Friday, February 10, 2012

PABILA NURIN JUGA TERSENYUM MELERET KEGEMBIRAAN


i like... drama GEMERSIK KALBU @ TV3 ni pun da berakhir ptg semlm. nasib baik tak ter miss! tak tau plak yesterday will be last episod nyer :) my husben pun join the club of ibu & nurin tgk drama hi hi hi... "rezeki ayah la dpt tgk last episod"

orait la jalan citer nyer. dia sedih. si dia plak amik kesempatan dan tackle cara salah @ paksa. paksa kawin. isu pregnant... boyfriend plak tak reti bahasa! i dunt like! drama... drama... drama... until la adegan atas katil yg terakhir semlm ~ bukan ibu je, nurin (yg lom cukup umur tu!) pun senyum melihat kemesraan raihana & suffian... alhamdullillah.

orang kata ~ kalau da jodoh, tak ke mana... apa pun rintangan, apa pun dugaan, sape pun yg lalu di tgh jalan, kalau Allah da kata tu jodoh kita, confirm akan bertemu bahagia :)

now ibu & nurin nak tgk ending VANILLA COKLAT @ TV3 pulak. ~ selasa ~ 9 pm. episod ari tu diorang da buat projek x :) i like happy ending for cute couple...



skit sinopsis pasal citer VANILLA COKLAT start next week ekk :)

Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.

Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.

Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.

.... drama... drama... drama....

NOTA KAKI IBU :
tiga weekend yg akan dtg kami sekeluarga akan out stesen. balik kg + kenduri kawin cousin + celebration birthday nurin plak :) ia akan bermakna lambakan baju yg sudah berbasuh lagi di atas sofa hu hu hu sediiiihh!


Photobucket

4 comments:

  1. layan jugak cerita ni... Gemersik Kalbu dah habis, tinggal 3 je drama lagi yg jalan cerita lebih kurang....
    Aishiteru (tv9),bicara hati (astro) dgn vanilla coklat.....

    ReplyDelete
  2. izan pun tgk smlm dah nak dekat 7.30 . entahlah... kurang layan pulak walau ramai yg kata best. hubby izan la balik keje yg beria2 nak tgk. tp best kan ending nya... happy ending gitu...

    ReplyDelete
  3. suka sgt ending dia. tu la org kata jodoh ekk :)

    ReplyDelete
  4. Almk camna zie bleh termis episod akhir. hari ni punya semangat nk tengok. tgk2 dah citer lain. huk huk huk

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)