Tuesday, May 29, 2018

PRU 14 ::: Malaysia Baharu

assalamualaikum korang.

selasa pagi nan indah. hari ni cuti umum. alhamdulillah.
jap lagi saya nak ke rumah baru. menguruskan beberapa hal. nak bersihkan rumah skit.
and clarify final things dgn kontraktor renovate ruang belakang ari tu.

up entry jap.
baru lah ada masa nak cerita ceriti kisah ohsem ::: Malaysia Baharu kita ni.
akhirnya... rakyat bersuara.
akhirnya... rakyat menggunakan kuasa.
inilah yg pemimpin kena takutkan. jgn terlalu yakin, sombong dan selesa.
rakyat is the boss, hokey.


details of YB yg menang kerusi Parlimen, link nyer klik sini ye.


buat pengetahuan korang, 9 mei lepas saya tak tido mlm tau!
hingga kepagi 10 mei tu, dlm jam 5 pagi kot baru rasa nak terlelap.
asyik dan tekun nak tunggu keputusan PRU 14.
seawal jam 8 mlm, da byk kawan up status di fb mengatakan yg PH bakal merampas beberapa negeri.
termasuklah Melaka ni hah.
percaya... mcm tak percaya... ye ke? berjaya ke? masa tu masih terlalu awal utk kita berasa lega dgn keadaan apapun.

yes la korang. when it comes to PRU, saya da melaluinya 2 kali round sebelum.
kata nyer BN da tewas. last minute, BN menang, meskipun tipis.
so, tak hairan la kalau kali ni still BN menerajui Malaysia kan...

tapi tu la. tgh mlm 9 mei tu, Tun M dah pun buat press conference on their winning.
masa tu mcm teruja!
masa tu mcm bersemangat!
tambahan plak, dlm group whatsapp da dpt berita bahawa di parlimen Hang Tuah Jaya ni, area bkt baru dan bkt katil, dah ada yg merusuh!
jiran yg maklum. polis da diminta bersiap sedia berjaga-jaga.
seram jugak mlm tu.

sedia maklum la, kerusi parlimen Hang Tuah Jaya ni (dulu kala parlimen Bkt Baru) very the hot.
ex-CM dulu dun Bukit Katil.
CM sekarang pun dun Bukit Katil tau korang. bangga sekejap 😄.


benarlah seperti khabaran, PH menang di byk negeri. Allahu Akbar. 
masa tu tak tau nak ckp apa, apa perasaannya... 
jgn kata saya ni memang tak suka kerajaan lama ye. saya ni kakitangan kerajaan tau. jgn fitnah dulu!
tapi tu la, saya ni jugak rakyat marhaen. tertekan dek ekonomi Malaysia yg ntah hape-hape.
saya dan suami pulun mencari rezeki, bersama la kami sebagai kakitangan kerajaan.
bonus dah bertahun tak dpt. asyik la bantuan kewangan...
camne...

the next day, kebetulan, abah & emak saya dtg rumah.
kan 10 - 11 mei diisytiharkan sebagai cuti umum kejayaan PH, kan.
adik bongsu saya bwk la abah & emak balik Melaka. tak balik kampung pun hi hi hi hi... dtg lepak rumah saya sampai la Ahad tau.
syok la bila abah & emak ada rumah. 
dari khamis sehingga sabtu, 24 jam kami layan Astro Awani tau.



Tun M kembali menerajui Malaysia yg baharu. Allahu Akbar.
mungkin ramai yg kata, diktator is back. yes. kalau baca fb, ramai yg dikatakan 'macai' mempergunakan sejarah Tun M yg negatif.
saya membesar di bawah pentadbiran Tun M. sekolah rendah ke sekolah menengah hingga sukses naik ke peringkat universiti.
klimaks is 1998, DSAI ditangkap. saya di UIA gombak. my 1st year in the university.
31 oktober 2003 birthday saya ke 25, ialah hari terakhir Tun M berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia.

saya masih boleh ingat perasaan saya masa tu adalah, "alamak. grad nanti DSAI yg hensem takde!!!"

tapi tu la... di bwh Tun M yg diktator tu, Malaysia di persada dunia!
masa-masa tu kita dpt lihat pembangunan Malaysia. yes masa tu byk jugak yg membangkang.
standard lah kan...
but now, kita tgk. kita peratikan. KLCC. komuter. KLIA. putrajaya. sendiri mau fikir lah kan.
apa yg Tun M dah buat dan set, Pak Lah and DSN just continue to maintain. kan?


the hero of the week is DSAI. bapa reformasi.
ada jugak yg up status di fb begini.
betul ke DSAI tak buat apa yg dituduh (meliwat)?
kalau memang dia buat, kita da menyokong pemimpin yg tak baik keperibadiannya.
aduhai... itu bukan kita nak tentukan. mahkamah dah decide.
dia dah pun dihukum. 20 thn keluarga menanggung malu. 20 thn anak-anak DSAI hidup dlm kesusahan tanpa freedom of ayah.
percaya dgn qada' dan qadar. kalau betul DSAI bersalah, dunia da dihukum. akhirat hanya di tgn Allah.

pernah kita jangka, DS Wan Azizah berada di carta teratas Malaysia?
wanita.
isteri DSAI.
di sebelah Tun M.

Mohamad Sabu? Lim Guan Eng?
mereka di dalam barisan tertinggi kabinet Malaysia? Allahu Akbar.

sehingga semlm, 26 mei 2018, berita di seluruh negara dah mcm2 pembongkaran.
Sabah & Perlis yg masih bergolak di peringkat negeri.
1MDB yg... aduhai. korang tau lah kan pe yg saya tahu. kebenarannya selama ini yg diselindungi.
polis serbu sana-sini. rampasan duit yg nilainya Allahu Akbar.
sprm buka kes-kes lama. sprm start dah mengganas serbu sana-sini.
hinggalah YB YB hilang dari radar Malaysia 😄 😄 😄.
para Menteri / YB letak jawatan di beberapa institusi 😞. apa rakyat dpt simpulkan dari semua ni?
saya suka soal diri sendiri... kalaulah BN menang PRU 14, apa akan jadi lagi 5 thn akan dtg?
bukan nak berprasangka buruk.
persoalan saya tu hasil drpd semua cerita tu lah. dgn hutang negara, jaminan negara kat beberapa big companies including 1MDB.
uh, menakutkan!

manifesto PH. 100 hari.
hari ni hari ke 20.
pun kita dah tgk mcm2 yg dilaksanakan. mostly are mengejutkan lah.
paling utama dan paling hot adalah lagi 2 hari, Malaysia 0% GST.
rakyat minta ni sebab GST yg buat cost of living tinggi.
dlm perkataan biasa, GST buat harga brg jadi mahal!!! rakyat marhaen dah tak mampu.
so... kita tgk. sama-sama perhatikan. lagi 2 hari... lagi 2 bulan... harga brg ok tak?

hmmmm... moga semua yg baik lah utk negara kita.
bila negara mantap, rakyat bahagia.
Malaysia kembali ke pentas dunia, in shaa Allah.

😌😌

32 comments:

  1. mudah2an dapat meningkatkan ekonomi Malaysia dan menyelesaikan hutang negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Tu penting. Then baru la rakyat dpt menikmati suit kerajaan dgn sempurna.

      Delete
  2. Harap kerajaan baru ni dapat perbaiki kelemahan kerajaan lama. Kita sebagai rakyat pun boleh bersuara kalau nampak ada benda yang tak betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.
      jgn diulangi pe yg kerajaan lama buat.

      Delete
  3. alhamdulillah untuk malaysia baru. semoga akan lebih makmur dan ssjahtera. Btw hari ini first day tnpa gst! yeay

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy jugak 0% gst.
      tapi khabar nya, harga x turun pun :(

      Delete
  4. Saya pun teruja sama tau dengan era Malaysia Baru ni. Semoga negara kita terus melonjak maju di bawah kepimpinan tun M sekali lagi. Hebat rakyat kita..terbaru
    semalam tak sampai 24 jam pun Tabung Harapan dan cecah kutipan rm 7 juta.. rakyat nampak sangat bersatu hati :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari kedua dah 17 juta.
      aduhai :)
      ramai yg prihatin, kan...

      Delete
  5. Betul..sebak rasa masa tengok PH menang besar di kebykan negeri dan Tun M kembali menjadi PM selepas belas tahun meletakkan jawatan..Alhamdulillah, rakyat bersuara..Saya pun kakitangan kerajaan, bukan la benci dengan kerajaan yg dahulu tapi macam kita tahu terlampau banyak sangat ketirisan sana sini..obvious..dan bila terbongkar jumpa duit yg jutaan ringgit di rumah pemimpin dulu, allahu akbar...masih ada yang tutup mata & menyokong..allahu, bukti depan mata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih kan. kita bersusah payah.
      bonus pun takde. asyik la bantuan kewangan.
      rupanya dia dok simpan bonus kita bertahun-tahun!!!

      Delete
  6. Harapan baru buat rakyat Malaysia. Satu keluarga happy sungguh dan berharap sangat kerajaan dibawah pimpinan TUN M ini akan lebih baik,telus dan memenuhi harapan seluruh rakyat Malaysia.amin

    ReplyDelete
  7. Terujakan tapi dalam teruja byk juga cubaan nak mintak mcm2 seperti HINDRAF nak hak masuk uitm. JKIM nak ditutup. Risau

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.
      timbul byk isu yg tak dijangka.
      rakyat meminta setelah sekian lama x dpt buka mulut.
      terpulang kpd kebijaksanaan pemimpin PH.

      Delete
  8. Moga2 kerajaan baru ni mampu membawa perubahan yang positive kepada negara kita. Moga takde korupsi lagi, hehe. Tapi emi memang yakin dengan kepimpinan tun M. Rindu sangat zaman2 tun M jadi PM dulu,masa tu emi sekolah lagi. Now sempa merasa lagi sekali hidup dibawah kepimpinan tun M.

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah.
      moga barisan pemimpin baru ni tak korup.
      if yes, susah la rakyat. menderita tanpa penghujung.
      tun M mahu membetulkan kesalahannya. kita bagi Tun M peluang.

      Delete
  9. Moga Malaysia Baru ni maju di bawah tapuk pimpinan Tun M. Bukan sebarang tua ye tapi tua yang penuh ilmu di dada. Malaysia telah memilih. Sama la kita tunggu depan TV sampai 3 pagi...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... Allah beri peluang utk Tun perbetulkan pe yg tak betul.
      semua atas ketentuan Allah.

      Delete
  10. Semoga rakyat malaysia bersatu hati menyokong Era Baru Malaysia ni dan terbukti dengan kutipan Tabung Harapan kan..cukup 24 jam dah cecah 7 Juta dah..terharu sangat sebenarnya memang rakyat Malaysia ni bersatu hati kan..derma je seikhlas hati, sapa lagi nak bantu negara sendiri kalau bukan rakyat kan..

    ReplyDelete
  11. teruja juga dengan tampukkepimpinan baru..moga malaysiua terus cemerlang dan gemilang..ekonomi juga pulih seperti biasa aminnn

    ReplyDelete
  12. Betul.. Kita bkn anggap kerajaan lama semua buruk.. Tp knelah pemimpin bersikap adil dgn rkyat.. Bila dh kerajaan bru jgnlah dok hentam ckp mcm2.. Bru brpe hari.. Abis yg lama perintah dh puluh thun ada x terlaksana tp laksana yg baru apa cerita kn? Sng kata smua sama je.. Smpt xsmpt je.. Apa2 hrp PH dpt dgr suara hati rkyat marhaen ni... Moga negara Malaysia terus maju...inshaaAllah..

    ReplyDelete
  13. memang keputusan yang tidak dijangka. itulah, pemimpin kena sedar diri. tak boleh salah gunakan kuasa lagi sebb kuasa rakyat itu lebih besar. exited dengan malaysia baru

    ReplyDelete
  14. Sekarang rasa aman je rasa bila bangun dari tidur. Takda apa yang dirisaukan. Tengok berita pun dah best, takda la pasl org tak puas hati ke ape. Sekarang rajin tengok berita, ambik tau pasal politik..hehe

    ReplyDelete
  15. Masa pru tu saya bertugas sebagai kp/mu. Masa waktu nak kira undi tuh hati memang terdetik dah yang PH aka menang kali ni.tapi tak boleh nak agak juga sebab selalu last minute keputusan akan bertukar kan. Syukur doa rakyat termakbul

    ReplyDelete
  16. Semoga dengan kerajaan baru ni..moga negara kita lebih aman makmur, moga ekonomi kita stabil dan tanpa hutang piutang yang bertimbun. Harap barisan baru ni lebih amanah..:D

    ReplyDelete
  17. It was a touching moment for Malaysians, I am enjoying the 0% GST now and hopefully the new goverment will help bringing the country back into its good old days.

    ReplyDelete
  18. Syukur Alhamdulillah Malaysia Baharu dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Semua Perdana Menteri Malaysia ada keunikan masing-masing. Tapi bila Pemilihan PM dari keturunan Perdana Menteri sebelum ini, Ruby tidak agree dengan sistem DSN dan DSH akan mentadbir negara kerana bapa mereka pernah mentadbir. Jika lihat sejarah Ayahanda mereka sebelum ni, peralihan Kuasa juga berlaku ketika Tun M persoalkan tidak tanduk mereka. Alhamdullilah kita negara demokrasi. 5 tahun sekali amat bermakna.

    Tahun ini rakyat menjadi saksi dan mata-mata untuk undi hantu, box ghaib dan blackout. Hehe. Tun M melalui fasa dari Tunku Abdul Rahman. Beliau memang penyelamat Malaysia. Moga dikurniakan kesihatan fizikal & mental yang baik dan panjang umur. Ruby ni baru je lahir tahun 80an - 90an. Tidak perlu join parti apa-apa. Tiba masa undi. Hadir mengundi dan pangkah je. Hehe. Tahniah Rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  19. Saya pon tak tidur makam tau. Berjaga utk tahu keputusan. Teruja betul masa nie. Selama nie teruja2 mcm tu je. Kali nie teruja dia lain macam. Mgkin sbb PRU kali nie saya terlibat dlm menyumbangkan undi. Tu yg teruja dia lain sikit.

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah, semoga barisan kepimpinan kerajaan baru ni dapat bawa negara kita kearah lebih maju.

    ReplyDelete
  21. Memang hari yang sangat bersejarah..

    ReplyDelete
  22. Semoga 5 tahun lagi Perlis juga bertukar ke PH.

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)