Friday, April 26, 2013

AL-FATIHAH...

TIMBALAN KETUA PENGARAH KASTAM MATI DITEMBAK: 


Putrajaya, 26 April - Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, hari ini.


Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, yang tinggal di Dengkil, Selangor, disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada pukul 9.20 pagi.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi.

"Tembakan itu mengenai bahagian leher ke atas dan Shaharuddin dikejarkan ke Hospital Putrajaya oleh pemandunya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kejadian.

Ku berkata siasatan polis mendapati Shaharuddin ditembak menggunakan pistol automatik.

Polis akan meneliti kesemua bahan bukti termasuk kamera litar tertutup di kawasan itu, katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran. - BERNAMA




bahaya ada di mana-mana. ajal maut itu di tangan Allah. dalam kita menunaikan tanggungjawab seharian sebagai penjawat awam dlm jabatan penguatkuasaan ni, sesungguhnya memang terdedah kepada bahaya sebegini rupa. namun, segalanya pasti di tangan Allah...

diharapkan agar PDRM dpt la buat siasatan segera dan lengkap tentang kes Allahyarham Datuk S ni. Datuk S ni memang seorang yg tegas. jgn nak main-main cakap dgn dia. dia tahu apa yang kita patut tahu. garang!!! garang berprinsip demi pungut hasil negara.

Allahyarham adalah org no 1 dlm department import/eksport & cukai dalam negeri, kastam malaysia ni.  2 department la tulang belakang kastam. pungut hasil terbesarrr!!! pernah 3-4 kali datang melaka untuk beberapa majlis penting.
time keje - tegas. tapi hati baik, bak kata bos saya...
al-fatihah sekali lagi buat beliau...


Photobucket

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)