Sunday, May 20, 2018

Day 12 ::: A Photo Of Something That Makes You Happy

assalamualaikum 😌

mcm biasa, dlm jam 5.45 ptg tadi da anta kak Nurin balik asrama.
first time dia berpuasa jauh dari kami. di asrama. berdikari.
dia berasa ok. katanya tak la gembira, biasa aje. pengalaman baru dlm hidup.

hari ni tenaga saya sgt kurang. batuk-batuk. semlm pun tak makan byk time berbuka.
bersahur pun ala kadar. sgt lemah ari ni... aduhai 😓. gi klinik dah tadi. dpt la antibiotik.
walaupun lemak, still masak tadi for berbuka. sambal ikan tenggiri berulamkan timun jepun aje.
tak jadi masak siakap. esok kot in shaa Allah...

moga cepat la pulih wahai badan ku yg tak sihat ni. dah nak raya ni...
tak syok kalau sakit tekak time raya. makanan sedap-sedap nanti 😋 😅.

day 12, bersambung buat challenge ohsem ni 👇


Day 12 ::: A Photo Of Something That Makes You Happy

gambar ni yg buat saya happy Rabu lepas.
saya tambah dapur skit, dindingkan pagar belakang rumah & simenkan separuh laman. 
dah siap. dlm byk-byk renovation yg kami buat kat rumah ni, yg ni lah yg paling buat saya happy.
perempuan and dapur, takkan boleh dipisahkan 😃.

tapi ada few things yg saya refer back kat kontraktor utk dikemas-kemaskan. pastu nak upah org utk cuci sebuah rumah tu lepas kontraktor fulfil semua nyer.
tak larat kot nak mencuci sendiri. puasa-puasa ni, aduhai... hu hu hu...
maka complete la impian saya utk bahagian belakang rumah. da boleh menabung utk hiasan dalaman nyer plak in shaa Allah.
kabinet nyer... hiasan nyer... laundry area... wah, tak sabar!

rumah saya ni lom diduduki secara tetap lagi. jun 2018 ni, genap 3 thn la dpt kunci. from time to time kami singgah bersihkan dan lepak-lepak.
masih kosong. ada skit-skit aje brg. kena menabung beberapa ribu lagi utk beberapa perkara lagi.
sekarang ni stay rumah yg sekarang sebab persekolahan Syuhada dan Izzat.
thn ni Syuhada exam UPKK dan UPSR. tuisyen pun semua dedekat rumah aje.
PASTI Izzat pun dekat sgt. semuanya mudah utk mereka. itu yg tak pindah-pindah.
nanti pindah, cuci kaki jer lah. hasrat di hati nak complete kan 100% rumah tu, baru pindah masuk.
moga dimurahkan rezeki kami. aminnn...

ni la rumah hari tua saya & mr.asben in shaa Allah.
rumah kecil di pinggir bandar. mencari yg besar, mahal harganya.
dpt yg sedang-sedang gini, mampu membeli. alhamdulillah... kecik besar, yg penting milik kita.
itu yg penting... rumah sekarang ni, in shaa Allah nak disewakan.

ok la. tu je borak-borak santai mlm ni.
takde aral melintang, mlm ni nak stay up hingga ke sahur. baca buku. Rabu pagi ada exam.
till then, utk semua korang, salam sahur 👋.

5 comments:

  1. Wah cantikkkkk...sis teruja kalau bab rumah ni. hehe

    ReplyDelete
  2. Nampak cantik la lama akak.. Saya pun dalam masih dalam perancangan nak buat renovation rumah..

    ReplyDelete
  3. waaaa.. best.. tak sabar nak ada rumah sendiri nanti..

    ReplyDelete
  4. Bestnya, rumah baru. Pelan2 x apa, yg penting puas hati. Semoga segalanya dipermudahkan ya sis. :D

    ReplyDelete
  5. Cantiknya.. Tak sabar nak tengok bahagian dalam..

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)