Friday, November 06, 2015

DATANG HAID SESUATU YG MENYAKITKAN !

da baca kan citer saya SINI dan SINI ?
baru la ada continuity nyer di sini :)

bila anak dara kita dtg haid pertama kali, pertama kali tu la dia akan rasa tak sedap perut.
sakit ke ? dia jawab, tak... dia just reply, tak selesa.
yes. normal la tu kan.
kita pun bila dtg haid, rasa serba serbi tak kena dgn perut, pinggang, fikiran, emosi.
permainan hormon la tu :)

bila berckp pasal sakit perut, hasil pembacaan saya...
sebenarnya otot dlm rahim kita mengecut utk menolak darah keluar.
biasa la tu, few days before haid and hari pertama hingga hari ketiga memang akan rasa tak sedap perut.
so, kena explain bebetul kat anak dara kita yg pertama kali tu.
kalau rasanya kesakitan mereka tu teruk sgt, better bwk gi klinik la. sian dia...

then dia akan rasa letih... lesu... takde mood...
huh ! sesuatu yg baru utk dia... and sesuatu yg baru utk kita sbg ibu.
baby kita da pun dewasa... sayu hati ni :(

apa kita boleh bantu dia ?
  • advice dia utk bersenam ~ berjalan, regangan. ini kalau secara saintifik nyer boleh menggalakkan pembebasan endorfin di dalam badan. ubat tahan sakit secara semulajadi.
  • mandi dgn air suam. boleh legakan otot dan kurang sakit. kalau boleh, kita belikan dia beg yg boleh isi air panas tu, letakkan kat perut.
  • suruh anak dara kita baring mengiring. lutut naik ke dada. lega la skit...
  • minum air... makan buah... kena jaga pemakanan la kan and relax...
  • elakkan anak dara dari pakai seluar yg ketat! prepare pakaian yg nipis dan longgar agar anak dara sentiasa segar.
masa yg paling sesuai utk kita jadik bff dia.
rapat dgn dia...
borak dgn dia...
biar dia rasa yg kita faham apa yg dia lalui.
buat dia yakin bhw dia sedang melalui sesuatu yg normal bagi seorang wanita dewasa.

dia pun da boleh borak dgn kawan.
terutama kawan yg baru dtg haid. da boleh jadi penasihat la plak :)

betul la kan? tiada pernah berakhir proses menuntut ilmu.
bila da beranak-pinak, masih lagi ada perkara yg kita kena carik ilmu nya.
membaca... bertanya pakar... berkongsi dgn kawan...
lepas satu tahap... ada tahap yg lain :)

Allah itu Maha Berkuasa...
semua terjadi atas ketentuanNya juga...

Photobucket

6 comments:

  1. info yang bagus...

    betul tu, akak dah berusia ni pun masih sakit kalau period

    ReplyDelete
  2. ingt masa memula sakit nk period dlu.
    baring je ats katil sambil guling gulinh tahan sakit

    betul tu, kena beringat ni. anak first anak dara.
    nice sharing

    ReplyDelete
  3. Aida dah ada anak dara sekarang.. turn Zaza will come soon..
    betul fakta yang Aida tulis tu.. kita boleh jadi bff dengan anak dara kita.. supaya dia tak rasa terasing atau rasa malu nak berterus terang dengan kita.. I will do that soon juga.. thx for the info Aida :)

    ReplyDelete
  4. Wah.. dah besar la anak dara aida ya.. dah melalui alam nak menjadi wanita ni.. tanggungjawab ibu banyak ya.. moga ilmu yg disampaikan akan diserap baik oleh anak..

    ReplyDelete
  5. kadang semua ni ikut hormon
    cam saya memula dulu kena tak rasa
    lepas tu baru rasa...hehe
    anyway nice sharing aida

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)