Saturday, May 19, 2018

Iftar & Sahur Malaysia Baharu 2018

assalamualaikum semua 😊

mlm ni sudah pun solat terawikh malam ke 4. alhamdulillah...
dah 3 hari, kami sefamili berbuka di rumah saje. so far so good, dapur berasap bersungguh-sungguh.
letih!
cuaca kan agak panas. aduhai...
menjelang ptg, baru hujan lebat kat bukit katil ni. tapi tu la, bahang 😓.

saya plak dari hari PRU yg lepas, batuk-batuk. sakit dada.
itu yg langsung hilang modd nak blogging or blogwalking. ni pun curi masa skit.
moga 1-2 hari akan dtg berkurang la batuk-batuk ni. aminnnn...
cerita pasal iftar dan sahur...

menu berbuka dan bersahur
day 1

khamis tu, utk sahur, ada sambal sotong. makan la saya, mr.asben & Syuhada. kak Nurin di asrama 😔.
then utk iftar ptg tu, saya masak asam pedas ikan pari terung, telur dadar. buat pengat pisang as dessert.
terus masak sambal goreng ikan bilis utk sahur.
sahur wajib bersambal. baru anak-anak & mr.asben ada selera. couple with teh o panas.

menu berbuka dan bersahur
day 2

jumaat, kurang masak memasak. just tambah sayur & telur masak kicap cili padi utk iftar.
semlm punya asam pedas masih ada. potong la tembikai. again, teh o panas 😋.
utk sahur, kul 4 pagi saya bangun, buat sambal sardin dan telur dadar. yum yum yum...

menu berbuka dan bersahur
day 3 ::: today

hari ni kami iftar dgn semua lauk baru. laup pauk semlm semua settle dihabiskan.
goreng ikan keli 6 ekor. buat sambal cili merah. memula nak buat ala-ala ikan keli goreng berlada.
tapi tak jadi. saya asingkan sambal dan ikan keli goreng. nak maintain rangup ikan keli tu.
sayur wajib ada. kubis goreng.
then, time ke kedai runcit tu, nampak mee kuning. terus beli sepaket utk dibuat mee goreng.
utk sahur, in shaa Allah nak buat sambal ikan tenggiri. tgk la kerajinan di tahap mana 😄.

esok in shaa Allah nak buat ikan siakap stim halia. atau ikan siakap tiga rasa.
ada dah ikan siakap nyer. in shaa Allah. mana-mana satu la kan.

jenuh jugak nak mikirkan menu iftar dan sahur tiap hari.
sebab skang tak keje, kan... so sgt la wajib masak tiap hari. takde alasan...
isnin nak kena singgah mydin. beli brg basah utk stok 3-4 hari lagi.

ok la. takat tu aje dpt update mlm ni. izzat langsung tak bekerjasama ni hah.
ibu nak blogging kejap pun tak dpt. jeles sgt! ditutup dibuka ditutup dibuka nyer laptop ni. hadoi lah...

till then, selamat bersahur ye nanti. bye!

6 comments:

  1. wah sedap tu ikan siakap stim halia...

    ReplyDelete
  2. meriahnya dapur kak aida. dapur saya kadang berasap kadang tak hahaha

    ReplyDelete
  3. Hamboi-hamboi.. meriahnya menu Aida..

    ReplyDelete
  4. sedap2 nya. Homecook jugak sedap & puas hati kan

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)