Monday, June 11, 2018

Day 27 ::: A Picture Of Your Favourite Band Or Artist

assalamualaikum semua 😀

ptg nan indah.
saya di umah mak ni.
mengemas dan mengemas dan mengemas, in shaa Allah Jumaat kan raya.
umah mak saya ni bakal penuh dari depan ke belakang selama 2-3 hari.
adik-beradik abah dan mak akan dtg dgn anak menantu cucu semua sekali.
abah = pak ngah.
emak = mak long.
kategori org tua di kalangan keluarga besar kami.
adat tradisi melayu, famili member yg tua tu la jadi hala tuju yg muda bila tiba Aidilfitri.
kebetulan kami memang dok kampung abah.

ptg gini... releks jap. kepenatan. jap lagi in shaa Allah nak ke bazar Ramadhan masjid tanah.
abah dah rindu makanan kampung 😍. best nyer...


saya takde artis feveret. semua artis saya tgk. semua lagu artis saya dgr.
takde pun yg saya rasa saya sgt minat. biasa-biasa aje.
saya ni peminat radio sinar.fm. lagu & artis lama-lama... 
penyanyi yg terkini, saya jarang kot dgr lagu diorang.
kalau keluar tv, saya terpaksa tanya kak Nurin atau Syuhada. diorang lebih kenal 😄.

demi challenge ni, saya terpaksa up kan gambar kan.
maka, setelah berfikir tadi. saya up kan 2 gambar 👇👇 yg saya tak pernah jemu dgr suara diorang.
biar la lagu diorang diputar 3-4 lagu sekaligus terus-menerus pun, saya takkan jemu.
most of lagu diorang, saya hafal.

Day 27 ::: A Picture Of Your Favourite Band Or Artist
JAMAL ABDILLAH

saya tak nak borak pasal personal dia. isteri ke, anak ke, lifestyle ke...
suara dia memang outstanding! so far tiada pengganti lagi la...
antara lagu dia yg memang saya suka giler...
  1. tidurlah wahai permaisuri
  2. sepi seorang perindu
  3. berkorban apa saja
  4. ghazal utk rabiah (duet dgn m.nasir)
  5. sandarkan pada kenangan (ni yg duet dgn ogy ahmad daud. dgn siti sarah saya kurang minat)
yg lain saya tak ingat. tapi yg 👆👆 memang best lah 😍.


Day 27 ::: A Picture Of Your Favourite Band Or Artist
ANUAR ZAIN

hmmmm zaman muda dia lebih hensem.
yg latest ni, saya tilik-tilik wajah penyanyi kegemaran saya ni, mcm dah tak hensem.
berubah skit la wajah dia 😟.
anuar zain juga adalah favourite artist my mr.asben. so, from him lah saya lebih minat anuar zain.
suara nyer agak memukau. contoh lagu dia yg sedap saya dgr...
  1. lelaki ini
  2. sedetik lebih
  3. keabadian cinta
aduhai... memang alunan suara nyer dan muzik = wow!

byk lagi penyanyi yg bersuara sedap. lunak merdu. tapi dua 👆👆 memang dekat di hati saya.
as for pelakon, takde yg spesifik lah. kena tgk watak jugak.
ada yg ok begini. berlakon watak lain, dah saya tak suka plak hi hi hi...


tu jer la kot citer pasal artis.
😎

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)