam serbuan itu, ratusan ribu ringgit turut dijumpai di rumah pasangan berkenaan.

Mustafar berkata, serbuan dibuat kerana mereka dipercayai terbabit dalam pengisytiharan di bawah nilai sebenar cukai k*astam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti pengubahan wang haram."


pencetus fenomena KASTA*M & RAS*UAH di malaysia...




1/4/2011 : Lebih 50 pegawai kast*am ditahan

"Menurut sumber, modus operandi mereka terlibat adalah memudahkan barang-barang diimport masuk ke dalam negara tanpa pemeriksaan dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Lokasi operasi pula tertumpu di pelabuhan-pelabuhan utama negara dan tangkapan tertinggi adalah di Pelabuhan K*lang.

“Jadi apa sahaja jenis barang ‘dihalalkan’ masuk ke sempadan dengan bayaran suapan tertentu yang dikenakan,” kata sumber tersebut di sini hari ini.

Sebelum ini, SPRM dengan kerjasama Lemb*aga Ha*sil Dal*am Ne*geri (LH*DN) serta dibantu lima agensi lain membuat serbuan ke atas 84 e*jen pe*nghantaran, sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis JKDM di seluruh negara dalam operasi besar-besaran tersebut.

Dalam satu serbuan di Pahang, dua pegawai JKDM yang juga pasangan suami-isteri ditahan selain ratusan ribu ringgit ditemui berselerakan di rumah mereka.

Sementara itu, Ketua Peng*arah JKDM, Datuk Seri Mohamed Kh*alid Yu*suf meminta semua pegawai di jabatannya terus fokus terhadap tugas dan tanggungjawab masing-masing seperti yang diamanahkan.

“Pegawai-pegawai agensi itu perlu mengekalkan khidmat terbaik kepada pelanggan jabatan iaitu masyarakat,” katanya mengulas penahanan ke atas pegawai JKDM yang dilakukan SP*RM, sejak Isnin lalu."




2/4/2011 : Bisik bisik Awang Selamat

"Dalam tempoh empat hari operasi lebih 50 pegawai kas*tam ditahan untuk siasatan berkaitan perisyti*haran di bawah nilai sebenar cukai kastam, mengelak cukai penda*patan dan pengubah*an wang haram.

Ratusan ribu ringgit telah ditemui di rumah sepasang pegawai k*astam dalam serbuan pada 28 Mac lalu. Lebih 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan turut disita dalam operasi.

Awang yakin soal siasat ke atas mereka yang berkenaan akan memberi gambaran lebih tepat setakat mana ancaman kegiatan haram yang boleh menjejaskan hasil negara. Apa yang sepatutnya dapat menambahkan hasil negara perlu menjadi khazanah negara."


LH*DN memang amik kesempatan la nak up kan hasil dia juga...





3/4/2011 : RM 108 bilion lesap setiap tahun

"Pengarah Bahagian Siasa*tan S*PRM, Datuk M*ust*afar Ali berkata, angka kerugian itu dianggarkan akibat aktiviti pemind*ahan wang secara haram melalui beberapa cara termasuk taksir*an kurang, trans*aksi tanpa rekod serta penyelu*dupan wang.

"Akibat tindakan 'tangan-tangan kotor' ini, negara mengalami kerugian apabila hasil pendapatan lesap manakala wang rasuah yang diperolehi mereka dipindahkan secara haram ke luar negara.

"Berikutan itu, SP*RM mengadakan 'Operasi 3*b' iaitu sasaran kita mengembalikan semula RM3 bilion hasil pendapatan negara yang lesap," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini."






3/4/2011 : Tiada kompromi terhadap pegawai kast*am yg rasuah

"Kerajaan akan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pega*wai ka*stam yang didapati terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa, kata Timbalan Menteri Ke*wangan, Datuk Dr Awa*ng A*dek Hus*sin.

Beliau berkata tindakan akan diambil ke atas sesiapa sahaja yang didapati bersalah tanpa mengira pangkat dan tiada sesiapa yang akan dilindungi.

"Kerajaan akan ambil tindakan tegas sekiranya ada salah laku oleh pegawai kas*tam atau mana-mana agensi terutama sekali melibatkan pecah amanah, penipuan dan sebagainya... tidak ada kompromi."





3/4/2011 : KP Kasta*m perlu digantung tugas

"Pertubuhan Pribum*i Per*kasa Malay*sia (Per*kasa) mendesak Kementerian Dalam Negeri mengantung serta-merta tugas Ketua Pengarah Jaba*tan K*astam Diraja Malaysia (JKDM) ekoran amalan rasuah kronik yang melanda organisasi tersebut.

Presidennya, Datuk Ibra*him Ali berkata, Ketua Pengarah JKDM perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas kegagalan organisasi itu melaksanakan amanah negara, selain 62 pegawai pelbagai pangkat yang ditahan Suruhanjaya Penceg*ahan Rasu*ah Malaysia (S*PRM).

Sambil menyatakan perasaan terkejut dengan jumlah kerugian akibat perbuatan rasuah anggota kast*am, Ibrahim berkata, perbuatan mereka tidak boleh dimaafkan kerana kesalahan rasuah sama tarafnya seperti jenayah yang dilakukan pengedar dadah dan pengkhianat negara.

Pada masa sama, beliau turut menggesa kerajaan menyita semua harta yang dimiliki oleh 62 pegawai kasta*m tersebut, termasuk harta milik ahli keluarga terdekat yang dikumpul secara tidak sah selain merampas pasport antarabangsa semua tertuduh.

"Pengawai yang tidak ditahan pula hendaklah mengisytihar harta masing-masing termasuk harta atas nama suami, isteri atau ahli keluarga terdekat," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini."





4/4/2011 : Kejayaan bukti ketelusan tanggungjawab

"Syabas diucapkan kepada Ketua Pes*uruhjaya SP*RM, Datuk Abu Kas*sim Moham*ed, Pengarah Bahagian Sias*atan SPRM, Datuk Mustafar Ali dan anggota SPRM yang lain kerana membongkar kes rasuah yang boleh dikatakan terbesar dan terhebat setakat ini.

Apa yang ditemui SPRM begitu mengejutkan. Sesiapapun akan terperanjat melihat jumlah wang yang lesap itu angkara salahguna kuasa pegawai kastam. Sifat tamak haloba mengelabui mata 62 pegawai k*astam yang ditahan melalui 'Operasi 3*b' kerana terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain."





tu la dia yg rakyat tahu about kast*am dari sudut pandangan media.
hakikat nyer kami yg bekerja ni tgn terikat, kaki diikat.
diluah mati mak, ditelan mati bapak...
demi nak kan rezeki, ikut jer la....

yg salah, hukum...
tapi jgn la jadikan isu ni besar hingga tutup isu negara yg lebih besar.
kami warga JKDM yg bersih ni pun da naik segan!!!
byk lagi lubang SP*RM kena korek, terutama P*RU 13 da nak dekat ni.


Photobucket

6 comments:

  1. Aida pakai Ron97 ke? Hmmm... naik je kerja nya. :)
    Senangnya hidup sesetengah orang. Segelintir je tu. Ramai anggota lain bekerja dengan jujur dan amanah, kan.

    ReplyDelete
  2. bak kata pepatah. kerana nila setitik rosak susu sebelanga kan

    ReplyDelete
  3. media...hmmm tu la..tak tau nak cakap mcmana...
    mcm kami warga ptg pauh dulu...dlm media menggambarkan ptg pauh ni tak mebangun langsung...padahal itu bukan gambaran sebenar...mereka melampau lampau....(cuba bersikap neutral)...kami rasa terkilan la juga....mereka tidak sedar semua tu nanti akan dipersoalkan oleh NYA disana...

    ReplyDelete
  4. YATI : kalau gi jalan jarak jauh, ada tuang RON 97. setakat gi balik keje RON 95. sebab memang RON 97 tu baik. bila da mahal giler ni, susah hati!!!

    ReplyDelete
  5. LYDZAR : tu la dia kan... dunia! yg senang, tetap senang. yg susah, semakin susah!

    ReplyDelete
  6. ENI : tu la pasal, abah aida cukup marah dgn media. gembur gembur bikin panas!!! byk tak betul dari betul.

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)