Monday, August 27, 2012

MERIAH SUASANA |ke kecoh??!|

yes! akhirnya aku jadi ibu ber anak tiga hua hua hua... da la kot 3 je. bukan nyer tolak rezeki, tapi ~ umur da masuk 35 tahun oktober 2013. secara saintifik nyer da tak digalakkan pregnant & melahirkan. risiko! lagipun, mengenangkan diri ni da tua tak larat nak pregnant & menahan sakit bersalin... terpaksa le tutup 'kedai' (ahaks!)...

36 minggu dan 6 hari pregnant kan izzat, aku memang tak sihat! mabuk! sakit badan! malas tak larat! bad mood! aduuuuuhai... Allah je yg Maha Mengetahui... dgn perangai kakak-kakak berdua tu lagi, bertambah sakit rasa nyer! alhamdullillah... izzat da pun selamat dilahirkan. sihat. tembam... semua kesakitan sudah berakhir. 

rumah aku yg kecik ni memang meriah! kekadang rasa nyer mcm kecoh semcm... especially bila izzat melalak nangis tak sabar dpt susu. kakak-kakak la yg akan kerumun dia, pujuk dia sementara ibu / ayah dtg hi hi hi... kakak-kakak la yg tgk-tgk kan izzat time aku nak mandi, nak makan, nak rehat...

"ibu, izzat muntah!"

"ibu, izzat nangis!"

"ibu, izzat da bangun..."

tq kakak-kakak :) ibu sayang korang!

hmmmm kadang-kadang tu kakak-kakak terlupa yg da ada baby dlm rumah ni. diorang bising... cakap kuat-kuat. buka pintu / laci dgn ganas. terkujat-kujat izzat yg sedang lena di ulit mimpi tu. then, pe lagi, nangis la izzat! aduuuuuuuhai...

ada satu kejadian tu, aku dlm bilik. tiba-tiba mr.husben menjerit dari luar. hmmmm kakak syuhada buat kes! dia angkat izzat mcm angkat anak patung dia!!!!!! oh tidak... aku ckp bebaik dgn dia, nasihat. ikut kan hati mcm nak marah je. but, memandangkan aku ni da jadi pembimbing rakan sebaya kat kastam melaka tu, aku kena le byk sabarrr...

kakak syuhada sayang izzat !

insya'Allah ari ni nak start semula homeschool dgn syuhada. nak start dgn english. 1.9.2012 nanti baru dia gi tadika semula, dia cuti 1 bulan :) and, start mlm ni juga nak start semula hadap buku dgn kakak nurin. terutama buku-buku sekolah. da nak akhir tahun ni...

memang meriah le diari idup aku ni skang... da le tido mlm kelam kalibut!!! hmmmm...

Photobucket

3 comments:

  1. tahniah.... tahniah... meriah raya ni. aku pun dah mls nk menambah lagi. preggie umo 30-an ni mmg semedang tak larat. tapi tk berani nk ckp tutup kedai. kang tersesat la pulak hihihi!!

    ReplyDelete
  2. sy yg baru sorang ni pun rasa meriah dgn sore danisha...kalau 3 org lgla kan hehe

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)