segmen terbaru di blog diari ni...
permulaan minggu.
rekod tersendiri, mudah buat rujukan di kemudian hari :)





~ menghitung hari
detik demi detik
pergerakan ok
aktif teramat :)
khamis ni check-up
kita lihat ye uri di mana & hB camner
moga ok
"ibu, bila nak scan saya ni?"

skit waktu lagi nak masuk 3rd trimester
bleh start prepare brg segala
sib baik gaji bulan ni nanti byk dari biasa... yahooooo! ~





~ simpanan jangka panjang ibu & ayah
tabung PTPTN anak-anak :)
ibu support korang, dgn syarat
gaji korang 15% nanti masuk balik akaun ibu / ayah
bleh gitu? ~





skang ni busy & heboh kisah PTPTN kat media. saya adalah sorang peminjam PTPTN. sign documents year 1998 dulu-dulu, sedang membayar.... ni rentetan berita terkini hingga yg lepas-lepas yg menarik perhatian saya sendiri. ni bukan isu POLITIK ye. hanya ambil tahu. bila kita amik kisah dua-dua pihak, sendiri faham, sendiri nilai. kita as rakyat, tunggu saje keputusan kerajaan :)

Siswa di Dataran terima sumbangan khemah

Pemuda PAS seru BN mengaku kalah isu PTPTN


Menteri: Pulangkan wang PTPTN jika mahu mansuh

hmmmm... bila nak election, gini la. bukan m'sia je, mana-mana negara pun. toksah la hairan. saya amat setuju dengan kenyataan Khairy Jamaluddin (ketua pemuda UMNO) iaitu antara lainnya :



... menggariskan supaya tindakan penyenaraian hitam dan bayaran perkhidmatan satu peratus ke atas peminjam dimansuhkan.Ia turut menuntut supaya bayaran pinjaman mula dibuat apabila peminjam telah berkhidmat melebihi enam bulan atau telah mempunyai pendapatan RM3,000 ke atas, bagi menjamin tempoh kelegaan peminjam...




ok la tu. sebab PTPTN pada saya jangan la dimansuhkan (unless free education granted!) :

  • ibubapa tiada kemampuan hendak menanggung perbelanjaan anak-anak di peringkat pengajian tinggi. selain bayar yuran pengajian, anak-anak dapat juga memanfaatkan duit pinjaman sebagai kos sara hidup yang lain. dpt la ibubapa menarik nafas lega. kalau ibubapa mampu pun tanggung (gaji ribu-ribu riban), kalau ada 3-5 anak di universiti, tak ke haru nak membayar nyer? duit pinjaman dapat membantu...
  • hapuskan je caj perkhidmatan terhadap peminjam. da confirm la peminjam tu student, takkan la nak bisnes dgn pendidikan? pinjam banyak tu, bayar banyak tu... as simple as that. yes, kami tahu bahawa kerajaan meminjam utk memberi pinjaman. kalau utk benda-benda lain kerajaan dpt beri subsidi (and lain-lain yg kita tau kerajaan byk keluar duit yg actually tak patut!), takkan la tang pendidikan tak bleh nak give and take skit??? kalau gitu, lebih baik kata wujudkan PTPTN. peminjam direct dgn bank saje, kan...
  • FREE EDUCATION ? saya tak nak komen... hu hu hu... kita kena fikir juga pasal negara, bukan pasal diri sendiri saje, kan?

sekian.
Photobucket