Thursday, July 26, 2018

Bersenam Bersama Ketua Menteri Melaka Di Pasar Besar Bachang Melaka

assalamualaikum 😊
agak lewat update blog hari ni.
ada keje, walaupun dok rumah saje, tetiba byk hal nak urus, tak sempat on laptop 😅.
patutnya entri ni nak di publish tghari tadi.
sedap edit and upload gambar, gatal tgn call mr.asben. mr.asben sepagi ni servis encik livina.
pepagi ni tetiba encik livina tak boleh start plak, bateri problem!
hmmmm bila saya call, kebetulan dia ada di bengkel dekat dgn rumah. tukar tayar plak...
apa lagi, kami pun dating lunch sama-sama kat warong 😍 😍 😍. alhamdulillah, i like!

kembali kpd tajuk tu...
yes. nak dijadikan cerita, kelmarin, selasa pepagi saya ke pasar besar melaka.
lama jugak la tak menyinggah ke pasar ni. dok shopping kat family store saje. dekat...
da takde lauk nak di masak dlm peti ais. ke pasar la saya sorang-sorang.
pagi tu hujan renyai. tak byk kereta kat pasar, senang sgt nak parking.

dari kereta, saya da on kan MayMyRide. bukanlah nak workout sgt kat pasar ni korang 😂  😅. saya tak la poyo sgt ha ha ha ha... jgn salah sangka tau!
saya just nak test saje. kalau la kita ke hulur ke hilir kat pasar ni, agak nyer brape kalori boleh dibakar. brape agak nyer langkah saya berjalan mundar-mandir dlm pasar ni...
testing !
testing !

Bersenam Bersama Ketua Menteri Melaka Di Pasar Besar Bachang Melaka
ni lah hasilnya. lebih kurang ye, tak brape accurate ni.

data phone saya da nazak. so MayMyRide agak tersangkut-sangkut, tersedak-sedak.
tak brape accurate lah ye. kejap-kejap pause. then resume. then pause balik, then resume balik...
maka, itu hanya gambaran saje yg. ntah ye ntah tak, Allahu'alam 😊. just membantu menaikkan semangat saya la, rerajin gi pasar 😂 😆 ha ha ha ha...

Bersenam Bersama Ketua Menteri Melaka Di Pasar Besar Bachang Melaka
 ni la bakul pasar saya. wajib bwk. tak ler serabut nak memegang plastik.

tak beli byk pun... memang da aim beli beberapa yg penting aje...
  • tetel 500g
  • tulang & daging 500g
  • sotong 1kg
  • ikan cencaru 3 ekor (siap buang jaket)
  • kepak ayam 8 ketul
  • sayur skit skit
stok 3-4 hari nak masak.
lagipun, semua tu takde di family store.
frankly speaking, byk brg yg lebih murah di family store atau di mydin.
contohnya, ayam sekor kat pasar ni RM8.xx se kg. di family store hanya RM6.xx.
then, kalau peha ayam, kepak ayam, dada, thigh, di pasar RM12.xx se kg! 😟 mahal.
ikan pun saya peratikan mahal sen sen di pasar.
ikan cencaru tu, biasa nyer kalau nak panggang saya beli di family store.
ni sebab nak buang jaket nyer, saya memang tak pandai, beli di pasar la. siap buang jaket 😅.
pilihan di tgn pengguna kan.
so, kita mainkan peranan lah skit lebih kurang membandingkan harga.

menjadikan kisah ke pasar saya lebih menarik, kebetulan CM Melaka, YB Adly Zahari dan isteri, buat lawatan ke pasar. ohsem 👍.
patut la berderet-deret kereta kerajaan kat entrance pasar tadi. 
time saya beli kepak ayam, CM melawat gerai ayam di depan. legaaaaa... seram jugak lah kalau dia dtg ke gerai saya.
rupa paras makcik Aida ke pasar, tak sesuai uolls masuk fb CM 😄😄😄 ha ha ha ha... byk cameraman dan wartawan amik liputan.
dlm ramai-ramai escort CM, belakang sekali, ada plak jiran saya. dia officer di MBMB. pasar ni kan bwh seliaan MBMB. sempat la hai hai bye bye 👌.

Bersenam Bersama Ketua Menteri Melaka Di Pasar Besar Bachang Melaka
ni gambar-gambar dari fb official CM.

sempat la saya spend few minutes berborak dgn abg penjual kepak ayam tu.
bak kata nyer, ni lah CM pertama dtg melawat pasar.
CM sebelum ni, 5 thn, sekalipun tak jejak pasar besar Melaka, dari tapak lama di Melaka Sentral, and now transit di Bachang.
bersemangat abg tu tu bercerita. riak muka dia sungguh excited 😊.
saya no komen lah. senyum meleret aje. sambil mata menjeling kat gerai ayam depan yg dikerumuni wartawan.
moga kepimpinan baru ni beri sinar pada Melaka... seterusnya negara.
kita ni rakyat marhaen, teruskan berdoa dan berdoa. sambil tu, guna la kuasa kita sebagai rakyat yg amik peduli 👍.

sekian dari saya, melaporkan dari Bkt Katil nan indah dan permai 💝.
bye.

9 comments:

  1. Semoga Melaka menjadi lebih gah nanti...

    ReplyDelete
  2. eh murah jugak harga dekat situ ea. Bagus lah kalau CM turun padang, bukan kerja besarkan rumah je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes.
      moga benar2 lah bekerja.
      jgn di awal2 ni semangat, kemudian, tinggal janji jer.

      Delete
  3. jalan2 kat pasar pun perlukan energy kan.. boleh terbakar jugak kalori..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes siti.
      itu yg sesaje ukur kalori.
      rerajin ler jalan kaki.
      untung2 dpt bakar 100 kalori sehari pun alhamdulillah...

      Delete
  4. bertambah sesak lah pasar kan kalau ada vvip ni dating

    btw betul jugak, time shopping/ beli barang dapo lah kita banyak 'rajin' berjalan. hiks. alang alang keluar duit boleh bakar lemak kan

    ReplyDelete
  5. best tu dapat bersenam dengan KM. Bilalah MB Terengganu nak buat benda serupa. gaya hidup sihat sikit. ahah

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)