Monday, November 30, 2015

HADRAMAWT PALACE RESTAURANT ~ DINNER ALA ARAB :)

14 comments:
hai hai hai...
salam pagi isnin !  :)
ari ni kena dimulakan dgn ceria gembira & bertenaga... in shaa Allah.
moga apa yg kita usaha kan mendpt keberkatanNya.

aida & famili skang ni bersatu semula... and kami sedang holiday !!!
setelah 3 minggu ayah di sini, ibu di sinun, anak2 bertiga di sana...
skang, anak2 da bersama ibu ayah :) in shaa Allah bersama bergembira....

holiday di mana ? biar la rahsia dulu... mau enjoy dulu. later br inform la ekk :)
skang nak citer dulu perihal dating ibu ayah jumaat lepas... yes la, anak2 balik kg.
wajib la menggunakan masa berdua-duaan sebaik2nya :) kuang kuang kuang...

dinner di sini.
lokasi ~ simpang tiga di bukit baru, melaka.
antara nak ke paya ikan or nak ke bkt beruang.


yes... kami santap di sebuah istana ~ hadramawt palace @ bukit baru, melaka.
da lama plan nak gi sini, but lom berkesempatan. faktor2 masa yg tak sesuai.
and akhirnya... rezeki kami ler menikmati the arabian recipes.
ni kali kedua kot kami makan-makan @ hadramawt.
first time, makan-makan di hadramawt kajang :)

di atas meja disediakan kurma :)
dlm pot aladdin tu ....

dok tepi cermin...
nampak la view luar...

banan shake for ibu ~ RM8.00
barbican for ayah ~ RM5.00

lamb mandy (medium) for us ~ RM39.00


mulawwah (small) ~ RM3.00
ni mcm roti canai. crispy.
kami order yg kecik, tapi puas juga nak abis kan berdua.

oqda lamb ~ RM 12.00
okeh, kalau ikut menu, ni daging kambing yg didadukan.
together with minced onion, carrot & hirisan cili hijau.
sgt la sedap alhamdulillah.
makan dgn mulawwah... terbaik!

total dinner RM73.70 :)
alhamdulillah... berbaloi dgn kekenyangan :)
aduhai. kenyang la sgt...
recommended la kalau frens dtg melaka, meh la dtg.

Photobucket

Sunday, November 29, 2015

BERSENAM ~ MAHU KURUSKAN BADAN :-)

8 comments:
satu hari di jusco seremban2.
my superman bersenam.
layan kan aje...

ha haha mr.asben yg snap gambo ni.
ada video tau. hadoi la muhammad izzat.
gelak geli si ibu ni tgk video ijat naik benda'alah tu tau!
gegar gegar vaganza !!!

ni saya plak amik gambo dia.
tu pun puas suruh dia posing, sebab dia busy nak bersenam.

hu hu hu memang kalau gi mall dgn anak-anak ni, kalau ada tempat gini, wajib stop.
mesti diorang nak try semua alat senaman tu.
kekadang segan jugak kat adik-adik promoter tu kan.
try, tapi x beli ha ha ha ha :)

sebab tu tak pernah sekejap gi window shopping.
akan jadi sliding door shopping !
anak oh anak :)

best kan sebeno nyer anak ramai ni :) ha ha ha.
byk kerenah. mood ibu up  & down. meriah aje suasana.
bila anak-anak tido, sepi... senyap... esok kembali meriah. nakalnya... degilnya...       

ok bye!

Photobucket

Saturday, November 28, 2015

BILA EMAK KITA DA TEGUR, SESUATU MESTI DILAKUKAN !

7 comments:
assalamualaikum uolls...
yahooooo... alhamdulillah syukur atas nikmat Allah.
ari ni nak gi jumpa anak-anak bertiga kat kl.
rinduuuuuuu nyerrrr !!! 5 hari x jumpa... borak kat phone aje.

and mlm td image ni lalu lalang kat fb aida :) suka nak share.


mengaku la kan, aida la tu!!!
dok mengeluh 24 jam, "bila la aku nak kurus?"
tapi !!!!
24 jam makan aje keje nya.
asyik la nak buka peti ais.
makan... makan... makan...
emak pun da tegur last weekend, "badan awak da naik skit ni mak nampak..."
tidaaaaakkk...
bila emak da TEGUR gitu, ko rasa???!

ok la... ok la, emak ku tersayang...
balik holiday ni diet la... hu hu hu hu!

disember = diet !!!

Photobucket

Friday, November 27, 2015

WAJIB DIJADIKAN AMALAN ~ MENJAUHKAN SYAITAN !

13 comments:

frens semua da set da time baca surah al-Kahfi ari ni ?

saya memang amalkan membaca surah an-Nas sebelum solat.
sebab saya ni selalu leka... was-was apatah lagi, kan.
in shaa Allah :)

saya nak share info yg terbaik ari ni.
saya dpt info ni dari grup wassap GMBM :)

۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana,

Dikatakan juga:-
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke.... Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.

saya tempek sini utk share dgn semua.
and peringatan diri sendiri yg kurang ilmu ni, agar tak terlupa :)
in shaa Allah...

Photobucket

Thursday, November 26, 2015

LAYAN PS3

14 comments:
ni kisah throwback... ahad lepas punyer citer :)

amboi ijat, bukan main concentrate main bola ?!
ye ke tu ? 

amboi ! da baring dah...

gitu plak...

sebeno nyer bukan ijat main pun ps3 pak uda tu.
time saya snap gambo ni, mr.asben turun bawah jap tinggalkan la games ni on.
ijat pun layan la jap... pegang-pegang remote games tu hah.

tapi tu la yg best nyer, muka dia beria-ia la pandang tv.
dok tgk kot kartun kecik-kecik tu main bola sepak :)
ni la first time izzat tgk games ps3 ni. sebelum ni asyik main games kat phone, tab.

alahai sayang busuk ibu sorang ni !!!

my mr.asben dulu memang peminat games playstation ni.
ps1... ps2... layan anak-anak buah dia main.
now anak-anak buah semua da besar-besar dah, da masuk kolej.
yg ada kecik-kecik pun skang semua layan phone / tab aje.
takde dah kemeriahan bilik belakang umah mar mertua tu dgn games playstation ni.
kalau tak dulu, biras saya siap bwk kat tv tau dari kl ke seremban.

and now, mr.asben da bwk balik ps3 tu ke bkt katil ha ha ha...
boleh la layan main dgn anak-anak. bonding time with daddy gitu.
sementara pak uda balik UiTM dia la kan.

hmmm... layan kan aje. release stress kekadang main games ni :)

Photobucket

ZOO NEGARA ~ MARI BELAJAR ILMU HAIWAN :)

17 comments:
konon nyer last saturday nak ajak my beloved mr.asben jalan-jalan ukur ikea cheras.
tak jadi... pagi sabtu tu golek-golek dgn ijat.
releks releks... bila jam da tunjuk kul 10 pagi tu, terasa malas nak ke sana.
confirm la penuh sepenuh-penuhnya nak ke ikea cheras tu kan?
memang tak berbaloi kot kan...

ready... ready... sambil ready kan diri sendiri dan anak-anak, otak ligat berfikir nak gi mana ekk?
tayar kereta da bergolek dah ~ baru la dpt capai keputusan :)
alololo payah beno nak la ibu & ayah korang ni nak capai kata putus, wahai anak-anak...
zoo negara ~ tungguuuu...



kami sudah sampai di zoo negara hokey :)
ini la bukti nya...


kami tak amik pun tiket tgk giant panda.
sebab ?
biarlah rahsia hi hi hi hi...


before explore zoo negara dgn anak-anak yg riang gembira, kita makan ringan-ringan dulu...

lupa nak citer, waktu kami hampir sampai tadi, dlm perjalanan hujan rintik-rintik da turun.
hu hu hu awan penuh tutup langit... awan sungguh berat nampaknya.
da give up dah, nak u-turn dah... but kenang kan anak-anak yg nak sgt gi zoo negara, proceed.
and time kami tgh makan-makan ni, awan gelap jugak sana sini, meskipun matahari terik!
maklum la, skang ni hujang mana ada warning, terus turun!!! hu hu hu...

maka, mr.asben ajak kami naik tram aje. percepatkan perjalanan dlm zoo negara tu.
ok... anak-anak pun excited nak naik tram :)
hmmm anak-anak saya, apapun excited terlebih ha ha ha...



hmmm masuk tadi nak byr...
nak naik tram pun kena byr lagi hu hu hu :(



naik tram... kami stop kat check point T4.
check point T4 ni kat centre zoo negara tu.
jalan-jalan... explore zoo negara dari check point tu.
then, boleh tunggu balik tram di check point T4 tu :)

ha ha ha tak la jauh sgt pun nak jalan sebeno nyer.
tapi tu la, saje saje nak enjoy enjoy gatal gatal naik tram hua hua hua :)
izzat pun teramat la happy... bising betul atas tram tu.

izzat excited tgk hanimau (harimau)...

paksa anak-anak bergambo kat kerusi hanimau :)






izzat tgk bird kat tasik tunku abdul rahman, zoo negara :)

sedang jalan-jalan kat hutan belantara, baru terperasan ni!
cantik kan?
kreatif sungguh management zoo negara :)




ok... jgn risau ye uolls.
after da kepenatan berjalan tgk rimau, singa, zirafah dan byk lagi...
on the way uolls nak gi ziarah giant panda, ada cafetaria.
boleh la minum & makan jap... anak-anak sure haus tak terkira!
tgk tu, izzat happy-go-lucky berlari-larian :)

kami kat luar aje ~ giant panda conservtion centre :)

saya suka sgt tag ni :) comel!

nice design kat tempat org utan ni.
bench utk berehat pun unik... sempat la anak dara saya yg cantik melepaskan penat nya :)


izzat tgk lajah (gajah) !!!

baik la anak-anak...
baru kita balik ke depan ekk.
izzat tu pun sudah keletihan :) ha ha ha xde mood nak senyum.
kita naik tram yeeeehah...

the end.... anak-anak happy... ibu ayah pun happy.
janji ke zoo negara telah ibu ayah penuhi :)

psssssst psssssst uolls. nak share skit je lagi ~ saya agak terkejut dgn keperluan kos yg tinggi nak masuk bwk anak-anak lepak di zoo negara ni :( sesuatu di luar jangkaan saya hu hu hu...


Photobucket