Seminar Goods & Services Tax (GST) Bersama
Pemegang Lesen GPB & Seksyen 14(2)

10.12.2013
Wisma Kastam, Melaka


dewan penuh dengan tetamu yang dijemput hadir ke seminar setengah hari ni...

bunting rasmi utk gst... cute!
dalam dewan...

bunting cute di luar dewan... menyambut tetamu :-)



  • GST bakal menggantikan Cukai Jualan & Cukai Perkhidmatan (CJP). Ia adalah cukai kepenggunaan ke atas barang dan perkhidmatan di semua peringkat perniagaan.
  • Hanya dibayar bila pengguna berbelanja. Maksudnya, bila kita membeli barang atau menggunakan perkhidmatan baru la kita kena bayar GST. Tak beli or tak guna servis tu, tak perlu bayar la :-)
  • Di Asean, Malaysia, Myanmar dan Brunei aje yg belum melaksanakan GST.

KENAPA YE MALAYSIA AKAN LAKSANAKAN GST NI ?

  1. dalam GST nanti, peniaga dapat manfaat kerana boleh mendapatkan semula cukai input ke atas bahan mentah / barang dan perkhidmatan di setiap peringkat perniagaan nyer. So, kos perniagaan nyer akan jadi lebih rendah Contoh cukai input ni ialah bil elektrik, bil air...
  2. sistem GST ni lebih baik kerana ia ada mekanisme yang menjadikan pentadbiran cukai tu lebih berkawalan kendiri, sekaligus meningkatkan pematuhan orang utk bayar GST. sistem cukai sekarang byk kelemahan!
  3. mengurangkan kerenah birokrasi. urusan akan jadi lebih mudah.
  4. beri kesaksamaan di mana kadar GST ni dikenakan secara sama rata antara semua lapisan perniagaan ~ sektor pengilangan, pemborong, peruncit atau di sektor perkhidmatan.
  5. menjadikan harga lebih berpatutan kepada pengguna, kita semua la. sebab ~ GST takkan ada cukai bertindih macam sekarang. so, harga akan lebih berpatutan la.
  6. GST lebih telus sebab pengguna akan tahu samada barang yg dibeli tu atau perkhidmatan yang digunakan tu tertakluk kepada GST atau tak dan brape cukai yang perlu dibayar...

KADAR GST : 6%

THRESHOLD GST : RM500,000-00
  • namun, bisnes yang tak capai threshold tu, boleh juga mendaftar secara sukarela. sebab bila mendaftar, boleh claim cukai input :-)
APA YANG TIDAK DIKENAKAN GST ?
  1. makanan asas = beras, tepung, gula, minyak masak
  2. pembelian & penyewaan rumah kediaman
  3. jual beli tanah pertanian
  4. pendidikan
  5. pengangkutan awam
  6. perkhidmatan kesihatan



tu aje... nanti saya ada info saya share lagi ye...

Photobucket