Wednesday, August 17, 2011

PENGORBANAN SEORANG SUAMI

2 comments:
pilu hati ni mendengar cerita.
simpati...
mengalir air mata...

kasih ibu bawa ke syurga...
kasih ayah mendengar kata...

kena hargai setiap detik hidup kita.
cuba bahagia kan org sekeliling.
kerana derita duka dtg tanpa kita duga.
senang gembira takpe, semua org nak kongsi.
tika duka menerpa, sape yg ada?

keluarga la peneman lara.
beri semangat...
beri keyakinan...

utk norma dan talib, be strong...





Photobucket

Tuesday, August 09, 2011

TIMASIH ...

2 comments:



dpt duit raya dari tok najib.
jadi la setengah gaji.
yg penting ribu-ribu !
moga end of the year nanti tok najib top up lagi setengah ekk?

yezzaaaaaaaa ...




Photobucket

Monday, August 08, 2011

ABAH & EMAK SELAMAT PERGI ...

1 comment:
kalau nak dikira hari, dah pun nak masuk hari ke4 abah & emak pergi.
kami hantar adik-beradik ari tu khamis / 4.8.2011 @ 2:45 pm.
dgn linangan air mata...
sempat pohon ampun & maaf...
moga abah & emak selamat menunaikan umrah di tanah suci di bulan ramadhan yang mulia ni.

sempat gaks pesan agar salam kami dikirimkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
berserta kiriman doa-doa utk mak sampaikan...
agar mak tahu apa yang kami maksudkan, mak suruh kami masing-masing list down hajat di hati & sanubari.

"mak, doa kan ni ye mak..... i love u mak!"


yg best nyer, semalam, tepat jam 2:40 pm, abah call dari Mekah.
happy betul suara abah.


kata nyer, buka puasa sedap alhamdullillah.
cuma kaki la lenguh-lenguh skit, byk berjalan sejak tiba lagi.
waktu tu abah sempat la cakap dgn cucu - syuhada & nurin.
dpt la melepaskan rindu sama-sama...
mak tgh tido kata abah, keletihan...

alhamdullillah... abah & emak selamat sampai di sana.
memang abah da lama berhajat nak buat umrah time ramadhan.
syukur ke hadrat Ilahi kerana memenuhi hajat abah & emak waktu mereka masih sihat ni.
sihat tu, tak ler brape sihat.
abah da few months dok cucuk insulin.
rupa-rupanyer, 1 week before nak berlepas ke tanah suci, emak pun da kena cucuk insulin.
aduhai... sedih dgr.



abah & emak dijadualkan balik next friday 19.8.2011 @ lewat ptg. sekali lagi kami anak-anak dan cucu-cucu akan berduyun-duyun ke KLIA jemput abah & emak. da plan dah nak berbuka istimewa ptg tu berserta sikit doa selamat, insya'Allah...

Ya Allah, Kau selamatkan la emak & abah kami agar terus sihat hingga tamat ibadah umrah mereka. Kau berikanlah mereka berdua sepenuh kekuatan dan kesihatan. Ya Allah, Kau selamatkanlah kesemua perjalanan mereka untuk semua urusan. Kau permudahkanla segala urusan mereka. Sesungguhnya Kau la tempat kami memohon dan Kau la yang Maha Penyayang... Aminnn...




Photobucket

Tuesday, August 02, 2011

MALAS !

2 comments:
da pun hari ke2 berpuasa.
alhamdullillah krn masih bernafas di hari ni.
moga Allah panjang kan umur saya (dan semua yg lain) agar dpt melaksanakan ibadah puasa ni dgn sempurna hingga ke hujung.

lama tak update blog.
malas.... malas ?! tidaaaaakk...
krn tuntutan pekerjaan amat membatasi waktu utk bermesraan dgn blog ni.
gambo pun tak sempat upload dari camera/phone.
byk citer, ilmu, kenangan nak dikongsi...
tapi, dek kerana tuntutan yg lain, terbatas sudah!

ramadhan & malas kekadang satu combination yg serasi.
selalu terjadi dek kerana lemah tak makan / minum.
jgn gitu eh frens semua.
semua kena sama dgn bulan tak puasa.
aktiviti luar la kot dikurangkan agar tenaga tu tak terlebih guna.



mlm plaks jgn jadi ular sawa !
makan bersederhana...
belanja kat pasar ramadhan pun sederhana, jgn tamak haloba ekk...

tahun ni saya nak kurang kan ke pasar ramadhan.
more to cooking... sempat tak sempat tu perkara ke2...
biar lambat, asalkan duit tak bazir!



nota kaki : today & tomorrow kot nak upload gambo dari camera... mcm ada masa! fail atas meja ni da kurang hi hi hi....


Photobucket