assalamualaikum...

harapnya, dpt la habiskan challenge ni before Syawal.
tertangguh sgt dah ni 😄.
baru sempat publish ptg jumaat ni. dari pagi, spend my precious time blogwalking...
lebih 40 blogs juga la saya 'berjalan' dari pagi. sambil-sambil suap Izzat makan. sambil-sambil kemas baju kat bilik belakang. sambil-sambil belek-belek dan iron baju raya...

sgt byk kot brg yg bermakna bagi saya.
saya ni sentimental skit terhadap brg. cth nyer handbag.
sekali beli, bertahun pakai.
kalau beli, yg elok skit la kan, harga pun sederhana, tak la beribu or lebih sgt dari RM300.
tak pernah la beli lebih harga tu.
tapi pakainya??? sampai la lunyai.
recently ni baru sahaja saya lupuskan few handbags. daif sgt ko, Aida 😅. sampai lunyai!!!

tapi yg satu ni, memang legend. very the sentimental.
berkali-kali tukar bateri.
cermin nyer pun da sekali tukar sebab calar.
yg skang ni pun masih bercalar. hadoi lah...
iye la, dipakai dari umur kak Nurin belum pun genap setahun tau.
sekarang ni, kak Nurin dah pun melebih 13 thn.
cer kira la kan brape tahun saya bersama brg ni 👇👇👇. sebab itu ia MEANS A LOT TO ME.

Day 24 ::: A Photo Of Something That Means A Lot To You
jam

harganya waktu dulu seingat saya RM200 plus plus.
pembelian jam ni bersama jam mr.asben.
kami beli di satu kedai di Mahkota Parade end of 2005.
masa tu, mr.asben baru balik dari 6 bulan course di German.
saya tinggal di sini dgn kak Nurin. masa mr.asben gi tu, kak Nurin baru umur 5 bulan.

balik aje dari German, mcm hadiah utk kami berdua la. beli sepasang jam.
ala-ala hantaran kahwin gitu 😍. kami decide on beli jam yg agak mahal.
masa tu kan gaji kami berdua masih sejemput. baru 2 thn lebih kahwin. hidup bersama baru nak bermula.

selepas dari jam ni, ada kot lagi 3-4 jam yg saya beli. 2 of them seingat saya jam ELLE.
nice. 
style gegirl jugak. harga more than RM100 lah. hmmmm tak lama di tgn saya.
kembali pakai jam legend ni jugak.
saya rasa sgt selesa dgn jam ni. so sejak 3-4 thn lepas, saya dah tak kemaruk beli jam.

cuma tu la, jam mr.asben da rosak.
tukar bateri pun dah tak boleh digunakan.
tapi masih kami simpan la... terasa nanti nak gi bwk ke kedai Mahkota Parade tu semula.
diorang kedai jam yg well known kan, surely something can be done utk hidupkan jam tu semula.

itu la dia citernya.
alah membeli, menang memakai lah jam saya ni. kesygan saya selamanya.