assalamualaikum 😞

Tun M,

pertama sekali, tahniah di atas kemenangan Tun M dan PH pada PRU 14 yg lalu.
tahniah!
pada mlm pengumuman PRU 14 tu saya tak dpt melelapkan mata sebelum dpt pengesahan yg PH menang. 
Tun M kembali mentadbir Malaysia.
sejarah bagai berulang kembali, DS Wan Azizah menjadi TPM, isteri DSAI, ex-TPM.
gembira seluruh rakyat Malaysia bila DSAI dibebaskan atas pengampunan diraja.
Allah Maha Besar.
sesungguhnya semua di dlm genggamanNya. doa rakyat Malaysia dimakbulkan.

sehari ke sehari sejak 10 mei, kami dibentangkan dgn berita yg mengejutkan dari pihak Tun M.
tidak mahu menyebut mana-mana kes. mengejutkan tapi melegakan rakyat.
satu demi satu rahsia negara kami ketahui.
satu demi satu berita disalurkan kepada kami tanpa limit.
saya kembali duduk di depan tv pada jam 8 mlm menonton Buletin Utama TV3.

tapi Jumaat lepas, saya kecewa...
tak brape dlm kekecewaannya, tapi kecewa... sepagi saya berasa marah dlm hati.
bukan marah kerana era GST telah berakhir...
bukan marah kerana YB Jamal Yunos tak nak serah diri...
bukan marah kerana harga brg tetap tak turun meskipun GST dah pun 0%.

marah dan kecewa kerana bantuan khas Aidilfitri RM500 yg diumumkan kerajaan lama, dibatalkan.
RM400 hanya diberikan kepada pegawai kerajaan berpangkat 41 dan ke bawah saje.
dah le sebelum tu berita tentang KGT kami yg dijangka pada bulan Julai juga dibatalkan.
itu adil la utk semua. tak brape menusuk kalbu.
ini sejumlah RM500 yg kami-kami telah rancang utk apa, tiba-tiba... tiada!

bak kata sesetengah pihak, gaji kami da tinggi. tak payah kot nak dibantu lagi.
adakah bila gaji kami tinggi, kami tidak layak diberikan hadiah oleh majikan?
kami anggap bantuan khas itu sebagai hadiah. kami bekerja. kami berfikir bila bekerja. tanggungjawab kami-kami lebih berat. kamilah pembuat keputusan. kamilah pelaksananya...
pepatah melayu ada menyebut, "besar periuk, besarlah keraknya".
kami tidak melebihi apa yg kami mampu, tapi kami layak semampunya apa yg kami miliki.

RM500 tu sedikit. tapi penuh makna.
kami tak minta, tapi kami "diberi". besar harapan kami menanti tarikhnya.
tiba-tiba... 
tak brape hari nak tiba tarikhnya, dimaklumkan oleh pengurusan, ia ditarik balik. Allahu Akbar.
dah le nak raya. perancangan dah dibuat. terasa sgt 😥😥😥.

Tun M,

tahu tak hakikatnya di ofis pun menggunakan diskriminasi pangkat.
ada apa-apa majlis, pembayaran mengikut pangkat. lagi tinggi pangkat, lagi byk bayarannya.
kami akur.
kami byr.
atas konsep sedekah. sharing is caring. kami ada elaun keraian kan. kami share dgn anak buah.
takkan la negara pun nak adakan konsep yg sama? apa yg tinggal utk kami?

kalau begitu, apa kata kita bagi bonus ikut KPI aje?
kita ukur berat KPI masing-masing.
kita ukur luas tanggungjawab masing-masing.
yg ni saya cadangkan.

mungkin org akan komen... "ko ni berkira sgt la, Aida... RM500 je pun. isu kecik aje ni..."
saya akan jwb, "apa kau tahu pasal aku? kau yg tanggung makan minum aku? kalau kau rasa RM500 tu kecik, meh sini kasik aku RM500."
akan ada org mengata, "byk lagi org susah la, Aida. RM500 ni utk diorang. ko da gaji beribu pehal nak marah..."

mereka berckp sebab tak jadi kat diri sendiri.
mereka menidakkan apa yg betul. mereka berckp pasal org.
semua org boleh berckp pasal org. semua org ada mulut yg zaman sekarang susah nak tutup.
saya tak menidakkan hak org yg menerima.
itu rezeki mereka. selayaknya. alhamdulillah... 

ni special dari majikan kepada pekerja.
bukan bantuan dari kerajaan kepada rakyat mcm BR1M. mcm bantuan RM100 persekolahan.
yg tu tak nak bagi, ok la. kami pasrah la.
so, saya sebagai pekerja, ada hak kot nak persoalkan. dan nak rasa kecewa.

Day 22 ::: A Letter To Someone Who Has Hurt You Recently
kalau da freedom of speech pun skang ni, jgn la buat speech yg tak cerdik!

Tun M,

ni satu yg kami-kami baca. viral oleh netizen. ketawa kan kami. gembira sebab kami tak dpt.
yg menulis pasti bukan kakitangan kerajaan. 
yg menyangka kami org kerajaan ni semudah itu, semudah dia menaip status tu.
org kerajaan di sinonim kan dgn perkataan 'mudah'. iye ke mudah?
tak payah la nak menaip sedemikian rupa. kalau jeolous sekalipun, jgn la berkata sedemikian rupa.
ntah esok.
ntah lusa.
anak dia jadi org kerajaan.
isteri dia dpt panggilan jadi org kerajaan.

kami-kami dah bertahun tak dpt bonus besar.
lihat aje badan-badan berkanun, semi-govt bonus 2-3 bulan.
kerajaan negeri bagi bonus 1-2 bulan.
org keje bank, tiap tahun tukar perabot rumah dgn duit bonus.
kami diam aje. 
releks aje tak pernah meroyan dlm fb viralkan mcm2.
kami hormat. rezeki mereka dgn majikan mereka.
ni RM500 saje. has been announced pun. ditarik balik. aduhai... frust!!!

apapun, saya dan kawan-kawan yg 'bergaji besar' ni kena sedia aje dgn apa-apa selepas ini.
seperti biasa kami hanya menjadi pendengar yg setia pembentangan bantuan utk rakyat.
kerana kami pasti, apapun bantuan oleh kerajaan, pasti bukan utk kami.
satu demi satu pengumuman...
seperkara demi seperkara...
pergi saje melintasi kami-kami ini.
takpe takpe takpe...

kami tetap akan bekerja utk kerajaan.
jadi pemikir.
jadi pelaksana.
jadi pembuat keputusan.
kalau salah... kalau silap... kami jugak yg bertanggungjawab.
ye... kami-kami ni.
kami la bos. dan sebenarnya kami la kuli.
kami always dlm mode membayar itu, membayar ini, membayar di sana, membayar di sini.
ntah bila menerimanya...
kami akan tunggu apa hasilnya 100 hari ni.
kami berharap...
semoga dgn setiap sen yg kami korbankan, kembali kpd kami dlm segala cara yg baik.

sekian.