Sunday, May 27, 2018

Day 17 ::: How You Hope Your Future Will Be Like

assalamualaikum 😊

in few minutes, nak anta kak Nurin balik asrama dah.
meskipun bulan Ramadhan, tiada pelepasan balik lambat hari ni hu hu hu...
maintain balik sebelum jam 6 ptg. ok. kita kena akur dgn peraturan skola.
and 2 minggu akan dtg ni is exam weeks for kak Nurin. moga sukses lah my darling.
result bulan Februari ari tu, ada jugak subjek dpt B. walaupun katanya lagi 1-2 markah nak dpt A.
tapi saya kata tetap B jugak 😄. dia kata tu lah, frust hu hu hu...
dlm hati saya, ok la kak. nombor dlm seluruh tingkatan pun agak memuaskan utk first round.
u can do better, kak Nurin. in shaa Allah.

so, back to tajuk entri ni. meneruskan challenge azah rahaman. challenge ke 17.
sepatutnya ni pada 17 mei ari tu. alolololo dah lari tajuk ekk ha ha ha ha...
takpe la. pepaham jer lah ye. dgn badan demam ari tu. demam PRU lagi hi hi hi hi... few days tak dpt blogging.

it is fun and interesting doing this tau.
selain dari keep updating blog, ia beri kita masa skit utk berfikir...
kebetulan dlm bulan Ramadhan ni kan... it is time kot utk kita kembali kpd fitrah.
kembali kpd dunia yg nyata. kembali kpd apa yg sepatutnya. fikirkan perkara yg logik.


ni gambaran saya tentang masa depan yg saya nak :
  1. saya & mr.asben kekal sihat dan tua bersama. dgn simpanan yg kami ada, kami bersama tunaikan haji dan moga peroleh haji yg mabrur. holiday keliling dunia bersama. menghabiskan baki hidup yg Allah beri dgn gembira dan beriman. jalan-jalan... shopping... happy happy bersama.
  2. anak-anak bertiga mendapat kejayaan yg luar biasa dan menjadi org yg penting dlm sesebuah institusi. mereka berupaya hidup sendiri tanpa mengharapkan saya & mr.asben mahupun org lain. mereka berkeluarga dan hidup happy sehingga jannah.
  3. rumah saya dah ada. just hiasi dgn keluarga yg bersatu hati. anak cucu dtg. saya masak utk mereka. kereta pun mungkin masa tu nak beli sedan aje kot. agar selesa nak ke mana-mana. so takde dah niat nak kumpul harta or cari duit lagi. time to rest. time to do ibadah sebaik mungkin.
simple aje.
tak berani nak imagine lebih dari tu.
saya just nak kan freedom of money and freedom of time... freedom of life 😎.

paris

london

jepun

istanbul

wow! best nyer...
travel tu one thing tau korang.
travel then bwk duit shopping yg byk 😄. beli apa nak. makan apa yg boleh. wow!

ok la... tu aje impian & angan-angan saya.
aminnn kan ye moga ia tercapai.

3 comments:

  1. Semoga apa yang akak doakan Insha Allah akan dimakbulkan dan semoga akak sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik serta dilindungi oleh Allah..

    ReplyDelete
  2. amin.. semoga semua tercapai dan menjadi kenyataan..

    ReplyDelete
  3. Semoga segalanya dipermudahkan. Amiin...

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)