assalamualaikum 😄
moga hari ni merupakan hari yang terbaik dalam diari hidup kita. in shaa Allah.
and hari ni merupakan hari ketiga matahari kembali gah di bumi Melaka.
sidai baju kering sempurna 👍👍👍. ibu Ijat is happy.

ptg nanti amik kak Nurin. Allahu Rabbi... semoga tabah ye ibu menjalani kehidupan sebegini utk tempoh masa ... ??? question mark jer la 😉.
pagi ni nak share citer makan-makan di Melaka.
kami anak-beranak baru try last week, Jumaat.

lama dah tahu pasal kedai makan ni, just sehari ke sehari tak dapat nak singgah.
bukti katil memang banyak kedai makan. kalau-kalau korang datang bukit katil, siang malam jangan la risau, sangat la senang cari kedai makan.
antara sedap dengan tak sedap saje la ye...
maka, nak dijadikan cerita, Jumaat lepas ajak mr.asben try sini.

lokasinya korang, kalau diikutkan alamat is at jalan bukit katil, kg. duyung.
very the general, kan... jalan bukit katil tu punya la panjang 😃.
to be spesific, sekiranya perjalanan korang dari arah bukit katil, Dapur Rita ni akan berada di sebelah kiri korang.
Dapur Rita ni depan skit aje dari Warung Pak Enal dan bebetul berhadapan dengan kedai Agro Bazaar, yg jual-jual kerepek tu la.
korang peratikan bebetul sebelah kiri. terpampanglah banner kedai Dapur Rita.
maaf la, saya tak teringat nak snap gambo kedai sebab masa tu berkejar nak balik rumah solat maghrib.

Selera Singapura di Melaka ::::: Dapur Rita - Tulang Merah Power Original
ni la hah menu utama kami - tulang merah power original.
didatangkan sekali dgn roti bakar 👇👇👇.

Selera Singapura di Melaka ::::: Dapur Rita - Tulang Merah Power Original

Selera Singapura di Melaka ::::: Dapur Rita - Tulang Merah Power Original
mr.asben order kacang pool. yg jugak didatangkan dgn roti bakar 👆👆👆.

Selera Singapura di Melaka ::::: Dapur Rita - Tulang Merah Power Original
ni mee goreng merah. saya punya 😋. adik kedai tu yg syorkan lepas saya tanya, "apa ye dik yg famous kat sini yg patut akak order?" 😃

kak Nurin order menu feveret, char kuey teow.
Syuhada maintain dengan nasi goreng cili padi.
Izzat maintain dengan nasi goreng biasa.
anak-anak ni bukannya dia amik tahu kedai makanan singapura ke, makanan thailand ke, makanan london ke...
maintain dengan makanan feveret. tak reti-reti try menu baru 😆.
and. wajiblah saya share dgn korang, 3 menu anak-anak ni sgt la sedap.
silap haribulan, boleh bertambah order. sememangnya Dapur Rita tak amik leceh menu lain selain daripada menu utama mereka. semua sedap.

Dapur Rita = kedai makan wajib cuba ye. buka kul 5 ptg - 12 tgh mlm. Selasa tutup.
sesekali kita 'jalan-jalan' ke Singapura jap lepas balik keje, apa la salahnya kan.
kedai makannya kecik, tapi cukup la tempat... small but nice, in shaa Allah.

harga? zaman sekarang ni korang, apa la yang murah kan. nak makan sedap, kena la invest skit.
and hasil kekenyangan kami tu, total dibayar berserta dgn 5 cawan air ialah RM56.
pada saya, mcm ok aje harga tu. sedap. kenyang. cepat. dekat dengan rumah 😎.

Selera Singapura di Melaka ::::: Dapur Rita - Tulang Merah Power Original
boleh klik image ni utk ke fb Dapur Rita.

ok sekian aje la ekk review saya pepagi ni. ada urusan penting di dapur hi hi hi...
sehingga ketemu lagi di entry yg lain. bye.