setengah hari berjalan & shopping :-) 
sabtu lepas ~ dari dataran pahlawan ke mahkota parade...

kakak-kakak ready...
diorang da siap, dok kat luar sementara ayah panaskan enjin kereta :-)

ibu layan hobi shopping sakan barang izzat kat parkson. da ada senarai panjang nak beli apa. izzat pun da semangat, baju dari lahir ari tu ada yg da mula sendat! this week final week izzat dok 24 jam depan mata ibu. next monday ibu da keje!!!! hu hu hu sedih!!!!!!!


mesti jengah ikan-ikan kat kolam dataran pahlawan ni dulu...
sihat-sihat ikan nyer!

beli baju utk izzat. nanti nak masuk nursery. lagipun, jumaat ni raya haji, sengaja ibu nak suruh izzat berbaju baru :-) tak lengah-lengah, saya terjah terus kat area PIGEON. murah! sepasang antara RM15 - RM19 je. kain nyer pun selesa utk pakai dok rumah. beli set seluar pendek, set seluar panjang baju lengan pendek dan set baju tidur mlm lengan panjang. amik gaks few sets bran ANAKKU, tu pun amik yg clearance sets. sepasang RM15 hi hi hi... if not, ANAKKU baju je RM15, sepasang RM30 tak lari tuh!

setakat dok umah, ulang-alik nursery, ok la tu. baby pun cepat membesar. sendat, beli baru. sendat, beli baru... ok la tu, kan?

ibu amik sana, ibu amik situ... ibu sorang je shopping. ayah, izzat & kakak-kakak dok one spot ~ main games kat tab & phone ayah... hmmmmm :-( nasib seorang ibu hi hi... RM308 and beberapa sen, amik ko resit, sila bayar! 

pandai ibu bajet hah hah hah... memang nak kan jumlah gitu sebab nak 10 setem parkson ~ nak borong barang TEFAL pulak!!! i like... yahooooo sampai hajat nak beli barang TEFAL ni. yahoooooooooo...




SHOP COLLECT REDEEM @ PARKSON
~ TEFAL ~
shop collet - DONE!
redeem - A.S.A.P !!!!
da pilih da 4 item.
sib baik 4 je, if 8 kan best hah hah hah...


before balik, seperti biasa ~ melawat tapak bersejarah melaka :-)

malacca memorial hall

ramai nyer orang ari ni...

ala-ala model majalah gitu...

penat! nak minum air dulu lah...

rehat jap... penat jalan-jalanlah...

"kami yg comel..."

lepak jap makan jambu batu :-)
nampak tu plastik besar PARKSON?
i like!

ok la... tu je nak citer pasal JJCM kami last weekend :-)

Photobucket