assalamualaikum...
salam sejahtera korang-korang semua 😊...

indah sungguh panorama di pagi Ahad. sgt gembira krn hari ni akan berbuka dgn mak abah 😍.
hari ni Ramadhan ke 25 barulah dpt peluang keemasan ni. few days to Aidilfitri.
biasanya, awal-awal da dpt berbuka dgn mak abah, thn ni dek krn rutin weekend agak berubah, tak dpt nak spend masa naik KL.
hari ni pun di kampung dah, mak abah da ada kampung khas utk Aidilfitri.
kekemas rumah kampung yg da berbulan kosong...


challenge ni kena citer pasal tv show.
lemah la bila kena citer pasal tv show i am currently addicted to.
sebab... saya jarang addicted to anything 😄.
tak boleh ingat apakah tv show yg saya pernah addicted to.

for the sake of this challenge, saya just boleh reveal apa tv show yg tiap hari saya akan tgk tepat jam siarannya. tak la addicted, tapi tu aje ruang peluang yg saya ada utk dok depan tv.
menunggu waktu berbuka.
bukan siaran ulangan tau 😅, siaran yg bebetul.
pastu korang jgn la kecam saya ye.
saya tgk ni pun saing dgn Syuhada. kul 6 - 7 ptg di Astro Prima.

Day 25 – A TV Show You’re Currently Addicted To
MONALISA

Merupakan adaptasi drama Korea bertajuk Two Women's Room. Bersiaran 80 episod di slot Tiara Astro Prima dan Maya HD. Zara Zya, Mona Allen, Nazim Othman, Hafreez Adam, Amyza Aznan, Roy Azman, Shahriza Mahmud, Fatin Nur Afifah. Kisah Melissa (Zara Zya) seorang pewaris hotel terkenal. Melissa mempunyai hubungan romantik dengan Johan (Nazim Othman) yang juga merupakan pengurus hotel tersebut. Kehidupannya berubah apabila berkawan dengan Ramona (Mona Allen) yang cemburu akan kemewahan yang dimilikinya. Ramona merancang untuk mengambil segalanya milik Melissa termasuklah teman lelakinya Johan. Ramona kemudiannya berjaya meyakinkan dewan pengarah untuk memecat Melissa dari kedudukannya sebagai Naib Presiden. 

Disaat Melissa ditimpa kesusahan, Adam (Hafreez Adam) mebantu Melissa mendapatkan pekerjaan di restorannya. Adam sebelum ini pernah bekerja sebagai tukang masak di hotel tersebut. Melissa merancang untuk membalas dendam dan merampas kembali haknya.

sekarang ni saya pun tak ingat dah episod ke berapa. berpuluh-puluh dah pun. rasanya jumaat lepas episod 59. ada 80 episod kata nyer...
saya start tgk drama ni pun rasanya baru lagi, 2-3 minggu lepas.
hanya dlm minggu lepas terus melekat kul 6 ptg depan tv.
kebetulan, biasanya kul 6 ptg Ramadhan ni, da siap dah semua proses masak-memasak.
nothing to do.
so, dok lepak depan tv dgn anak-anak sambil most of the time, update blog and blogwalking saje la.

one more, drama 👇👇👇 saya follow jugak. tapi, layan ulangan nya saje la the next day kul 4 ptg.
sebab, waktu siarannya 10 mlm. time ni memang slot mr.asben and Izzat. saya tak kisah pun.

Day 25 – A TV Show You’re Currently Addicted To
RAHSIA HATI PEREMPUAN

tapi ni dah 3-4 episod tak tgk.
siaran ulangannya pun tak sempat 😅.

Kisah cinta dan persahabatan. Kekasih dan pengorbanan. Ilaina, Zayn dan Mikael bersahabat dari kecil dan terpisah apabila Ilaina berpindah ke Australia. Ilaina dan Mikael saling membalas surat namun sebenarnya Zayn yang sebenarnya membalas surat Ilaina. Rumah Zayn dan Mikael musnah terbakar menyebabkan mereka terputus hubungan. Ketika sudah dewasa, Zayn, Mikael dan Ilaina bertemu semula tanpa sengaja ketika Zayn dan Mikael pergi bercuti di Australia.
Setelah mengetahui yang Ilaina adalah kawan baik mereka dari kecil, Mikael dan Zayn telah dijemput ke rumah Ilaina. Ibu Ilaina, Puan Suraya tidak senang dengan kehadiran Zayn dan Mikael dan merancang untuk menyatukan semula hubungan Ilaina dengan bekas kekasihnya, Adzim. Hubungan Ilaina dan Mikael kian rapat. Ilaina masih ada hati dengan Mikael walaupun sudah lama terpisah. Pada masa sama, Arissa juga menaruh hati terhadap Mikael walaupun mengetahui Ilaina sukakan Mikael. Ayah Ilaina, Pak Mail pula ingin menunaikan janjinya dengan arwah ayah Mikael untuk mengahwinkan Ilaina dengan Mikael.
Apabila Zayn dan Mikael pulang ke Malaysia, Zayn berpura pura menjadi Mikael dalam talian untuk kekal berhubung dengan Ilaina. Mikael pula mendapati dirinya disahkan menghidap penyakit kanser namun dia tidak berterus terang dengan Zayn akan keadaannya. Ilaina dan Arissa pulang ke Malaysia walaupun dihalang Puan Suraya. Mikael terpaksa bersetuju dengan Zayn untuk belum berterus terang yang sebenarnya selama ini Zayn yang sering berhubung dengan Ilaina. Mikael mengecewakan Ilaina bila Zayn yang muncul pada temu janji mereka. Adzim tiba dari Australia mencari Ilaina. Ilaina, Arissa, Mikael masih merahsiakan penyakitnya dari kawan-kawan baiknya. Ilaina dapat tahu yang selama ini Zayn yang membalas surat dan kiriman mesejnya dan dia kecewa pada Zayn dan Mika. Encik Ismail dan Tok Dah bersetuju untuk menikahkan Ilaina dengan Mikail.

kena tgk la next week, apa akan jadi. Mika akan berkahwin dgn Ilaina?
Arissa mengakui ke yg dia sebenarnya mencintai Mika? Zayn dan Ilaina?

hi hi hi jgn la kecam ye.
tontonan ibu-ibu memang gini lah... drama drama drama.
kekadang drama melayu ni kita tau dah pe ending nyer. geram pun ada. marah pun ada.
tapi tu la, mcm MONALISA tu. hadoi lah... mcm tak logik!
tapi, demi nak capaikan 80 episod tu, hamek ko, semua yg tak logik dimasukkan sekali.
selamanya si baik tu dipijak-pijak.
selamanya si jahat tu menang hu hu hu... layankan jer lah kan. dlm real life, takkan gitu lah jadiknya.

hokey. dah siap entry addicted to 😄😄.
👋 tata...