Tuesday, June 12, 2018

Day 28 ::: In This Past Month, What Have You Learned?

assalamualaikum...


selamat pagi...
pagi yg indah, pagi Selasa.
bersiaran dari rumah mak πŸ˜€. esok baru balik ke rumah mak mertua.
beraya bersama mak mertua dulu thn ni, in shaa Allah...

apa yg saya belajar?
πŸ’₯πŸ’₯ kisah 1πŸ’₯πŸ’₯
sehari ke sehari...
semasa ke semasa...
makin cepat.
makin singkat rasanya.
Ramadhan pun da sampai ke penghujung.
gembira nak sambut raya. tapi tu lah...

Ramadhan kali ni saya takde sessi berkumpul adik-beradik berbuka dgn mak abah.
saya di Melaka. mak abah di KL. adik-beradik semua di KL.
saya terikat dgn schedule anak-anak, sekolah tambahan & tuisyen di hujung minggu.
akhirnya, sabtu lepas mak abah dtg rumah saya, dpt la kami berbuka bersama.
adik perempuan saya pun dtg bwk anak-anak nyer hari ahad tu.
dan semlm, sama-sama balik kampung, nak kemas-kemas utk raya.

kita ni kalau tak meluangkan masa, masa tu takkan ada.
dia sibuk.
kita sibuk.
hal anak-anak.
hal keje.
hal shopping raya.
akhirnya Ramadhan berakhir begitu saje.
wajib meluangkan masa utk org tersayang.

πŸ’₯πŸ’₯kisah 2πŸ’₯πŸ’₯
dan Ramadhan kali ni, ada perihal keluarga yg tak disangka-sangka terjadi 😞.
dek kerana harta dunia, yg muda buat yg tua jadik mcm hamba!
rasa hormat hilang dari dlm diri masing-masing.
sewaktu ada masalah, pak-pak sedara di cari, sepupu-sepupu jadi pendengar masalah yg setia.
tapi, bila harta da dlm genggaman, jadi lupa daratan!
org sana dihamun.
org sini dimaki.
ungkit kisah lama yg tak relevan.
Allahu Akbar. manusia yg mudah lupa...

bekerja, seolah-olah kita hidup 1000 thn lagi.
buat ibadah, seolah-olah kita akan mati esok hari.
jgn bila sebab harta atau apapun, kita putuskan sillaturrahim.
kita hidup ni perlukan org lain. biar miskin, tapi hati gembira dgn adanya keluarga di sisi.
hormat-menghormatilah selagi hayat dikandung badan.
sambut hari raya dgn gembira. ziarah-menziarahi. selfie. wefie πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€.
apa la rupanya ada rumah besar, duit byk... tapi beraya sorang diri.

πŸ’₯πŸ’₯kisah 3πŸ’₯πŸ’₯
kita hidup kat dunia ni ada kisah hidup masing-masing.
yg baik...
yg buruk...
yg menyedihkan...
yg memalukan...
tapi, jgn la hidup mengenang kisah yg lalu.
life goes on. bersyukur kerana hidup kita sekarang amat sempurna.
yg lalu tu, adalah kenangan pahit yg menjadi pengajaran semata-mata.
usah dikenang...
usah diungkit...
usah diingat!
jaga aib org. kalau kita tahu dia ada kisah yg negatif, yg sgt menyedihkan, jgn kita buka aib dia.
Allah Maha Adil. kita buka aib org, Allah buka aib kita.
sedar diri. sedar situasi.

ntah ada ntah tidak Ramadhan utk kita lagi.
ada saki-baki beberapa hari... beberapa jam... beberapa detik.
😌  πŸ˜Œ  πŸ˜Œ

6 comments:

  1. In shaa Allah terima kasih atas peringatan Aida, salam lebaran Syawal 1439H buat Aida sekeluarga

    ReplyDelete
  2. sedar tak sedar tinggal berapa hari je lagi nak raya

    ReplyDelete
  3. hormat menghormati.. kunci kebahagiaan :)

    ReplyDelete
  4. Tiga-tiga tu saya setuju. Kalau nak hidup lebih tenang, bahagia...kena amalkan semua. Especially bab jaga aib. Masyarakat sekarang dah jadi makin suka buka aib orang lain :(

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)