assalamualaikum & salam sejahtera...

9 Ramadhan 1441. PKP di Malaysia hari ke 46. harap betul la kiraan saya ni 😅.
mcm2 hal sejak 2-3 hari ni kan. aneka isu. aneka berita hangat.
ntah la. malas nak fikir. malas dah nak amik pusing. follow je la apa yg bakal kerajaan laksanakan.
kebetulan, office saya dah confirm bhw kami masih lagi work from home sehingga 12 mei 2020 nanti.
follow tempoh PKP fasa 4.

saya pernah memasang impian untuk solat terawikh penuh thn ni. nak bwk anak-anak bertiga ke surau / masjid. merasa sama-sama kemeriahan moreh di surau / masjid. best kan suasana tu.
sejak melahirkan kak Nurin pada tahun 2005 hingga la thn lepas 2019, saya tak pernah dpt solat terawikh penuh setiap hari.
anak-anak kecik. mr.asben sorang je spent time ke surau / masjid utk tunaikan solat terawikh setiap tahun.

apakan daya, thn ni, Ramadhan pun tak dpt nak solat terawikh di surau / masjid. PKP dek kerana pandemik covid-19.
sedih sayu tak dpt nak ke surau sebenarnya...
maka, ikut saranan kerajaan, kami laksanakan solat sunat terawikh di rumah saje.

solat terawikh ni ialah solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu isyak dan sunat ba'diah 2 rakaat. 
waktu tunaikan solat terawikh ni waktunya berpanjangan sehingga ke akhir malam.
jika ada anak kecil (bayi / kanak-kanak), ayah boleh tunaikan solat sunat terawikh dulu, kemudian diikuti oleh ibu la pula kan.

cara solat terawikh :-
       Niatnya  :
       أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
       “Sahaja aku solat sunat terawikh dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

bilangan rakaat buatlah yang termampu.  paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawikh bersama dgn 3 solat sunat witir. ia ditunaikan 2 rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram dan satu salam.  
witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.
pada zaman Rasullullah s.a.w, solat sunat terawikh dikerjakan sebanyak 8 rakaat saje supaya tidak menimbulkan keberatan.

apa yang wajib adalah surah al-Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat. 
segala bacaan di luar solat, seperti selawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat terawikh, tetapi hanya selingan antara solat. 
tiada larangan untuk berselawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. 
dan ia tidak menjejaskan solat terawikh jika ditinggalkan.
saya kongsikan bacaan-bacaan di luar solat, selingan antara solat, Panduan Solat Sunat Terawikh yg dikongsikan oleh JAKIM. mudah utk diikuti.

Cara Solat Sunat Terawikh Di Rumah | Panduan dari JAKIM

Cara Solat Sunat Terawikh Di Rumah | Panduan dari JAKIM

Cara Solat Sunat Terawikh Di Rumah | Panduan dari JAKIM

Cara Solat Sunat Terawikh Di Rumah | Panduan dari JAKIM

Cara Solat Sunat Terawikh Di Rumah | Panduan dari JAKIM

Cara Solat Sunat Terawikh Di Rumah | Panduan dari JAKIM

Cara Solat Sunat Terawikh Di Rumah | Panduan dari JAKIM

Cara Solat Sunat Terawikh Di Rumah | Panduan dari JAKIM

Cara Solat Sunat Terawikh Di Rumah | Panduan dari JAKIM

solat sunat witir pula adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
hukum solat witir adalah sunat muakkad
jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja. 
sebaik sahaja tamat tunaikan solat sunat terawikh, kita terus proceed dgn solat sunat witir pula.

Cara Solat Sunat Terawikh Di Rumah | Panduan dari JAKIM

Cara Solat Sunat Terawikh Di Rumah | Panduan dari JAKIM

jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.

niat solat sunat witir dua rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

niat solat sunat witir satu rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

doa solat witir :
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

in shaa Allah...
sesungguhnya sgt teringin nak ke surau / masjid, bawa anak2 merasai keindahan berjemaah.
moga tahun depan, dipanjangkan umur dan dpt merasai keseronokan berjemaah di surau / masjid.

sejarahnya, sebenarnya, saya pernah ke surau. masa tu nurin 6 thn & syuhada 4 thn.
belum sampai ke solat terawikh lagi tau uolls, time tu sedang solat isyak.
dua anak bertuah tu dah bikin havoc. masuk dlm telekung. tarik telekung.
berborak 2 beradik, berborak mcm kat umah 😄. abis solat isyak, terus bwk diorang balik umah.
aduhai...
tak nak hingga ia ganggu solat jemaah yg lain, kan... hi hi hi...

ok tu aje sharing.
moga dpt la saya solat sunat terawikh penuh tahun ni, excited!!! moga diizinkan Allah...
moga perkongsian saya ni bermanfaat.