Wednesday, May 23, 2018

Iftar & Sahur ::: Day 4 - Day 7

assalamualaikum 😌

alhamdulillah. pagi ni dah selesai exam 1st paper semlm.
next paper is isnin depan. pagi ni releks releks dulu sebelum masuk gua membaca.
update blog 😄. edit gambar jap. susun ayat jap...

rasa bangga plak dgn diri sendiri. tiap hari masak tau. walaupun bergelut dgn exam, masih masak. alhamdulillah...
punyer lah kedekut nak ke bazar Ramadhan.
😅 tak la masak yg marveles sesgt... semua yg simple.
atas permintaan anak-anak and mr.asben. diorang juga yg nak makan, kan...

after next paper, dlm hati ni dah excited. nak try buat beberapa dessert melayu utk berbuka.
kuih kaswi.
tepung pelita.
onde-onde.
muffin coklat.
da tak serabut kepala dgn exam, baru lah aman cooking in the kitchen.

bukan ckp kosong tau.
ni hah bukti nyer. sambungan dari entri ni.
tak riak ye. just nak share kegembiraan yg thn ni saya dpt masak tiap hari, setakat ni. tak pernah berlaku ni. nikmat tak bekerja yg Allah bagi.
dpt masak utk berbuka puasa. sekaligus masak la utk sahur. itu lauk nyer jugak 😋.

Iftar & Sahur ::: Day 4 - Day 7
day 4

sambal ikan tenggiri & ulam timun jepun je.
nasi karbohidrat.
sambal ikan ada protein. ada la serat skit kat ulam timun tu kan.
buat teh o panas. kurma  sebiji dua.

Iftar & Sahur ::: Day 4 - Day 7
day 5

ada lebih sambal ikan tenggiri yg semlm nyer. 
so saya tambah masak lemak ayam, permintaan syuhada 😄.
ptg tu, mr.asben ajak jalan-jalan bazar Ramadhan di bkt baru.
disebabkan mr.asben bwk sekeping note RM50, terpaksa la shopping byk. takkan nak beli 3 - 4 hinggit 😄.
beli sate tu 8 btg. sosej. ayam. tepung pelita 5. tu aje.

Iftar & Sahur ::: Day 4 - Day 7
day 6

6 Ramadhan masa 1 lauk aje. asam pedas ikan siakap.
mcm biasa, brought forward lauk semlm nyer, masak lemak ayam.
first time masak asam pedas guna ikan siakap. hmmm... saya tak brape suka plak. tekak tak boleh telan!
maybe saya tak reti masak kot ikan tu. ada hanyir nyer lah 😞.
sib baik mr.asben dan Syuhada ok ajer.

Iftar & Sahur ::: Day 4 - Day 7
day 7

semlm pagi exam 9 - 11 pagi. alhamdulillah semua yg dibaca dpt dimuntahkan dgn baik atas kertas jawapan.
moga elok la resultnya...
dari Bangi terus racing balik ke Melaka.
byk juga dugaan nak balik tu. ada lori terbalik di highway Pedas.
hampir 10 km jugak la trafik stucked! pastu, hujan lebat yg amat!!! ribut!!!
ada plan sebenarnya ke tempat lain before balik rumah, dibatalkan... tak berani sebab ribut!

sampai rumah, rehat... anta amik syuhada skola agama... terus bersilat di dapur.
sup kaki ayam.
sambal tumis kosong. letak bwg aje.
then goreng kentang, ikan bilis... campur-campur dgn petai, cili padi dan bwg besar.
beli 3 giant karipap. ni order dari kedai member...

alhamdulillah...

seronok plak bila dpt update entri masak-memasak gini.
kita rasa seronok sebab dpt sediakan makanan sihat utk famili.
tahu besih nyer. tahu bahan nyer. jimat. ni yg paling penting.
menyahut seruan kerajaan lama 😆 😆 😆.  

orait. mau pen off sini dulu.
nanti ptg lepas masak, in shaa Allah, saya luangkan masa blogwalking ye. rindu!
bila dah masuk gua, payah nak log in blog hi hi hi...
nak anto Syuhada ke skola agama. bye 👋.

4 comments:

  1. Sedapnya asam pedas.. meriah lauk Aida.. Sha berbuka memang tak makan nasi..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, sedap la pula nampak sambal tu. berbuka dengan nasi lemak pun ok juga kan hikhik

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)