Saturday, May 26, 2018

Review Movie : Theri ::: Polis & Rasuah, Keluarga Terkorban!

assalamualaikum...

sabtu. family time.
tapi sabtu ahad kali ni jadik study time 😃. ibu, kak Nurin & Syuhada semua ada exam next week.
Izzat sorang aje yg damai aman makmur sejahtera da abis exam last week...
ptg ni Bukit Katil, Melaka hujan lebat. tadi dlm jam 2 ptg mencurah-curah membasahi bumi.
ni... saya sedang update blog, buka sliding door luas-luas.
angin masuk... nyaman aje. alhamdulillah...

takde pe serius nak diborakkan ptg ni.
nak share movie terbaru yg saya layan dgn famili. filem Tamil 😄. lovely!

Review Movie Tamil : Theri ::: Bila Salah Guna Kuasa, Yang Berkuasa Tak Dapat Jalankan Tanggungjawab !

bermula dgn kisah Vijay, ketua polis daerah yg sgt berdedikasi.
menjalankan tugas dgn penuh amanah. menyelesaikan kes-kes jenayah dgn berwibawa.
ada satu kes, sorang ayah tua dtg nak melaporkan bahawa anak perempuannya dah berhari-hari tak balik.
dari satu balai polis ke balai polis nak buat laporan, tapi polis tak nak amik peduli laporannya.
then, ayah tua ni jumpa la dgn Vijay. merayu agar terima la laporannya dan cari la anak perempuannya.

maka Vijay pun on the spot terus arahkan pencarian perempuan tu.
begitu begini... tak dijumpai perempuan tu. semalaman Vijay dan pasukannya mencari.
the next morning, org kampung terjumpa perempuan tu, nazak, di tepi sungai. di bawa ke hospital.
apa lagi, si ayah tua tu 😭 😫😫 meraung-raung la melihatkan anak perempuannya begitu, dirogol dan diseksa.
anak perempuannya tu mati.

dipendekkan cerita, dari siasatan Vijay dpt tahulah bahawa Ashwin, seorang lelaki anak Menteri, yg merogol dan membunuh perempuan tu.
Vijay mengadap Menteri tu utk berkas Ashwin.
standard la korang. kat Malaysia pun jadik kan. anak Menteri dilindungi polis.
hmmmmmm Vijay tak senang.
Vijay berkas sendiri si Ashwin dan bunuh dia dgn kejam!!!
Vijay mengaku dgn Menteri tu yg dia bunuh Ashwin. dia nak Ashwin tu rasa apa mangsanya rasa.

intermission 😃
Vijay berkahwin dgn kekasihnya, Mithra 💙💚💛💜.
hidu bahagia sehingga dikurniakan seorang anak perempuan, Nivi.
satu mlm, Menteri tu dan konco-konco nyer dtg rumah Vijay berniat utk bunuh Vijay sekeluarga.
aduhai sedih time ni... 😭😭😭
emak dan Mithra mati.
Vijay dpt selamatkan Nivi, yg masih baby masa tu. dia letupkan rumahnya tu bagi memalsukan kematian mereka berdua.

sejak tu, Vijay bwk Nivi keluar dari kawasan tu, berpindah. tukar nama kepada Joseph, penjual roti.
setiap hari Vijay menjaya Nivi sepenuh kasih sayang.
Nivi dipantau dgn penuh masa.
Vijay tak nak dah org yg dia syg meninggalkan dia.

tapi tu la... akhirnya, Menteri tadi tu, tahu plak yg Vijay ni masih hidup. tak puas hati lah kan.
Menteri tu kata dia akan bunuh jugak Vijay dan Nivi.

Review Movie Tamil : Theri ::: Bila Salah Guna Kuasa, Yang Berkuasa Tak Dapat Jalankan Tanggungjawab !

maka, masa tu Vijay bertekad. no more bersembunyi.
dia tekad nak bersemuka aje dgn Menteri tu.
tapi cara Vijay bersemuka balik tu... menentang balik tu... memang ohsem!
kan sebelum ni dianggap dia dah mati, kan? so, Vijay come back as a hantu 😃.
memecahbelahkan Menteri dan konco-konco nyer... membayangi hari-hari diorang hingga masing-masing hilang rasional.

cerita ni antara lain memaparkan bahawa rasuah adalah raja segala raja.
duit memang dpt beli org dan seluruh jabatan.
polis takutkan Menteri.
polis dirasuah agar jaga kepentingan Menteri. betul ke salah ke, lindungi Menteri.

terasa terusik plak tgk citer ni dgn perkembangan Malaysia Baharu kita ni.
baru 2 minggu, mcm2 hal da berlaku. mcm2 da terbongkar.
sebagai rakyat, saya hanya dpt baca cerita. nak bantu, setakat mana la kan...

tu la... malas la nak ckp pasal Malaysia Baharu dan citer sensasinya...

so korang-korang... nanti carik ekk citer Theri ni. nice. 
bye.

31 comments:

  1. ramai jugak suka dengan cerita ni tapi tak jumpa yang hindi-dubbed lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oiye? Akak tgk yg hindi-dubbed, dik.

      Delete
  2. Ty dh lama tak layan cerita Hindustan ke Tamil sebab TV kat rumah dah xde. Kalau layan cite - cite ni memang mengasyikkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oiye, yanty?
      umah aida ni tak boleh takde tv.
      hmmmm surely blank, nothing else to do anak-anak tu hi hi hi...

      Delete
  3. Lamanya Rawlins tak layan Tamil and Hindi movies. Now baru nak try layan K-drama. Tapi cerita Tamil memang real dan banyak yang melibatkan kesedihan kan. Takut kang menangis non stop kalau tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. aida dulu tak brape minat tamil.
      tapi kena akui cerita nyer best. cerita rakyat mostly. compare dgn hindustan yg more tu percintaan :)
      yg ni pun tamil yg dubbed suara ke hindi tau.
      so boleh layan la.
      citer ni best, rawlins. u should watch it.

      Delete
  4. Alamak drama sangat movie Tamil tapi I pun suka tonton, even though tak berapa faham plot dia. Kalau jumpa Theri ni, nak layan juga lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tamil is just like hindi, citer yg panjang dan byk intermission nyer.
      kena dok tgk, jgn beralih tempat duduk :) ha ha ha ha...
      aida rekomen citer ni.
      kisah pekerjaan.
      kisah rasuah.
      kisah percintaan.
      kisah kekeluargaan.

      Delete
  5. wahhh interestingnya plot cerita dia. lama sangat rasanya tak layan cerita Tamil tapi macam tertarik pula baca sinopsis ni. Kalau di Malaysia, nak sentuh isu politik dalam seni ni macam tabu. Sebab tu selalunya asyik cerita tentang rasuah dalam business je. Berapa bintang agak-agak ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. malaysia xde kot citer gini.
      now, malaysia baharu tak tau la hi hi hi.
      ni aida kasik 9/10 bintang. tak boring jalan cerita nyer.

      Delete
  6. SA suka tengok citer tamil gak compare ngan hindustan, hindustan citer dia tak realistik..hahaha...mcm best jer citer ni..lama dah x tgok citer tamil ni..tv nyer program pun x tau dah apa perkembangan..memang dah takde masa nak tgok tv

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes betol.
      tamil more to cerita rakyat.
      plot nyer plot logik. real!

      Delete
  7. ceta tamil ni kalau dapat layan memang best2 tau. jalan cerita menarik. cuma x suka bab gaduh jer. dush dush.. mcm katun. hahaha

    tapi memang suka layan moviw tamil. nanti nak tgk movie ni. menarik. cwta sama jer. anak menteri mcm setan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang citer kisah sebenar.
      negara kita tak boleh. mau nyer kena saman :) ha ha ha

      Delete
  8. Cerita macam nih memang best tau. Kalau scene bergaduh tuh bukan main real lg. Kena tengok movie ni. Suka bab bab cerita macam nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab lawan memang ohsem.
      abis semua dinding runtuh.
      meja kerusi jgn ckp la, hancur bersepai :) ha ha ha ha

      Delete
  9. tu dia aih layan tamil! hahah tak tau bila last tengok filem tamil ,diorg punya sound effect tu kadang fuhh hahaha kalah semua filem. l;awak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini tamil dubbed-hindi dah, khai. boleh la layan :)
      tamil ni best tau.
      skang ni citer tamil, hero heroin da serupa org hindustan.

      Delete
  10. Tak pernah terfikir nak tonton filem Tamil macam ni hehehe tapi hero ni memang kita suka tengok aksi lawan mereka memang power lah...

    ReplyDelete
  11. eh... bagi habislah cerita.. adus.. Rach macam dah masuk dalam cerita.. hahaha.. terus tanya my best friend who is Indian... nak cari lah movie nie..

    ReplyDelete
  12. It's been ages since I last seen a Bollywood movie, Theri seems to have a nice story line, wonder where I can watch it for free online?

    ReplyDelete
  13. Dah lama tak tengok cerita bollywood kat wayang. Last emi tengok, dilwale rasanya. Hehe. Nnati la tengok cerita ni kat mana2

    ReplyDelete
  14. Kdg2 cite tamil best gk.. Lg2 bila dorg byk libatkan polis kan.. Tamil, hindustan ke semua kita suka.. Jln crita theri ni pon mcm best..blom lg tonton.. Bolehlah nk tgk nanti..

    ReplyDelete
  15. wahhhh menariknya movie tamil nie. tak eprnah lagi menonton movie tamil. mungkin boleh jadikan movie nie sbg movie pertama. jalan cerita pon menarik. penuh dgn aksi.

    ReplyDelete
  16. Hahahha..sejibik kan mcm.yg duk jadi kt Malaysia ni kan..tpi tu la..lets oray d best for the brand new malaysia

    ReplyDelete
  17. Lama tak layan drama Tamil ni. Sumpah penuh dengan dramatik jalan cerita ni . Rasa tak sabar nak tengok sendiri & thu kesudahan .

    ReplyDelete
  18. Menarikla movie Theri, rasa nak ajak suami layan gak la. Plot menarik dan teruja plak nak tengok vijay jadi hantu tu cane.. Realiti pun memang camtu, tengok jer la Malaysia. Sedih, bila orang islam sendiri tak tahu halal haram harta tu, yang penting kuasa.hmmm

    ReplyDelete
  19. tak pernah layan cite tamil ni.. selalu paling kuat pon layan cite hindustan.. tapi bila baca jalan cerita dia not bad jugakkan?? awak memang peminat cerita tamil ke?

    ReplyDelete
  20. Wah menariknya cerita ni. Mcm betul2 mengisahkan keadaan dekat india sane. Baru2 ni pun kan ade kisah kanak2 kena geng rape dan yg terlibat pun org besar masyarakat sane juga.. Huhu bila kuasa jatuh ditangan org jahat..

    ReplyDelete
  21. Nanti nak cari juga la Theri ni

    ReplyDelete
  22. Hello krng Im malaysian Tamilan terkejut tgk ramai orng melayu lyn cite tamil ingat xdr yng layan rasa bangga pon ade.I boley recommend movie tamil best2 1.Yaman https://www.youtube.com/watch?v=q0C73esqPn4,2.Pannaiyarum Padminiyum https://www.youtube.com/watch?v=FEd-cRfygIk,3.Kodi https://www.youtube.com/watch?v=Y9vTEQ2FYVI.nk tahu lagi jgn malu2 nk tanye

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)