sape lagi ?
kisah izzat lagi la...
boy comel gebus hensem ni...


kisah 1 :
setiap ptg, saya akan amik ijat dari taska.
sampai aje umah, ijat mesti nak main di laman.
naik basikal dia...
lari-lari...
main-main pasir / baling-baling batu.
memang ijat tak nak masuk rumah...
kebetulan memang ramai anak-anak jiran pun depan umah...

kisah 2 :
ijat da bercakap byk.
masih lom tentu butir perkataan nya.
but da boleh faham la :)
da nak masuk 2 thn 7 bulan akhir bulan ni.
saya memang byk bercakap dgn dia.
kebetulan di taska pun, byk aktiviti.
alhamdulillah, ijat ok ~ kuat bercakap!

kisah 3 :
sedang menceduk kuah masak lemak siput sedut...

tuang ke nasi...
and makan...

ni kisah beberapa ari lepas.
makan di labu, seremban.
kalau di seremban ~ masak lemak la kan :)

ijat da suka makan sendiri.
kat umah pun tak nak ibu ni suap!
hmmmm berkecah ruang makan.

ijat tahan pedas!
masak lemak cili padi... sambal...
kalau kita makan, mesti dia nak sikit.
tak dibagi, merajuk... menangis... drama swasta!

apa yg kita makan = itulah yg ijat nak makan.

Photobucket