assalamualaikum 😃

plan spring cleaning pagi ni = sukses. alhamdulillah...
ari ni tak susah sgt nak masak lauk. ikan tenggiri masak asam semlm, masih ada baki.
so top up another lauk je. 
my beloved mr.asben puasa hari ni. ptg skit baru masak with 💙  😊.

kisah semlm. first try buat kuah kacang sendiri tau.
previously, jeling-jeling aje Mami (mak mertua ku) buat. assist skit skit aje.
semlm, sendiri buat.
dari segi rasa, masih lom kick lagi. tapi, mr.asben punyer komen was positive. boleh ditingkatkan lagi.

Resepi AidilFitri | Kuah Kacang + Ketupat

👉 bahan-bahan :
  • 2 cawan kacang tanah hancur
  • 15 ulas bawang kecil (blend)
  • 4 ulas bawang putih (blend)
  • 2 btg serai (diketuk)
  • 3 senduk ciliboh
  • 1 cawan air asam jawa
  • 70g gula melaka
  • 4 sudu gula pasir
  • 3-4 cawan air
  • garam sesedap rasa

👉 cara-cara :
  1. tumis bawang dan serai. masukkan ciliboh. tunggu hingga terbit minyak.
  2. masukkan air asam jawa, gula melaka dan gula pasir. kacau rata sekejap hingga guna melaka larut sepenuhnya.
  3. masukkan kacang tanah hancur, air dan garam. kacau. rasa. kacau. rasa. 😆 sampai la siap. tambah la gula or garam secukup rasa 😍.

tips from my beloved mr.asben. tambahlah daging (potong kiub) dan belimbing buluh (pengganti air asam jawa).
tambah mantop kuah kacang nyer, in shaa Allah.
"lain kali ye darling. takde plak stok daging or belimbing buluh dlm fridge kali ni 😘"

Resepi AidilFitri | Kuah Kacang + Ketupat
utk resepi ni, saya beli kacang hancur siap di pasar 👌.

Resepi AidilFitri | Kuah Kacang + Ketupat
ketupat mini yg comel dan gebu...
senang yg amat --> rebus dlm pressure cooker 36 minit. perfect 👌.

orait. itu ajer sharing resepi AidilFitri utk kali ni. 
budak baru belajar. excited ler nak share hu hu hu hu...
kalau kampung sebelah saya, memang jarang jumpa la kuah kacang ke, lodeh ke, di hari raya.
hanya rendang daging dan kari itik. my all time favourite.
tapi tu la, bila da kawin bangsa johor, menu hari raya berubah.

selamat mencuba ye resepi ni. kalau ok, share la.
tak ok??? sila komen beritahu saya tau 💛.

😀