Friday, June 09, 2017

Tahun Ni Biskut Raya Homemade In Da House :)

assalamualaikum...

salam dihulur di ptg jumaat nan indah.
lama x update blog. kesibukan melanda di bulan ramadhan.
priority lain menguasai masa yg ada... tambahan plak, izzat x sihat for a few days 😔.
itu lagi menuntut waktu.
bila izzat x sihat, memang mata dan deria lain tertumpu kat dia la.
alhamdulillah. ptg ni izzat beransur pulih ceria dan gembira.

weekend yg lepas, as planned, saya naik ke umah kakak di kl utk projek biskut raya kami.
dan utk berbuka dgn mak abah 💜💜💜...
byk dugaan nak realisasikan projek biskut raya ni, hampir x jadi saya nak join tau.
frust la jugak. ada la skit masalah teknikal hi hi hi...
tapi akhirnya, join and it was something yg sgt indah uolls.
biasa ler. kami 4 beradik pompuan kalau bertemu, memang happening la.
mak pun sporting. berborak. bergelak ketawa. plan masak-memasak.
and kali ni bersama buat biskut raya... memcm gelagat 😃.

sabtu tu, saya lewat tiba kl. maka, kakak sulung bersama adik-adik saya dan mak yg proceed dulu.
ari tu diorang started with tart gulung & almond london.

Tahun Ni Biskut Raya Homemade In Da House ~ tart gulung nenas
gebu kan? amaun nenas nyer pun memang ohsem!

dlm hati saya frust nyer sebab x dpt join tau 😞😞😞.
biskut almond london tu tak dpt di settle kan hari sabtu. disambung hari ahad.
yeszaaa... ahad tu saya dpt join diorang berempat buat biskut raya.
as early as 7 pagi kami da gerak ke umah kakak sulung.
anak-anak ditinggalkan di umah kakak kedua. mak ngah diorang yg jaga hi hi hi...

kakak sulung saya memang tiap tahun buat biskut sendiri.
thn ni kami pakat buat sama-sama utk semua, kos kautim la bahagi-bahagi.
memandangkan kos nak membeli kuih raya 2017 nampak nyer sgt mahal.
kos-kos lain jugak yg turut naik mendadak! tu yg membara kami nak jayakan projek biskut raya ni.

👍👍👍 maka hari ahad tu, kami sukses buat biskut-biskut yg lain...
sambung buat almond london, biskut coklat chip, biskut cornflakes rangup dan samperit.

Tahun Ni Biskut Raya Homemade In Da House ~ almond london

Tahun Ni Biskut Raya Homemade In Da House ~ coklat chip

Tahun Ni Biskut Raya Homemade In Da House ~ cornflakes rangup

coklat chip dan cornflakes rangup ni paling senang. ia kan drop cookies.
so mudah la. bentuk nyer ikot suka si tukang gentel.
saya... adik pompuan... dan mak tersayang.

Tahun Ni Biskut Raya Homemade In Da House ~ samperit
samperit ni 100% dipaip keluar oleh adik bongsu saya, adik lelaki.
kami guna kan tenaga lelaki dia utk buat ni hi hi hi.
saya assisted dia dgn tabur kan manik kalerful tu aje.
kami kakak-kakak tak larat bebeno nak buat nyer.
memang berguna la bwk dia yg sedang cuti semester.

tu diaaaa... settle 5 kuih uolls... we were happy. 
😖😖 and sgt la penat! adoi... tak pernah-pernah buat biskut raya la kata kan...
tak terkata kepenatan nya... tapi berbaloi!!!

Tahun Ni Biskut Raya Homemade In Da House :)

Tahun Ni Biskut Raya Homemade In Da House :)

Tahun Ni Biskut Raya Homemade In Da House :)

lega.....
and memang la entri ni takde resepi biskut raya pun uolls.
yg adun nyer kakak sulung. adik-adik ni tukang proceed once adunan da siap.
and no worries lah uolls. byk resepi di fb boleh cari. lebih kurang jer.
and ada lagi yg kakak sulung saya proceed buat sendirian berhad.
nanti just bahagi-bahagikan biskut tu di antara kami in shaa Allah.
mlm ni or esok, saya akan buat biskut paling senang dlm dunia... cornflakes madu 😄😄😄.

so... uolls da buat tak biskut raya?
atau beli ajer? hi hi hi... takpe la. beli ker buat ker, janji ada biskut raya nanti kan...
kekadang nak membuat nyer takde time takde skills... better beli jer.

ok la. mau gi masak dah ni. ari ni kami berbuka, in shaa Allah, ayam percik.
yummy yummy 😋.

bye!

11 comments:

  1. Beberapa m8nggu lagi nak raya ..kuih raya dah get ready untuk ngappp !

    ReplyDelete
  2. seronoknya adik beradik tlg buat sama2... allhamdulillah sis, yg buat sdiri lg best dan puas hatikan...

    ReplyDelete
  3. Wow Rajinnya buat.. Mummy lom buat lagi. rasa macam raya tu lambat lagi..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lambat ker?
      jgn mummy. nanti terlepas time, tak berkuih nanti ha ha ha :)

      Delete
  4. Semua kuih-kuih tu Mrs. A suka tau.
    Iyalah kuih sekarang ini mahal 50 pieces dah tigapuh hengget.
    Buat sendiri puashati dapat banyakkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la mrsA.
      thn ni bertambah mahal!
      ada yg dulu rege RM12, thn ni dah RM17 tau.
      aduhai...

      Delete
  5. Adoiiii..... ngerilah mcm ni tengok korang dah siap buat biskut ....
    Saya belum beli bahan lagi ni Aida.

    Bagus jugak buat reramai mcm ni kan...tak rasa penat. Boleh sembang sembang pun ye



    ReplyDelete
    Replies
    1. da siap lom kuih nyer Nom.
      takpe. ada 1 weekend lagi before ramadhan.
      masih boleh pulun buat biskut raya...

      Delete
  6. Tak buat pun.. tahun nie cam sedih lagi..
    Tapi ada la Sha beli.. tiap-tiap tahun mesti ada.. batang buruk Johor.. tu je.. hehehe

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)