Wednesday, February 29, 2012

MINAT BELAJAR MEMBARA-BARA !!!


sejak ada meja belajar baru, sampai je rumah tiap ptg syuhada mesti terus buat homework. kalau takde homework pun, dia mesti meluru masuk bilik and terus buat apa je yg patut kat meja belajar ni :)



tersusun rapi kat atas meja syuhada. colour pensil, sharpener, botol air, desk caddy... ada hari-hari tertentu, penuh dgn ntah apa-apa lagi. ibu membebel, baru la kurang penuh meja belajar ni...



ni meja kakak nurin. ada buku teks sekolah, buku iqra', cekak rambut nurin, purse duit nya yg mcm-mcm jenis, colour pencil, bakul barang yg isi ntah apa-apa.... hmmmm....



meja sebelah menyebelah... set meja ni RM89.90 satu, hadiah hari jadi buat dua dara ni dari atok hanafiah & wan rahmah ari tu. beli kat jusco :) nice. boleh lipat-lihat meja dan kerusi nya. and tak le makan space yang besar.



meja syuhada sebelah pintu kuar masuk. so normally tombol pintu tu jadi tempat syuhada gantung beg telekung dia... kat pintu tu nurin la tukang tampal tanda...



meja nurin pula kat bahagian dalam, sebelah sudut komputer and tv ni. komputer tu tempat diorang main game la. diorang da pandai on and off komputer tu... setakat ni rak buku anak-anak masih lagi 3 tingkat tu. da tak tersusun buku-buku kat situ :)



syuhada la yang paling kerap main game komputer ~ her feveret ialah jigsaw puzzle. ok la tu. bina minda :) celik komputer. komputer ni pun takde line internet yg diorang boleh suka hati ber internet. modem ibu pegang. oleh itu, takde la perasaan takut time diorang guna komputer...



syukur pada Allah, meja belajar ni amat berguna. mereka memang suka sgt la dok lepak bilik. tak kisah la diorang buat pe, sini la pot feveret diorang. kalau dulu, penuh la ruang tamu dgn harta karun diorang nak buat homework. tak selesa di mata ibu. tak selesa utk pembelajaran diorang, kan? so now, ibu happy, korang pun xcited nak belajar... alhamdullillah. tq to atok & wan :)


Photobucket

6 comments:

  1. Assalammualaikum...

    Semoga anak dara dua org ni akan sentiasa teruja untuk menuntut ilmu .. Insyallah =)

    ReplyDelete
  2. adialuze ~ tu la yg diharapkan. berterusan. jgn hangat2 taik ayam...

    ReplyDelete
  3. bagusnya anak2 sis..dpt meja baru trus lagi rajin study

    ReplyDelete
  4. liza ~ yes. nak suruh makan / tidur pun susah. melekat kat meja study hi hi hi...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. moga membesar sbgai ank yg rajin n pandai :-)

    ReplyDelete
  6. Kemas tengok meja anak-anak Aida. Mesti tambah semangat belajar, ada desk cantik. :)

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)