Friday, July 27, 2012

SEJUKS PERUT IBU MENGANDUNG

4 comments:
jumaat pertama di bulan Ramadhan :)

insya'Allah nurin cukup la kot 7 hari dia berpuasa = upah RM35.00 tunai. awal-awal saya da masukkan dlm tabung dia. as for syuhada, RM4.00 saje sebab rupa-rupanya dia kat tadika tak puasa! pagi, tghari & petang makan mcm biasa hi hi hi... RM4.00 tu utk sabtu & ahad lepas jer.

takpe la adik... esok & lusa puasa half day lagi ekk sayang... train skit-skit...

as at now, saya sedang nak buat nasi ayam for buka puasa. ayam da perap. sup fishball da ready. jap jap lagi nak masak nasi nyer pulak. kul 5 nanti baru nak stim ayam. then mlm insya'Allah nak buat koktel kastard. nak buat sekarang tak larat plak, nanti karang breakdown hi hi hi... dpt la sok bagi jiran sebelah-menyebelah serba semangkuk dua...

sejuks perut ibu mengandung bila tgk gambo bwh ni...


mlm tadi syuhada kata dia ada homework membaca english.
nurin volunteer nak mengajar adik nya.
ibu dok kat sofa, pantau dari kejauhan hi hi hi...
pe lagi, pantau sambil amik gambo & amik rakaman video.
kakak garang ajar adik!

syuhada da nak masuk 5 tahun 7 bulan next month. and ibu is very very happy because ~ syuhada da boleh membaca BM perfect. now da start reading english. at first saya sungguh risau. ye la kan, since saya pregnant awal tahun ari tu, saya tak dpt nak tumpukan perhatian kpd homeschool anak-anak. but, looking at them now, saya happy. 

next monday & tuesday, nurin ada exam kat sekolah agama. if saya tak bersalin this weekend, saya akan concentrate ulangkaji pelajaran sekolah agama dgn nurin la. keputusan exam pertengahan tahun dia ari tu tak brape memuaskan hati saya :(

but, ok la... tak le teruk sgt. 

ok... nak sambung masak :) tata...

Photobucket

Thursday, July 26, 2012

REZEKI PENIAGA !

2 comments:
semakin mahal harga makanan kat pasar ramadhan! aduhai... gerun rasanya nak membeli! harga tak ingat-ingat. setakat ni baru sekali la saya jejak kaki kat pasar ramadhan. rasa-rasa tak gi lagi la sebab da nak beranak. borak dgn adik, kat KL lagi mencanak-canak naik harga makanan!!!

nape la takde langsung kesedaran di kalangan peniaga ~ terutama peniaga Muslim. takde langsung konsep bersedekah... 

cucuk-cucuk ni rasa nyer benda paling glamer.
feveret anak-anak dara saya = hotdog & nugget :)
harga ni maintain RM1 secucuk, kot.
but, harga ayam goreng seketul skang ni rasa nyer RM2.50 ke atas, kan??!!
da lama tak beli...

seketul ayam = RM3.00
sekeping ikan (bukan seekor!) = RM4.00
sayur sesenduk = RM3.00

kadang-kadang tak sedap pun!
then, cepat basi...
diorang recycle lauk semalam!!!

kalu satu keluarga ada 3 org anak?
bukan nyer pe. ari tu mr.ayah beli 1 lauk = RM12.00 = 4 ketul ayam. kami kan 4 sekeluarga... hu hu hu !!! 

taufufa... sedap!
sekarang harga nyer RM1.20.
last year di pasar ramadhan bukit pringgit, saya pernah beli RM2 !!!
memang tak berkat makcik tu punyer hasil berniaga.
mahal tak hengat!!!

ni... telah diumumkan kakitangan k'jaan dpt bonus minima RM500. pesara dpt juga RM500 saguhati. dpt 9 ogos nanti :) berdondang dendang la peniaga makanan. pe hal dgn org swasta? friends saya di FB, swasta, semua da kesedihan & merungut... dok calculate kenaikan harga barang yg amat berleluasa...

pendek kata, kena berkorban ~ masak sendiri!

masak nasi.
beli kordial 2-3 jenis jus yg sedap-sedap kesukaan anak-anak.
buat dessert sendiri ~ kuih-muih, koktel, agar-agar mana-mana yg mudah & cepat.
sayur~goreng sendiri or beli ulam-ulaman.
lauk~simple dimple, janji sedap. seekor ayam bleh masak 3 hari! mcm2 lauk...


but, tau tau... tiada masa! balik keje lambat... hmmmmm...


pe pun, tepuk dada tanya selera, kan?


ari ni mr. ayah bakal beli lauk-pauk kami berbuka kat pasar ramadhan. saya tak larat nak masak :(
brape la duit yg mr.ayah kena ptg ni ekk...

Photobucket

Wednesday, July 25, 2012

RAGAM RAMADHAN

No comments:
ari ni saya da start cuti rehat. due 29 july. badan pun kurang sihat. ofis pun jauh yg amat! cuti rehat pun berpuluh lagi bilangannya... so, cuti cuti rehat la dok rumah... ntah bila baby nak kuar. tak sabar! lagi cepat bersalin, lagi sihat la saya di pagi raya. if lambat, pagi raya nanti masih tak sihat... tak syok! tak boleh makan-makan :)


baby amat aktif alhamdullillah. gerak nyer cukup 10 kali between 9 pagi - 9 mlm. kekadang sampai sakit pinggang! kaki tak bengkak, tapi amat la sakit time nak berjalan, bisa. tido mlm da tak lena, terjaga time nak tukar posisi hi hi hi... tanda-tanda sakit bersalin ? lom lagi... masih ok... 

ari ni tak byk benda buat kat umah. iron baju skit-skit... cuci baju skit-skit... ptg karang nak masak mee bandung & ayam percik utk berbuka. insya'Allah...

pe pun, moga Allah selamatkan saya dan juga baby... aminn...

ari ni da masuk ari ke-5 kita berpuasa. dan 5 hari juga la nurin, anak dara sulung saya berpuasa, alhamdullillah. total income / upah dia ialah RM25. as for syuhada, setengah hari... 3/4 hari... dia memang nak susu jugak... so, dpt la RM2 sehari = RM10 saje pendapatan syuhada Ramadhan 2012 kali ni setakat ni.


syuhada... 2 ramadhan ari tu...
macam ler puasa bebeno!
dia pengsan kat sofa... teddy bear pun macam pengsan telentang!!!

ni gambo anak-anak dara saya selepas berbuka 3 ramadhan lepas...
bergelimpangan di atas sofa time tgh tonton tv.
sian la hai anak-anak...
siang hari sekolah, tu yg jadi gini tu hi hi hi...

kul 4:30 (4 Ramadhan) tu nak kejut anak-anak sahur.
tgk kakak nurin da tido sekatil di katil adik.
ni sure kes terjaga tgh mlm, takut, tak bleh lelap semula...
terus menyempitkan katil adik syuhada!

ok ni time selepas makan nasi ~ sahur...
nak susu!
nak susu!
masih lagi tido bersama...
"kakak, adik, tido... karang kul 6:30 pagi ibu kejut, mandi ye..."


ragam ramadhan anak-anak dara... cute!
tiap pagi wajib kejut diorang sahur. bagi diorang pengalaman. and so far no problem. makan nasi, minum air suam & sebotol susu... so far nurin takde merungut after seharian sekolah, syukur Ya Allah...

Photobucket