assalamualaikum 😍

pagi ni, pagi Jumaat, Syawal ke 15, Bukil Katil hujan. alhamdulillah...
nyaman aje suasana... sejuk! 😌
sambil update blog ni, telinga mendengar dan mata menjeling ke arah tv tu.
drama AidilFitri, 'Riuh Raya Kak Mah' di Astro Raya HD. 
lakonan Elly Mazlin @ Kak Lina Pom Pom 😃. nice and simple story of AidilFitri.
betapa nak jelaskan kpd semua how important AifilFitri is...

AidilFitri & Cuti Sekolah | Terindah & Penuh Makna
saya sekeluarga di pagi Syawal pertama 😍

satu kemestian persediaan utk AidilFtiri adalah pakaian utk beraya.
diri sendiri. mr.asben. anak-anak...
AidilFtiri is the only time yg kami sedondon.
tak kisah la dikatakan kumpulan nasyid ke, kumpulan boria ke.
yg penting penutup aurat dan bersopan santun 😃.

AidilFitri & Cuti Sekolah | Terindah & Penuh Makna

raya kedua, kami da ala-ala bendera Malaysia. semua kaler ada 😂. kuning, hijau, merah, biru, hitam...
hamek ko, semua kaler kami bolot dari pagi ke mlm tau.
dari Negeri Sembilan membawa ke Melaka. Sib baik tak turun ke JB tau.

AidilFitri & Cuti Sekolah | Terindah & Penuh Makna

AidilFitri & Cuti Sekolah | Terindah & Penuh Makna

satu lagi, kemestian di AidilFtiri ni adalah balik kampung.
ataupun, balik umah ibubapa. ataupun, balik rumah keluarga.
ada kawan-kawan saya yg rumah keluarga diorang di KL tau. so, not necessary 'kampung' lah hi hi hi...
lain mcm tau dia punya rasa dan aura bila beraya ramai-ramai. wajib balik kampung!
pagi-pagi raya rumah jadi kelam-kabut. riuh-rendah. berkejar masa nak bersiap utk bersolat AidilFitri. yg wanitanya nak prepare kan juadah jamuan di pagi raya.
ketupat.
rendang.
lemang.
kuah kacang.
lodeh.
kari itik.
serunding.
best!
saya sememangnya nak maintain tradisi beraya begini agar anak-anak dpt rasa meriahnya AidilFitri.
throwback time saya kecik-kecik dulu. merengkek Emak Abah bwk kami adik-beradik beraya merata kampung.
keluarga Emak Abah besar. berjumpa mak-mak sedara. sepupu-sepapat. main bungapi. main lari-lari keliling rumah Atok Nenek. wow! life was interesting!!!
so, memang havoc lah raya kami adik-beradik. menjadi kenangan sampai sekarang.

kalau dulu, saya adik beradik memang tunggu depan tv time Pemegang Mohor Raja-Raja nak umumkan tarikh raya. excited tau korang tgk pakcik Pemegang Mohor Raja-Raja tu 😅😂😄😄. abang saya da standby dgn 💣 mercun dah.
umum aje esok raya, terus meletup-letup mercun 💥💥💥💥💥.

AidilFitri & Cuti Sekolah | Terindah & Penuh Makna

AidilFitri & Cuti Sekolah | Terindah & Penuh Makna

AidilFitri & Cuti Sekolah | Terindah & Penuh Makna

AidilFitri & Cuti Sekolah | Terindah & Penuh Makna

nampak tak?
betapa kami beraya bersama dgn sepenuhnya.
dari bandar... masuk hutan, keluar hutan, bwh pokok mangga... tepi sungai. tengah laut. all in lah!
raya 2018 kali ni, jatuh pulak cuti sekolah pertengahan tahun. lagi lah anak-anak ni happy.
bercuti di hari raya dengan gembira. saya spend the whole time kat kampung.
nak la citer kat sini ye korang, abg ipar saya sekeluarga beraya di Perth Australia tau. mlm AidilFitri pertama diorang fly ke Perth. kebetulan kakak ipar sulung saya menetap di sana.

AidilFitri & Cuti Sekolah | Terindah & Penuh Makna

nak saje ikut. tapi apakan daya, tiket kapal terbang lom beli 😂😂😂.
kami dpt tahu few days before raya. terus la jari-jemari ni di hari-hari  Ramadhan terakhir klik website Traveloka, nak jengah-jengah belanja ke Perth, Australia brape bajet nyer... Traveloka memang offer harga yg berpatutan, walaupun bukan time promotion tau.
da inform mr.asben dah. next raya wajib fly ke Perth ni. memeriahkan AidilFitri kakak kita di sana 💙. seronok bila tgk abg ipar share gambar beraya di perantauan.
walaupun bukan kampung kita, tapi bila ada ahli keluarga di sana, rasa 'kampung' tu pasti dtg, kan...

AidilFitri & Cuti Sekolah | Terindah & Penuh Makna

tak dapat berlari di tepi pantai Australia, kita lari aje di tepi pantai kampung kita.
dari rumah Emak Abah ke pantai less than 10 minit. anak-anak punyer lah happy!
3 hari berturut-turut kami bwk anak-anak ke pantai, mandi-manda 😌.

AidilFitri & Cuti Sekolah | Terindah & Penuh Makna

AidilFitri & Cuti Sekolah | Terindah & Penuh Makna

ni demi nak memupuk semangat balik kampung pada anak-anak.
kampung is best.
kampung is awesome.
kampung is great 😃.

in shaa Allah...