assalamualaikum 😀

apa khabar ari ni? saya berdoa agar semua sihat dan kekal ceria.
walau apa pun masalah yg dtg, kita kena bersabar dan bertenang dlm cari penyelesaian ye.

cuti sekolah !!!
kak Nurin ada. maka, seminggu la saya bergelumang dgn anak-anak bertiga. alhamdulillah.
Izzat bila saya ada rumah, cuti sekolah dia tak ke PASTI lah. kekonon cuti sekolah sekali.
syukur la awak Izzat, ibu cuti belajar. if not, dedolu, kakak-kakak still kena ke tadika meskipun cuti sekolah tau 😃.

cerita utama :
hari ni kami ber4 saje di rumah...
mr.asben ada ekspedisi naik gunung di N.Sembilan nun. sebelum subuh tadi da kuar rumah.
itu la hobi dia now ni. umur da 40-an dgn hobi hiking bukit & gunung.
hmmmm saya dah kena ikut jadual dia la plak now. nak dihalang hobinya, mcm tak patut.
utk kesihatan. utk kegembiraan mr.asben sebab dia buat pe yg dia suka, kan...
daripada dia merayap ke satu tempat yg saya tak tahu dan buat aktiviti yg mencurigakan 😏 hu hu hu...
tapi tu la, agak kerap plak dia naik gunung now. kami agak 'tersadai' di rumah 😄😄😄 ha ha ha... 



saya cilok 2 gambar dari fb mr.asben. tempek sini utk hiasan.
sgt best because mr.asben and his officemates ada hobi yg sama. mereka satu team ke mana-mana.
mereka sebulat suara dlm melakukan aktiviti kesihatan ni.
maka, saya punyer tahap kepercayaan tu sgt tinggi. team nyer semua adalah familiar faces yg saya kenal.
good for them. good for mr.asben and good for me 😊.

saya? memang tak join lah. mengabdikan diri jaga anak-anak aje.
cukup la sekadar menguji diri naik bukit beruang aje lah ye...

cerita pendek 1 :
petang ni sehingga petang Rabu, kak Syuhada ada kelas tambahan UPKK.
maka pepaham ajer la, memang sekali lagi tiada percutian di resort ye cuti sekolah kali ni.
Rabu malam, barulah in shaa Allah kami naik ke KL. tido rumah kakak, anak-anak gathering dgn cousins.
ok la tu. maybe nak bwk diorang ke swimming pool UKM...

cerita pendek 2 :
ada plan juga utk jalan-jalan cari baju raya utk kakak-kakak.
sebelum buat keputusan utk beli kain ela dan anta tempah, nak mencari dulu baju dah siap.
di congak-congak, kos nyer hampir sama kot... moreover, kakak-kakak da sebesar & sebaya saya 😅😅. lebih mudah mencari baju utk diorang berdua.
as for Izzat, baju raya nyer da selamat dah beli time offer Chinese New Year.
baju melayu Izzat plak, beli di masjid tanah nanti, di mlm raya 😅.

cerita pendek 3 :
dan suka saya nak share, Rejab dah pun tiba. 
semakin dekat dah Ramadhan...
3 bulan yg mulia, bulan-bulan yg penuh barokah...
sesungguhnya setiap hari merupakan hari-hari penting buat kita mempertingkatkan ibadah.
bukan hanya bulan Rejab, Syaa'ban dan Ramadhan.
cuma... bulan-bulan ini merupakan titik permulaan bagi kita-kita yg baru tersedar dari lamunan yg amat panjang.
hidayah tu dari Allah...


😊😊

dgn itu, abis la kat sini entri saya ni.
mau ke dapur menjengah-jengah task saya yg berikutnya 😅.
biasa lah, dah namanya IBU, dapur la tempatnya kan ha ha ha ha...
ari ni plan jugak nak blogwalking lagi dari Reading List lagi. sementara ada masa ari ni.
till then, bye for now korang.