Monday, March 26, 2018

Shopping Raya Bermula ::: GM Klang & Nilai 3

assalamualaikum korang 😃, apa khabar?

surely masih terasa keseronokan bercuti minggu lepas ekk?
alhamdulilllah dpt bercuti. ke Cameron Highlands... ke Genting Highlands... ke Cherating...
ada jugak kawan-kawan saya bercuti ke Hong Kong, Thailand, Korea...
dpt la anak-anak dan parents bersama bergembira 3-4 malam, kan.

kami?
tak bercuti ke mana-mana pun. bukan rezeki kami hi hi hi...
Syuhada skola tambahan isnin - rabu. saya plak ada kelas di UKM khamis - jumaat. 
cuti plak seminggu aje kan. abis begitu aje la...

nak le share, jumaat lepas, kami shopping raya 😃.
tido di rumah kakak di KL mlm sebelum tu and da plan, jumaat tu jugak terus nak balik Melaka.
sabtu & ahad ditakuti highway plus tu trafik teruk nanti kan...
tapi nak gi shopping dulu kat KL. memula hajat di hati nak ke Jalan TAR, melawat Sogo dan ronda Jalan Masjid India. tapi, atas sebab-sebab ntah apa ntah, kami ke GM Klang. first time nih 😎.
tak pernah gi. dgr dgr org citer aje betapa best nyer GM Klang ni kan. tu yg teruja nak gi.

Shopping Raya Bermula ::: GM Klang & Nilai 3
yeszaaaaa... kami sudah jejak sini!

da set dah... nak cari baju kurung / jubah utk Nurin & Syuhada. utk hari raya nanti.
terasa malas nak anta tempah.
ronda la kami sekeluarga di GM Klang. besarnya! bertingkat-tingkat!
memang mcm2 ada tau. pakaian, tudung, mainan kanak-kanak, keperluan rumah, kedai jahit-menjahit, kedai deko pun byk... one stop centre gitu.
tapi... saya tak jumpa apa yg saya cari 😩.
GM Klang Wholesale City... seriously, takde plak yg identiti 'wholesale' tu. harga mcm biasa aje.
mencari dan mencari baju kurung / jubah kakak-kakak berdua tu pada harga yg saya rasa 'wholesale'. tidak berjumpa.
and tak byk pun pilihan di GM Klang. tak menarik perhatian saya pun.
kalau korang biasa ke bangi... shah alam... butik-butik pakaian. yg dikatakan branded di sana. harga di GM Klang ni skit lebih kurang harga tu la.
jubah dlm range RM120-RM150. blouse plak dlm range RM70-RM120. baju kurung RM100-RM200.
maka, takde sehelai pun saya beli di GM Klang tu 😣. kerana dgn harga mereka, saya boleh beli yg lebih baik di tempat lain utk kakak-kakak.
memang la kita ni cari yg murah. bajet mesti jaga hi hi hi...
anak dara ada 2 org. sorang 4 baju kurung / jubah. total ada 8 helai / pasang nak kena borong. tu lom masuk ibu, ayah dan Izzat lagi.
tapi, agar tak rasa menyesal travel jejauh ke Klang ni, saya beli la 👇👇👇

Shopping Raya Bermula ::: GM Klang & Nilai 3
karpet patchwork 7' x 9' (saiz L)
RM80

yg ni saya puas hati. ada byk jenis karpet patchwork kat sini.
saiz S : RM45.
saiz M : RM70.
saiz L : RM80.
material nye pun sgt cantik, sejuk aje... saya tak tawar-menawar pun. letih dah time tu 😌.
rezeki seller tu lah.

Shopping Raya Bermula ::: GM Klang & Nilai 3
mcm biasa, Izzat la yg rasmikan karpet Ibu ni...

kecewa la sebab tak dpt beli baju kakak-kakak di GM Klang. sgt kecewa.
fikiran ni dah menerawang jauh dah mencari idea kat  mana nak shopping raya.
brilliant idea from my mr.asben, masa tu kami tgh makan-makan di GM Klang, "jom ke Nilai 3?"
at first saya terfikir, "ada ke jual baju kat Nilai 3? situ karpet dan langsir byk la...".
tapi, bila kami tiba aje di Nilai 3, what a surprise!!! ada bazar yg sgt besar jual baju-baju.
hadoilah 😂 betapa tak update nyer saya rupanya hu hu hu hu...

memang rezeki lah... pucuk dicita, ulam mendatang!
tak sampai 10 minit jejak kaki kat bazar tu, da pun terpikat dgn pakaian di situ.
range harga utk baju kurung / jubah di situ standard RM60-RM90. tapi, dpt ditawar-tawar hingga RM40 sehelai / sepasang. ok kan?
situ kena pandai pilih... korang kena tgk jenis kain, jahitannya, kualitinya...
diakui murah, tak perlu tawar-menawar, boleh dpt RM40 sepasang. tapi, kena rasa materialnya dan renungkan jahitannya. agak tak brape elok. tapi, still ok. boleh dibeli.
satu lagi, kena beli byk helai la. then, in shaa Allah boleh la dpt harga yg murah or berpatutan.

ada servis utk tampal batu kristal tu. kalau baju yg kita beli tu, dlm masa less than 15 minit, diorang boleh tampalkan batu bagi nampak lebih ada-ada gitu. harga antara RM10 - M20.
kat situ memang byk jubah kosong. warnanya amat menarik. dari saiz S hinggalah saiz besar.
kita boleh beli and tampal batu. or tambah renda di pinggang... or pe pe lagi.
alhamdulillah... sgt happy sebab selesai part 2 shopping raya saya iaitu baju raya kakak-kakak.
part 1 is baju Izzat. da selamat beli time sale di Jusco sempena Chines New Year ari tu 👌.

and, di bazar tu ada jugak jual kain ela.
at first saya tak brape minat nak beli. tak pasti kualiti nya. fikiran still fikir nak ke Jakel Bangi yg baru tu hi hi hi hi 😂.
tapi, di satu kedai tu saya terpegang satu kain... and wow! material nya, corak nya, saling tak tumpah kain di Jakel berharga RM20 semeter.
lembut. anggun. jenis kain berkaki. memang nampak elegan. brape harganya? RM45 saje siap ada batu-batu kristal lagi tau.
boleh pilih, tanpa kristal pun ada... harga yg sama.
jengah-jengah lagi... ada yg 4 pasang kain ela dgn harga RM100. ada juga 3 pasang RM100.
ada beza. pada kelembutan kainnya dan corak. lebih mahal, lebih anggun lah...

ntah la korang. pada saya, adalah sgt dlm bajet lah.
pada korang yg belum lagi shopping baju raya, boleh kot singgah di bazar Nilai 3 tu. landmarknya ialah Marrybrown Nilai 3. situ lah...
unless korang ada citarasa Rizalman ke, Vivy Yusof ke, 😂😅😅 yg baju standard tempah butik, tak la kot berminat hi hi hi hi...
yg mcm saya. bajet sederhana. ok di sini. sebab di sini saya dpt jimat at least 25% daripada membeli di GM Klang utk jubah yg sama materialnya.

maaf la sebab dek kerana rambang mata, langsung lah tak teringat nak selfie di Nilai 3.
sgt terlupa 😊. hasil borongan? nanti raya la, surely saya tempek gambo kat sini kan. korang telek-telek la masa tu nanti.

orait...
byk perkataan da kot saya type ni promote Nilai 3 ha ha ha... over plak.
tapi tu la, harap ada yg dpt manfaat nyer. sharing is caring kan 💓💓💓. till then, tata 👋.

11 comments:

  1. tak pernah lagi jejak kaki kat sana. macam best je

    ReplyDelete
  2. alright~in two months!
    happy shopping

    ReplyDelete
  3. Wah dah shopping raya ye Aida... Kita pun dah start beli sikit2 utk anak2... Senang buat persiapan awal2 ni kan..

    Macam best je kat nilai 3 tu :)

    ReplyDelete
  4. GM tu memula buka je harga wholesale, sekarang dah tak dah...

    ReplyDelete
  5. dah lama tak shopping macam ni. tumpang excited baca entry ni. haha.Baju budak baya Izzat biasanya senang, yang payah anak-anak dara sebab nak pilih sendiri

    ReplyDelete
  6. Hmm GM Klang tu macam tak wholesale pun.

    ReplyDelete
  7. Mana baju yg kat Nilai 3 tu ? Nak gak tengok...
    Bab nak compare harga ni kadang saya malas Aida, kalau dah berkenan beli je tp masih dgn harga yg mampu miliklah... penat lah kaki nak berjalan haha....

    Kat Bangi banyak butik baju, cantik cantik tp mahal sikit rasanya

    ReplyDelete
  8. Memang tipu je GM Klang tu.. Sha tak jejak langsung sebab abah dah pergi dan dia cakap baik pergi GM KL.. lagi okay..

    Sha dah tak berapa minat nak beli kain ela.. selalunya beli baju dah siap.. Kalau beli sekarang masih lagi okay harganya.. Tapi kalau beli bulan puasa, memang meanngislah..

    ReplyDelete
  9. GM memang mahal pun. Penat pergi sana jauh2 bersesak dengan orang tapi apa pun tak beli. Dah lama tak shopping dekat nilai 3

    ReplyDelete
  10. dah siap persiapan baju raya ye..alhamdulillah. saya belum lagi, mungkin akan buat last minute je macam tahun2 yang sudah hehehe.

    ye lah dekat GM tu memang tak banyak jubah & baju kurung kalau ada pun tak menarik hati saya, harga pun takdelah murah mana

    ReplyDelete
  11. GM tu sebenarnya tak sesuai ngan jiwa linda jugak, aritu pi nak cari traksuit untuk ank2 pun tak dak, nmpk gah bangunan besaq tp nak cari baju kurung pun susah..

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)