Wednesday, January 17, 2018

Cuti Semester Telah Bermula...

assalamualaikum...

alhamdulillah. 1st semester da abis. merasalah akhirnya complete 1 semester as a postgraduate student.
ku sangka mudah, tapi tidaaaaakk ha ha ha 😂... tapi, in shaa Allah the following 2 semesters ni lebih mudah kot.
sebab da ada pengalaman hi hi hi hi...

Cuti Semester Telah Bermula...


nampak tak tu? gambo tu saya pernah upload ke fb. perah otak tgh mlm buat assignment sambil ditemani oleh hero-hero hindustan tau.
memecah kesunyian mlm...
and nak bagi mata ni berjaga ke satu tahap yg diharapkan...
saya ni dari zaman dedolu, da biasa study or buat keje tgh mlm.
kalau dedolu, sambil dgr walkman la kat telinga...

nasib baiklah mr.asben da provide kan desktop yg sgt la berjasa ni.
lama dah beli. tapi boleh dikira dgn jari brape kali menggunakannya. lebih gunakan laptop.
rupanya, ada hikmahnya. selama 2-3 bulan yg lepas, desktop lah yg byk beroperasi.
printer lama pon digunakan semula. memula tu azab juga la nak perbaiki. lama tak guna!
bab printing tu tersedak-sedak la. hajat di hati nak aje beli baru.
tapi, alhamdulillah... selamat bajet bila printer tu dpt kembali berjasa 😊.

one thing la saya nak highligt pengalaman sejemput ni...
mudah sgt nak study zaman sekarang. maklumat di hujung jari!
memang masih kena pinjam buku dari library. itu memang maklumat primary lah korang.
but, dlm masa kita mengkaji semua details dlm buku tu, jari-jemari kita boleh buat kajian di alam google.
mix & match = menjadik la semuanya.  bercantumlah segala kemusykilan dan penyelesaian dpt ditemui dlm beberapa minit aje.
translations...
definitions...
methodology...
impact...
Allahu Rabbi... mudahnya la dgn ada teknologi sebegini sekarang ni.
compare la dgn zaman saya amik degree dedolu 1996 - 2002, tak de la mudah gini.
ini la nikmatnya berilmu. kita dpt memudahkan org lain semudah-mudahnya.
tanpa mereka yg mencipta teknologi sebegini, takkan dunia kita menjadi sehebat sekarang.
alhamdulillah.

sebulan cuti semester. sebulan jadik suri rumah tangga.
tapi tu la, permulaan cuti semester ni dimulakan dgn demam!!!
baru ari ni dpt tenaga dan badan ada la skit sihat. mood sihat baru menjengah.
dpt la berkemas skit-skit... alhamdulillah. nikmat kesihatan tu diberikan lagi. tq Allah.

... bye.

6 comments:

  1. selamat bercuti...alaaa....bilalah saya nak cuti sem ni..

    ReplyDelete
  2. Selamat bercuti.. Semoga Aida kembali sihat.. seronok baca pengalaman kawan-kawan sambung belajar..

    ReplyDelete
  3. study sambil ditemani lagu2 hindustan itu memang bestlah

    ReplyDelete
  4. Selamat bercuti dan moga dipermudahkan urusan pengajian...

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)