Friday, August 31, 2012

PINJAM DUIT RAYA ANAK ??! hi hi hi

2 comments:
pertama sekali ~ selamat hari merdeka utk semua friends ~ moga negara kita terus merdeka dari dijajahi oleh anasir-anasir jahat & dengki ! moga kita terus berada di dalam keselesaan dan kebahagiaan ini selama-lamanya... insya'Allah...
kedua nyer ~ blogwalking ~ tapi saya tak dpt nak komen. kerana, internet sejak akhir-akhir ni lembab. loading nyer bertahun-tahun rasa nyerrr... FB pun buka tak proper! hmmmm...

dear diary, (ada ke diary tunjuk publicly ~ org lain baca ???)

alhamdullillah... duit raya nurin & syuhada yg dpt (fasa pertama) da aku masuk akaun yippie diorang berdua. da kira and transfer amaun dari akaun ibu ke akaun diorang. cash tu buat belanja dapur hi hi hi... just baby izzat's money lom buat pe lagi. aku abis pantang nanti baru aku buka kan akaun yippie & sspn izzat kat maybank depan tu...

ada lagi duit raya yg diorang baru depan. raya masih ada le katakan :)

duit raya diorang memang aku & mr.husben tak lengah transfer. simpanan masa depan. dulu-dulu pernah la pinjam dulu, lambat transfer. hi hi hi buat belanja raya... lambat je, bukan langsung tak transfer. saving utk anak-anak ni penting bagi aku. aku tak nak le anak-anak nanti da besar, tak cukup duit utk study diorang. pe pe hal semua akaun diorang nama aku / mr.husben. tak takut le duit saving semua tu di songlap dek diorang. 

mcm dlm byk drama raya kat tv ~ emak bapak ditinggalkan anak, terbiar! pagi raya baru anak-anak sedar diri balik kampung minta maaf ~ pondok buruk! hi hi hi... bila bab drama raya je, sedih... aduuuuhai...

anak umur 6 bulan da bleh bukak akaun ASB, kan? blogwalking tadi, baru tau. but aku tak plan pun nak buka kan diorang ASB. cukup la ~ takaful ikhlas, yippie & sspn je setakat ni. tu pun jenuh beratus-ratus aku saving utk diorang tiap bulan! one more, insya'Allah nak buka kan diorang tabung haji. sekolah nurin rakan tabung haji. nurin da dpt da kad TaHa tu, buka akaun kat sekolah awal tahun ari tu. just aku je lom lagi ke tabung haji utk buka kan akaun tu properly :)

ada orang, duit raya anak tu, dijadikan duit utk benarkan anak-anak shopping. beli pe diorang nak. aku tak brape minat ler cara tu. nak ajar diorang menabung... pe nak, guna duit ibu... ibu supply :)

hmmmm nurin da minta benda kat bwh ni :-

BESTA - harga (dulu la) RM398.
tak tau la skang harga nyer sama lagi ke tak.
memang da pun masuk wishlist ibu ~ sini baca ye.
but lom beli-beli lagi pun hi hi hi...

teacher BM nurin kat sekolah yg tunjukkan diorang. bak kata teacher, apa pun nak cari senang. kamus komputer. balik ptg tadi, nurin pun apply la nak beli. "yes kakak, ibu akan beli. tapi, kakak tunggu bu kumpul duit dulu bleh?" hi hi hi... bagus sgt kamus BESTA ni. da gi kedai and tgk sendiri. bukan utk anak-anak je, utk kita org tua pun memang best & berbaloi if beli.

Photobucket

Tuesday, August 28, 2012

SAYA SUDAH 1 BULAN :) |dan kisah ibu nak diet|

2 comments:
pagi ni gi spital cek-up & injection izzat 1 bulan. izzat sihat ~ berat 3.86kg. alhamdullillah. naik 1.06kg sejak hari lahir dulu, sihat... aktif...

semlm izzat byk buat perangai! asyik nangis je, mcm tak puas susu pun ada... mcm sakit perut tak lawas berak pun ada! but, berak ok je. perut tak kembung. bird pun ok je ibu cek... aduuuuuhai. semalaman ibu & ayah tak tido dibuatnya. ada ke patut, kul 5 pagi baru dia tido. tu pun selepas menangis sepuas-puas hati hingga takde suara! mamai ayah dibuatnya di ofis hari ni.

perangai baby nak tukar bulan kot? hmmmm... 

berat aku plaks ~ 54.7kg. alhamdullillah, lebih ringan daripada sebelum pregnant iaitu 58.5kg!!! yes... aku memang gemuk berat. sejak plan nak pregnant awal tahun 2010, memang da tak jaga badan, belasah je nak makan pe pun hi hi hi... badan memang naik berat nyer! tak sangka plak susah nak pregnant, kan?

memang cita-cita aku pasni nak teruskan usaha diet! nak kurus??! tak la sgt sebab sedar diri yg nak kembali kpd berat asal time anak dara dulu amatlah mustahil. diet utk tak gemuk dan sihat. agar hari tua nanti tak le kena usung 1 bakul ubat ~ diabetes, darah tinggi, jantung problem, etc. 

dan aku rasa time berpantang ni ada titik mula yg paling tepat dan bagus. tak bleh makan tu... tak bleh makan ni... dok hadap makanan @ menu yg sama dan memboringkan. jadi nyer, selera kita tu kurang. makan pun slow... tambah pula pakai bengkung, ikat ketat hingga susah nak bernafas!!! if kita da terbiasa... perut pun tak meragam if kurang makan... ok la tu if diteruskan.

harap le aku dpt merealisasikan cita-cita murni ni. jgn cakap tak serupa bikin je yg puan aida :)

dpt kurangkan kpd 50kg menjelang 26.10.2012 (tarikh naik keje ~ after cuti bersalin 3 bulan) nanti pun orait. segak le skit balik ofis hi hi hi...

perancangan menu aku lebih kurang gini le :-
breakfast - horlicks cereal 3 in 1 / nestum 3 in 1 minum panas-panas!
lunch - mesti makan nasi, tapi skit le. lauk lebih. 
tea time - buat air panas lagi. mana-mana yg teringin le seperti menu breakfast di atas. kopi o pun best gak cicah biskut kan?
dinner - skit nasi dan lauk...

nak lebihkan protein, kurangkan karbohidrat... minum air suam tak kurang 1.5 liter...
pagi & malam - telan 3 biji jamu bersalin mustika ratu yg tersedia ada hingga abis...
petang - half an hour before dinner kot or earlier, minum secawan jamu tea mustika ratu.

gitu la perancangan nyer. nak disiplin kan diri. insya'Allah hari ke 51 berpantang nanti nak start sauna setiap pagi. bilik belakang tu penuh dgn barang-barang! nak kena kemas skit-skit and beri ruang utk letak set sauna.

Photobucket
da lama tak sauna sejak plan nak pregnant... rinduuu!
awal-awal tu sauna 15 minit dulu. if da ok, up kan kpd maksima 30 minit.
guna wap biasa dulu. sebab lom beli herba sauna. tak pasti nak beli herba yg mana satu...

cuba dulu gitu-gitu tanpa guna apa-apa produk kurus. harap nyer sukses! mak aku da bising dah suruh beli gamogen la... umaira la... pe pe vitamin. mak kata, kena makan utk tenaga dan kesihatan perempuan. lom plan nak beli pe pun. nanti ler dulu after abis pantang baru fikir :)


Photobucket

Monday, August 27, 2012

MERIAH SUASANA |ke kecoh??!|

3 comments:
yes! akhirnya aku jadi ibu ber anak tiga hua hua hua... da la kot 3 je. bukan nyer tolak rezeki, tapi ~ umur da masuk 35 tahun oktober 2013. secara saintifik nyer da tak digalakkan pregnant & melahirkan. risiko! lagipun, mengenangkan diri ni da tua tak larat nak pregnant & menahan sakit bersalin... terpaksa le tutup 'kedai' (ahaks!)...

36 minggu dan 6 hari pregnant kan izzat, aku memang tak sihat! mabuk! sakit badan! malas tak larat! bad mood! aduuuuuhai... Allah je yg Maha Mengetahui... dgn perangai kakak-kakak berdua tu lagi, bertambah sakit rasa nyer! alhamdullillah... izzat da pun selamat dilahirkan. sihat. tembam... semua kesakitan sudah berakhir. 

rumah aku yg kecik ni memang meriah! kekadang rasa nyer mcm kecoh semcm... especially bila izzat melalak nangis tak sabar dpt susu. kakak-kakak la yg akan kerumun dia, pujuk dia sementara ibu / ayah dtg hi hi hi... kakak-kakak la yg tgk-tgk kan izzat time aku nak mandi, nak makan, nak rehat...

"ibu, izzat muntah!"

"ibu, izzat nangis!"

"ibu, izzat da bangun..."

tq kakak-kakak :) ibu sayang korang!

hmmmm kadang-kadang tu kakak-kakak terlupa yg da ada baby dlm rumah ni. diorang bising... cakap kuat-kuat. buka pintu / laci dgn ganas. terkujat-kujat izzat yg sedang lena di ulit mimpi tu. then, pe lagi, nangis la izzat! aduuuuuuuhai...

ada satu kejadian tu, aku dlm bilik. tiba-tiba mr.husben menjerit dari luar. hmmmm kakak syuhada buat kes! dia angkat izzat mcm angkat anak patung dia!!!!!! oh tidak... aku ckp bebaik dgn dia, nasihat. ikut kan hati mcm nak marah je. but, memandangkan aku ni da jadi pembimbing rakan sebaya kat kastam melaka tu, aku kena le byk sabarrr...

kakak syuhada sayang izzat !

insya'Allah ari ni nak start semula homeschool dgn syuhada. nak start dgn english. 1.9.2012 nanti baru dia gi tadika semula, dia cuti 1 bulan :) and, start mlm ni juga nak start semula hadap buku dgn kakak nurin. terutama buku-buku sekolah. da nak akhir tahun ni...

memang meriah le diari idup aku ni skang... da le tido mlm kelam kalibut!!! hmmmm...

Photobucket

Sunday, August 26, 2012

SALAM AIDILFITRI :)

2 comments:
syawal ke-8...
izzat da pun 30 hari...
alhamdullillah.

raya tahun ni ku sambut amat-amat sederhana. setakat ari ni, tak jalan ke mana pun. raya pertama umah mak di melaka. then ke rumah nenek di pulau sebang, negeri sembilan. raya kedua ke umah mak mertua di seremban hingga raya ketiga. dlm pantang le katakan, tak mau le lasak sgt, kan...

pagi raya...
tiada tema warna baju pun. ibu & ayah pakai baju lama... ha ha...

ibu & ayah bersama izzat :)
siang memang izzat tido je. mlm dia jaga!

ibu & anak-anak dara...
kami bertiga wajib posing bersama tak kira function pe pun :)

terkenang pula kata-kata nurin semalam ~ "tak best la, tak gi jalan-jalan raya....

aku senyum jek pandang nurin dan reply ~ "maaf kan bu ye kak. camne bu nak bawa kakak & syuhada jalan, ibu tak sihat. baby izzat pun small lagi. akak faham, kan... bu promise, bila bu da sihat, kita ajak ayah gi jalan-jalan & shopping ye..." nurin just diam...

memang terpancar kebosanan di muka 2 orang anak dara aku tu. sejak balik dari rumah nenek diorang kat seremban, tak jalan beraya mana-mana pun. terperuk di rumah. main je kat laman. sedih plak tgk mereka... tapi, pe bleh ku buat. da inform mr.husben ~ "ayah, nanti kalau ada member-member u buat open house, wajib gi ye bawak anak-anak. sian diorang..."

tu jer la kisah aidilfitri kami sekeluarga setakat ari ni... aku dlm pantang. mr.husben yg byk bantu urus kan rumah dan masak-memasak. aku dan mr.husben sama-sama penng-pening lalat dek kerana tido tak menentu. izzat bangun mlm! start mlm ni, aku yg on call tgh mlm uruskan izzat. sebab, sok mr.husben da start keje. karang tertido plak kat ofis hi hi hi... 


Photobucket

Sunday, August 05, 2012

DETIK ITU ... SAAT IBU MELAHIRKAN MU ...

10 comments:
28 julai 2012 ~ sabtu ~ 8 ramadhan...

saya tgk jam, tepat kul 2:15 pagi. adusss sakit nyer perut ni, nak buang air besar tapi dari tadi tak lawas. sakit nyer perut. rasa-rasa nyer sekitar kul 1 pagi da start sakit perut. ingat kan mimpi, rupa nyer realiti!!! camne ekk? nak kejut mr.ayah tak? nanti dulu la kot...

cuba utk baring melelapkan mata. tak selesa, perut sakit di bahagian ari-ari tu kerap plak. nape ni?! at last, after cubaan utk tido tak berjaya, saya just duduk bersandar kat kepala katil. kaki melunjur. nak tido! nak tido! ngantuk ni... terlelap jua... tapi sebentar cuma... sakit tu berulang datang... adusss... nak bersalin ke? tapi, tang situ tak sakit. ni sakit perut jer...

kul 3:30 pagi tu tiba-tiba mr.ayah terjaga... terperasan yang saya dok menahan sakit. lantas dia bangun. "nak gi spital tak?" mr.ayah bertanya... "ntah le ayah. sakit mcm nak berak ni... i pun tak tau..." jawab saya dgn suara yang keluar tak keluar je.

"jap ekk, i gi toilet..." dgn kesukaran melangkah, saya pun gi toilet. alamak!!! ada darah!!! dgn segera inform mr.ayah, "jom la gi spital, ada darah la ayah..."

DETIK ITU telah tiba... 

nurin and syuhada terpaksa minta tolong jiran tgk-tgk kan. saya dan mr.ayah zoom ke spital melaka. time tu kul 4 pagi. sib baik barang-barang semua da masuk kta. terus pecut...

setiba nyer di pintu spital - unit kecemasan, dgn segera saya ditolak dgn wheelchair ke labour room. suspen nyer saya time tu. ramai!!! ramai ibu lain yg sedang menahan sakit!!! suspen... register, tunggu doktor panggil utk check up pintu rahim...

tungguuuu...

tunggu... sakit semakin bertambah! tgk jam spital, kul 4:45 pagi. nurses sibuk sahur time tu. menahan sakit, mr.ayah ada kat situ. sian mr.ayah... tak dpt nak sahur! aduhai, sakit tak terkata!!! lama plak doktor ni nak panggil. terpaksa minta tolong one of the nurses cek kan dulu sebab sakit da bertambah-tambah ni!!!

"eh! da 5 cm..."

confirm la saya bakal bersalin jap lagi. terkenang sejarah bersalin kan kakak-kakak, pintu rahim saya ni senang buka. berdoa sgt agar kali ni cepat gak pintu rahim buka :)

tungguuuu...

tunggu lagi doktor panggil. tak juga dipanggil!!! da kul 6 lebih ni, sakit da berterusan!!! sgt sakit!!! duduk pun da tak betul, Allahu Akbar... menggigil badan! nak bernafas pun tersekat-sekat... badan terasa sejuk sgt! time tu beristigfar dan selawat nabi je yg ingat.... perut mengeras tahap maksima!!!

tunggu lagi...

lebih kurang kul 7 pagi, terpaksa tangkap doktor yang lalu depan saya, "doktor, bleh tak cek saya? sakit saya da berterusan ni. saya ni nak bersalin anak ketiga, doktor..." "oh ye ke? sape nama?" alamak aii doktor ni, lagi mau tanya????!

terus la saya dipanggil naik ke katil pemeriksaan. saya langsung tak boleh bangun dari kerusi!!! sakit giler!!! terpaksa nurse tolak saya guna wheelchair lagi sekali. diorang cek bukaan pintu rahim. "5 cm... 6 cm..." doktor kata kat nurse tu. then diorang letak alat nak cek jantung baby. aktif! 

DETIK ITU... perut saya mengeras! Allahu Akbar, sakit nyer di tahap maksima. tak tertahan lagi dek diri saya. keluar air mata saya time tu. "misi, saya rasa nak teran je, bleh tak?" "boleh... nanti dulu ye..." nurse / bidan tu pun terus prepare kan troli saya tu utk proses bersalin. ha ha ha tak perlu la saya tunggu labour room kosong, saya bakal bersalin kat area pemeriksaan depan tu je. labour room kat dalam penuh!!!

"ok aida, tarik nafas... start teran..."

dgn lafaz bismillah time tu, saya kumpul segala tenaga yg ada ~ meneran!

tepat 7:38 pagi, tak sampai 1 minit kot saya meneran, lahirla hero saya ~ MUHAMMAD IZZAT... ibu lain busy menahan sakit, cek perut, cek jantung baby, saya da pun bersalin kat situ... alhamdullillah... 

izzat diletakkan kat dada saya for few minutes sementara nurse / bidan tu kemas-kemas. besar mata izzat pandang saya. DETIK ITU saya rasa amat happy sebab :

  1. kesakitan yg saya tanggung tadi sudah berakhir...
  2. saya telah melahirkan sorang baby boy!!!
  3. baby boy saya sihat perfect... 
alhamdullillah...



izzat dear...

sakit tau beranak kat adik. da le memang ibu pregnant kan adik, ibu tak sihat! byk dugaan ibu lalui time pregnant kat adik. ayah masuk spital beberapa hari... kakak pun terpaksa ulang alik spital sebab gigi kapak kakak patah! aduuuuhai sayang ibu, izzat... moga izzat dpt jadi anak ibu & ayah yg soleh. dpt jaga keluarga kita berduet dgn ayah. hidup ibu da sempurna dgn lahirnya izzat. sgt sempurna, sayang.....


Photobucket

Saturday, August 04, 2012

HERO IBU SELAMAT DILAHIRKAN

8 comments:
syukur ke hadrat Ilahi
memberi rezeki
mendengar segala doa dlm hati...

beberapa jam selepas dilahirkan...

apa yg dihajati, Allah telah makbulkan
2.8 kg hasil timbangan
tepat jam 7.38 pagi pada 28 july 2012 lepas dilahirkan...

MUHAMMAD IZZAT nama diberi
kak nurin & kak syuhada sangat la happy
ibu & ayah apatah lagi :)

pipi tembam di usia 4 hari.
tido & nyusu jer keje nyer, mana tak membina pipi, kan ?

i like to sleep...
siang hari la.
mlm saya bangun!!!
kacau kitaran tido ibu...


Photobucket